omniture

InMobi Melancarkan Himpunan Format Iklan Video Mudah Alih Canggih di Rantau APAC

InMobi
2016-10-28 12:13 665

SINGAPURA, 28 Oktober 2016 /PRNewswire/ --

Menerusi Penglibatan Dua Kali Ganda Lebih Tinggi Berbanding Format Iklan Tradisional, Iklan Video Dikuasakan oleh Bahan Kreatif yang Mengutamakan Mudah Alih yang Bertepatan Memberi Peluang Hebat untuk Jenama Mempengaruhi Menerusi Video

InMobi, platform pengiklanan mudah alih dan penemuan bertaraf global, melancarkan himpunan format video canggih merentasi negara-negara di Asia Pasifik hari ini, bagi membantu jenama-jenama memanfaatkan peluang yang ditawarkan oleh iklan video mudah alih. Himpunan forma iklan video itu akan disediakan di negara-negara termasuk Australia, Indonesia, Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina, Vietnam, Korea dan Jepun. Platform tersebut merangkumkan himpunan format iklan canggih seperti video vertikal, video interaktif, video 360 darjah, video opt-in dan video in-stream yang diwujudkan bagi memaksimumkan jangkauan serta penglibatan.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161026/432801-INFO )

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150914/266030LOGO )

Iklan video mudah alih kini menjadi komponen penting untuk strategi yang dijalankan oleh pemasar, menerusi komponen video bagi 1 daripada setiap 3 kempen di rantau APAC. Menurut kajian rangkaian InMobi, penggunaan iklan video mudah alih menyaksikan peningkatan berganda, bertambah sebanyak 380% pada separuh pertama tahun 2016 di rantau APAC. Memandangkan pasaran baru muncul seperti Indonesia dan Vietnam menjadi pendorong utama penggunaan video ini, platform tersebut membuat pilihan automatik bahan kreatif terbaik bagi memberikan pengalaman lancar buat pengguna dalam pasaran baru muncul dengan fungsi sambungan data yang lebih perlahan.

Himpunan format iklan yang komprehensif ini melibatkan:

1.      Video Vertikal: Video vertikal, iaitu format video yang memaparkan mod potret dengan nisbah aspek sebanyak 9:16 pada telefon bimbit, memberi peluang kepada pengiklan untuk mendekati pengguna menerusi format yang menarik dan mengutamakan pengguna. Pasukan perkhidmatan kreatif InMobi membantu pengiklan membangunkan semula bahan kreatif sedia ada (video landskap) kepada format video vertikal, sambil mengekalkan mesej utamanya.

2.      Video Interaktif: Video jenama yang singkat dengan kad akhir yang interaktif serta beraneka dapat meningkatkan penglibatan pengguna sebanyak dua kali ganda berbanding video tanpa kad akhir.

3.      Video 360 Darjah: Iklan video ini menawarkan pengalaman yang mengasyikkan dan interaktif buat pengguna.

4.      Video Opt-In: Iklan video tidak boleh dilangkau selama 15-30 saat yang dimainkan pada titik rehat biasa menerusi interaksi aplikasi apabila pengguna terlibat sama.

5.      Video In-Stream: Iklan video awal tayangan dan video pertengahan tayangan yang dimainkan secara automatik dengan lancar dalam kandungan video.

Memandangkan bahan kreatif yang mengutamakan mudah alih terbukti dapat membantu pihak pemasar jenama memberikan keputusan sebenar, pemasar dapat terus mengukuhkan kempen yang dijalankan dengan menggabungkannya dengan format video yang canggih. Pelanggan InMobi yang memilih format iklan video canggih ini dapat melihat penambahbaikan ketara dari segi metrik, dengan video vertikal dapat memberikan kadar siap sehingga 9 kali ganda berbanding format video mudah alih mendatar.

Iklan video berfungsi dengan baik dari segi prestasi dan kempen pemasaran jenama. Sebagai contoh, video vertikal, video opt-in dan video in-stream didapati boleh meningkatkan metrik kesedaran jenama, manakala video interaktif dengan kad akhir beraneka media, video 360° serta video in-stream yang natif dapat membantu meningkatkan penglibatan serta penukaran pengguna. Jalinan kerjasama InMobi dengan penggiat industri dalam kalangan pemimpin pengukuran kebolehtontonan bebas pihak ketiga dapat memastikan jenama itu mampu mengukur tahap kebolehtontonan sepenuhnya, di samping dapat memaksimumkan KPI yang kritikal seperti kadar siap dan kadar penglibatan, kedua-duanya pada Bursa InMobi serta rangkaian Iklan InMobi.

Platform iklan video ini turut menyediakan peluang kepada pengiklan untuk melaksanakan penyasaran pintar pengguna yang telah menonton atau berinteraksi dengan iklan video, seraya mewujudkan tahap penglibatan yang lebih tinggi. Kombinasi antara keupayaan kreatif video yang mengutamakan mudah alih merentasi semua format iklan video, penyasaran semula yang pintar dan pengesahan daripada rakan pengukuran pihak ketiga, menjadikan platform iklan video InMobi sebagai pilihan paling komprehensif dan maju buat para pengiklan masa kini.

"Video mudah alih telah mengalami masalah menukar semula tujuannya di Asia, dan pihak pengiklan ingin meniru iklan TV atau iklan komputer untuk peranti mudah alih. Walau bagaimanapun, tindakan itu tidak memadai dan tidak sesuai. Dengan memperluaskan keupayaan kreatif kami untuk video dan memperkayakannya menerusi himpunan iklan canggih yang komprehensif bagi merakam pelbagai detik mudah alih, disokong oleh verifikasi kebolehtontonan penuh, InMobi menjadi penyelesaian sehenti yang diperlukan oleh jenama agar dapat menguasai video, merentasi seluruh objektif pemasaran," kata Jayesh Easwaramony, Naib Presiden & Pengurus Besar, Asia Pasifik, Timur Tengah & Afrika, InMobi.

Untuk maklumat lanjut tentang video vertikal dan format iklan lain yang imersif, sila kunjungi: http://winwithvideo.com/

Latar Belakang InMobi: 

InMobi memberi peluang kepada pengguna untuk meneroka produk serta perkhidmatan baharu dengan menyediakan pengalaman iklan mengikut konteks dan disuaikan pada peranti mudah alih. Menerusi platform pengiklanan dan penemuan yang revolusioner, pembangun aplikasi, pedagang dan jenama dapat berhubung dengan pengguna mudah alih di serata dunia. Diiktiraf oleh Fast Company sebagai salah sebuah Syarikat Paling Inovatif di dunia bagi tahun 2016, InMobi telah dapat mencapai lebih 1.5 bilion peranti mudah alih yang unik di seluruh dunia.

Maklumat Perhubungan Media:
Supriya Goswami
InMobi
+91-9845384141
pr@inmobi.com

Sumber: InMobi

Source: InMobi
Keywords: Advertising Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet New products/services