Syarikat mengumumkan aplikasi kewangan baharu dan menambah kumpulan pelanggan menerusi pelbagai vertikal dan kawasan, sambil menjalin hubungan yang lebih erat bersama pelanggan sedia ada
SAN FRANCISCO, 28 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Anaplan, platform perancangan dan pengurusan prestasi utama di dunia, hari ini mengumumkan kenaikan dua angka melibatkan pengaktifan aplikasi Anaplan for Finance oleh syarikat. Anaplan turut melaporkan daya tarikan pasaran besar-besaran menerusi rangkaian perniagaan kewangannya, termasuk kejayaan mendapatkan pelanggan, aplikasi baharu yang merapatkan jurang antara perancangan dan pengawalseliaan utama dalam vertikal, serta peluasan kes penggunaan tambahan bersama pelanggan sedia ada.
Anaplan for Finance akan dipamerkan di persidangan tahunan Persatuan Profesional Kewangan (AFP) di Orlando, Florida, di reruai #340 mulai 23–26 Oktober. Naib Presiden Kewangan Anaplan Emily Weigand dan Pemimpin Rangkaian Produk Kewangan Meredith Hobik akan membuat pembentangan bertajuk "Mempercepatkan Kitaran Perancangan" pada 25 Oktober, jam 2:00 p.m. ET.
Kejayaan meraih pelanggan yang terhebat untuk aplikasi Anaplan for Finance baru-baru ini merangkumi pelbagai vertikal serta kawasan, dan turut melibatkan penambahan American Airlines dan Echo Global Logistics. Kemenangan pelanggan baharu ini menandakan daya tarikan global, termasuk penambahan rangkaian perniagaan Indonesia Alfamart, organisasi landasan kereta api Perancis SNCF dan REIT Vicinity Centres Australia.
"Dengan Anaplan, kami dapat beroperasi dengan lebih tangkas, membuat sebarang perubahan semasa beroperasi tanpa melibatkan pengekodan atau perlu menunggu bagi mendapatkan bantuan IT," kata Whitney Bassett, Pengurus, Perancangan dan Pelaporan Kewangan di CNL Financial Group, sebuah firma pengurusan pelaburan swasta yang menyediakan pelaburan hartanah serta pelaburan alternatif. "Pasukan kewangan mempertimbangkan rancangan belanjawan berasaskan sifar menggunakan Anaplan, yang tidak lagi memerlukan kami menjalankan proses manual yang diperlukan oleh Excel® serta seni bina sistem legasi yang mengelirukan."
"Pendekatan bersepadu Anaplan menjadikannya mudah untuk membuat perubahan," kata Jordan Kamhi, Pengurus Kanan FP&A di ServiceMax, penyedia SaaS pengurusan khidmat lapangan yang berpangkalan di California. "Kami menggantikan lembaran yang tidak terhubung dengan penyelesaian bersepadu daripada Anaplan yang menaik taraf ramalan aliran tunai secara automatik, P&L, dan kunci kira-kira pada masa sebenar, memendekkan masa kitaran kami dengan ketara. Kini, kami akan berkembang untuk segmen berfungsi yang lain."
Menerusi jalinan kerjasama dengan Accenture, Deloitte, dan PwC yang bertujuan untuk menyediakan keupayaan yang tangkas dalam satu platform, Anaplan menambahkan 17 aplikasi kewangan baharu ke dalam tawaran sedia ada yang menyediakan 140 aplikasi, yang diperoleh daripada rakan kongsi, pelanggan serta Anaplan. Memandangkan pelanggan fokus untuk menambah keupayaan sambil meningkatkan nilai sistem legasi, aplikasi Anaplan dapat merapatkan jurang dalam pengawalseliaan dan menyokong fungsi kewangan penting, menghubungkan kepada penyata kewangan bersepadu yang membolehkan keputusan pada masa sebenar dibuat. Aplikasi kewangan popular yang tersedia melalui Anaplan App Hub termasuk:
"Pelanggan berasa teruja kerana Anaplan akan mengurus kes penggunaan pemodelan kompleks yang tidak dapat ditangani oleh penyelesaian perancangan dalam premis," tambah Pemimpin Rangkaian Produk Kewangan Anaplan, Meredith Hobik. "Kami dapat melihat logo baharu bersih yang menarik di seluruh kawasan dan vertikal, manakala pelanggan kewangan sedia ada kini lebih meneroka sejauh mana mereka dapat memanfaatkan Anaplan selain fungsi perancangan, peruntukan dan ramalan asas —kini mereka menggunakan penyelesaian Anaplan untuk fungsi-fungsi yang lebih rumit."
Aplikasi Anaplan for Finance membolehkan organisasi-organisasi membuat rancangan kewangan dan mengurus prestasi dengan pantas serta tepat, selain menyelaraskan aktiviti dan juga data dalam semua segmen perniagaan. Menerusi aplikasi Anaplan for Finance ini juga, golongan profesional kewangan dapat menyumbang serta berkolaborasi merentasi kesemua jabatan, termasuk Sumber Manusia, jualan, rantaian bekalan, pemasaran, IT dan operasi, bagi membolehkan perancangan perniagaan yang benar-benar bersepadu dilaksanakan.
Latar Belakang Anaplan
Anaplan ialah platform perancangan dan pengurusan prestasi terkemuka untuk perniagaan pintar. Anaplan menyediakan enjin perancangan dan pemodelan yang tiada tandingan, analitik ramalan, kerjasama dalam awan dan antara muka ringkas untuk pengguna perniagaan. Anaplan ialah syarikat milik persendirian yang beribu pejabat di San Francisco, CA, dan memiliki cawangan di 16 buah negara. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati anaplan.com. Ikuti kami melalui: Twitter, LinkedIn, YouTube, dan Facebook.