omniture

Kembalinya Sebuah Legenda: Borgward bakal Bina Kemudahan Pengilangan di Bremen

BORGWARD Group AG
2016-10-28 13:31 565

STUTTGART dan BREMEN, Jerman, 28 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Pengeluar kereta, Borgward akan kembali ke Bremen dan membina kemudahan pengilangannya di sana. "Sekembalinya kami ke Bremen, kami akan menghubungkan masa lalu dengan masa depan," kata Ulrich Walker, Ketua Pegawai Eksekutif Borgward Group AG, di Bremen pada hari Rabu. "Kami akan terus berusaha melakar sejarah untuk Borgward." Bremen merupakan tempat asal Borgward dan syarikat automotif Jerman itu mengeluarkan kira-kira 1.2 juta jenama kenderaan Borgward, Lloyd, dan Goliath di lokasi ini sejak tahun 1920-an sehinggalah munculnya era "keajaiban ekonomi" Jerman. Pembinaan kemudahan pengilangan baharu itu dijadualkan bermula pada awal tahun 2017. Pengeluaran kenderaan akan dilancarkan di kilang tersebut setahun kemudian, iaitu pada tahun 2018.

Selain hujah-hujah yang bersifat objektif seperti hubungan logistik yang baik di lokasi itu dengan pelabuhan antarabangsa, adanya pekerja mahir yang tersedia dan industri bekalan yang cukup cemerlang di rantau itu, emosi turut memainkan peranan penting berkaitan keputusan Borgward untuk kembali ke Bremen. "Dengan mengambil langkah ini, kami memperlihatkan komitmen kami terhadap Jerman selaku lokasi perindustrian dan juga terhadap warisan kami. Kebiasaannya, kembalinya kami ke sini turut membawa makna simbolik yang nyata, memandangkan hari ini menandakan bermulanya jalinan kerjasama yang berjaya antara bandar, negeri dan juga Borgward," tambah Walker.  Christian Borgward, cucu pengasas syarikat itu, Carl F.W. Borgward dan Pengerusi Lembaga Pengawasan Borgward Group AG, bersemangat seperti mana Walker berkaitan keputusan untuk kembali ke Bremen. Lebih sepuluh tahun lalu, beliau menemui satu inisiatif untuk menghidupkan semula jenama itu – satu objektif yang akhirnya terlaksana dan dapat dilihat sendiri oleh beliau. "Pelancaran jenama Borgward yang muncul semula di Geneva pada tahun lalu, pertunjukan model terunggulnya, BX7, di IAA 2015, pameran model-model BX5 dan BX6 di Geneva pada musim bunga tahun ini, dan kini keputusan untuk membangunkan sebuah kemudahan pengilangan di wilayah Bremen. Saya tidak dapat menggambarkan betapa hebatnya dinamik dari segi usaha yang dilaksanakan oleh datuk saya yang kini akan diteruskan!"

Lokasi tepat kemudahan pengilangan itu akan diputuskan dalam masa beberapa minggu akan datang. Menurut Walker, kini Borgward mengadakan satu perbincangan terperinci tentang lokasi akhir kemudahan itu, serta bakal rakan pengilangan, pemilik hartanah dan juga Negeri Bremen.

Senator Hal Ehwal Ekonomi Bremen, Martin Günthner mengulas tentang keputusan itu: "Selamat kembali ke Bremen. Kami amat berbesar hati dengan keputusan yang dibuat oleh Borgward. Menerusi kecekapan kami dalam sektor automotif dan logistik, kami mempunyai hujah yang baik bagi meyakinkan Borgward. Hakikat bahawa sejarah Borgward akan dilakar lagi di lokasi asal ia bermula menjadikannya sebagai satu acara istimewa buat kami semua."

Sekitar 50 hingga 100 peluang pekerjaan akan diwujudkan di Bremen semasa fasa awal.  Borgward merancang untuk menubuhkan sebuah kemudahan pengilangan SKD dengan kapasiti pengeluaran mencecah sehingga 10,000 unit kenderaan setiap tahun. Sebagai langkah pertama, syarikat akan membangunkan sebuah dewan perhimpunan dengan keluasan lantai hampir 10,000 meter persegi. Bersebelahan dewan ini akan disediakan sebuah kawasan luar dengan keluasan yang sama.  

Ulrich Walker berkata: "Proses pengeluaran akan diaturkan dari peringkat awal agar fleksibel dan terancang serta membolehkan kami melaraskan – seraya meningkatkan – output pengeluaran dan jumlah model mengikut permintaan pada bila-bila masa setelah kami menembusi pasaran Eropah yang lain." Borgward akan menambah jumlah tenaga kerja dan pelaburan ketika output pengeluaran meningkat. Pelaburan awal akan dibuat dengan nilai lapan angka mata wang euro.

Selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Borgward bahawa ia akan memulakan proses jualan di Eropah dengan SUV elektrik, model pertama yang bakal dikeluarkan di Bremen ialah Borgward BX7 yang mempunyai sistem pemanduan elektrik sepenuhnya. Syarikat ini juga merancang untuk mengeluarkan versi hibrid elektrik dan boleh dipasang untuk siri BX5 serta model-model lain.

Industri 4.0 bertindak sebagai panduan untuk kemudahan pengilangan baharu itu

Sedari awal lagi, kilang Borgward di Bremen akan mendasarkan aspek teknologi melibatkan sistem, proses dan peralatan pengilangan mengikut piawaian Industri 4.0. Susun atur kemudahan itu akan fokus terhadap kilang pintar-proses pengeluaran terancang yang akan menjadi amat berkesan dan mampu mengendalikan kerumitan pengilangan automotif yang semakin bertambah. Jumlah nilai tambah tempatan masih belum dapat ditentukan sepenuhnya. Bersama para pembekal yang telahpun diumumkan, seperti Continental, Kuka, Schäffler/SKF, BorgWarner, dan Webasto, Bosch akan memainkan peranan penting bagi pengeluaran kenderaan menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya, manakala syarikat elektronik LG akan melakukan perkara yang sama dalam pengeluaran bateri.

Kemudahan Borgward di Bremen akan bekerjasama rapat dengan kilang Borgward di Miyun, China, berdekatan Beijing, yang telah dibangunkan mengikut piawaian Barat yang terkini. Kilang Miyun ialah salah sebuah kemudahan pengilangan kereta paling moden di dunia – dari segi teknologi pengeluaran, pengurusan kualiti, keserasian dengan alam sekitar serta aspek sosial untuk kakitangan Borgward yang ditempatkan di lokasi itu. Menerusi kemudahan ini, Borgward dapat menyaingi para pesaing yang berjaya dan terkenal, yang menunjukkan bahawa pengeluaran kenderaan di China mengekalkan piawaian yang sama seperti mana di Jerman dari segi pemuliharaan sumber, perlindungan terhadap alam sekitar dengan berkesan serta tahap kualiti yang tinggi. Kemudahan pengilangan di Miyun, yang mula beroperasi pada pertengahan tahun 2016, akan turut memainkan peranan sebagai kilang utama untuk jaringan pengeluaran global baharu daripada Borgward. Kilang Cina itu akan mengumpul dan menilai kesemua maklum balas dan pengalaman daripada pelbagai pasaran serta lokasi pengeluaran, seterusnya menyediakan penyelesaian serta mengemukakan maklumat ini semula kepada unit-unit yang berkaitan. Ini akan memastikan perkongsian pengetahuan secara berterusan, yang akan memperlihatkan peningkatan kualiti produk yang berterusan.  Ia akan turut memberi faedah kepada kilang Bremen dan juga pelanggan di Eropah.

Borgward BX7 – jenama yang menjadi rebutan

BORGWARD BX7 ialah model untuk pasaran yang terkenal di seluruh dunia bagi SUV besar bersaiz pertengahan. Model baharu sepanjang 4.70 meter ini menjadi amat popular sejak dilancarkan dalam pasaran pertamanya, China, pada Jun 2016. Setakat ini, kira-kira 15,000 unit kenderaan telah ditempah di sini. SUV baharu yang paling laris itu berjaya menarik perhatian pelanggan menerusi sistem pemanduan semua rodanya yang inovatif serta Interaksi Berbilang, yang merupakan sistem komunikasi dan hiburan dalam talian paling canggih yang terdapat dalam pasaran. Tahap keselamatan yang hebat dan terjamin menerusi konsep perlindungan penumpang PROTECT yang pintar dan komprehensif, yang menggunakan sistem pengendalian kenderaan yang rintis serta sistem bantuan pemandu yang memberi sokongan demi membantu mencegah perlanggaran. Namun begitu, sekiranya berlaku keadaan yang amat serius, ruang penumpang yang amat kukuh berserta zon perubahan bentuk yang ditentukan dengan tepat, selain sistem sekatan pasif, dapat menyediakan perlindungan andal selain mampu mengurangkan kesan kemalangan dengan ketara.

Maklumat lanjut

BORGWARD Group AG
Kriegsbergstrasse 11
70174 Stuttgart, Jerman

Marco Dalan
Ketua Bahagian Komunikasi Global
Telefon +49-711-365101041

e-mel media@borgward.com
http://www.borgward.com

Sumber: BORGWARD Group AG

Source: BORGWARD Group AG
Keywords: Auto Machinery Transportation