omniture

Impossible Challenge - Dinobatkan menerusi Anugerah ABU

-- Pengiktirafan pertama untuk program hiburan asli Cina
Impossible Challenge
2016-10-28 13:35 544

BEIJING, 28 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Anugerah Tahunan Asia-Pacific Broadcasting Union (ABU) kali ke-53, iaitu anugerah bertaraf antarabangsa untuk rantau Asia Pasifik, telah disiarkan semalam, dan turut dihadiri oleh kakitangan yang bertanggungjawab di sebalik ribuan program popular dari negara-negara berkaitan. Rancangan TV Impossible Challenge yang diterbitkan oleh CCTV ialah salah satu rancangan yang berjaya meraih anugerah.

ABU, sebuah kesatuan bertaraf profesional untuk organisasi penyiaran Asia Pasifik, membuat penilaian untuk rancangan TV setiap tahun. Impossible Challenge, satu siaran penuh inspirasi yang diterbitkan oleh CCTV dan CCTV Creative Media, yang menjadi siaran hiburan Cina asli pertama berjaya merangkul anugerah, menjadikannya kali kedua siaran Cina menerima anugerah ketika organisasi TV Cina turut menjadi sebahagian daripada pasukan penilaian sejak 30 tahun lalu.

Xu Wenguang, timbalan pengawal program saluran CCTV-1 menyatakan Impossible Challenge ialah sebuah rancangan antarabangsa dan menyajikan kita dengan "Kehidupan biasa, Cabaran hebat" – cabaran yang saling dihadapi oleh manusia bagi memberi inspirasi. "Kami menceritakan kisah rakyat Cina dalam bahasa sejagat yang membolehkan orang ramai di seluruh dunia memahaminya. Sumber inspirasi ini boleh diteruskan selain menerusi bahasa. ""Nilai-nilai Cina telah diterima oleh dunia, dan inilah yang menjadi alasan logik di sebalik pemilihan Impossible Challenge  untuk meraih anugerah tersebut."

Guo Tong, pengarah urusan CCTV Creative Media yang menerbitkan Impossible Challenge, berkata pengindustrian penerbitan program TV Cina sebelum menerbitkan rancangan Impossible Challenge adalah salah satu faktor yang menyebabkan program TV Cina itu mampu meraih anugerah di pertandingan peringkat antarabangsa. Rancangan itu memaparkan sepenuhnya kebolehan penerbitan program TV Cina, bukan sahaja dari segi tahap kesukaran reka bentuk dan fotografi, tetapi juga perancangan awal serta penyuntingan luas yang dibuat dengan teliti, selain keperluan terhadap rekaan yang sistematik dan juga operasi perindustrian. Kami menghimpunkan bakat-bakat terbaik dari seluruh China bagi mengendalikan tugas-tugas yang sukar ini."

Populariti rancangan Impossible Challenge, yang tidak bermegah dengan peranan seperti "superman" mahupun "idola", adalah sebahagiannya disebabkan oleh fokusnya terhadap kehidupan orang biasa berserta pencapaian mereka yang luar biasa. Watak-watak seperti pegawai polis "Pencari Jejak" Dong Yanzhen, "Wanita sonar" Chen Yan, "Mata-mata Jarak Jauh" dari Kenya, "Menara Manusia" kesemuanya memberi impak ke seluruh dunia, seraya berperanan sebagai eksport budaya Cina. Tidak lama lagi, walaupun dengan adanya banyak kesukaran yang mungkin berlaku serta cabaran dari segi teknologi, interaksi antara stesen angkasa "Tiangong" dan bumi akan dipaparkan. Pada 30 Oktober 2016, musim kedua Impossible Challenge bakal disiarkan.

 

 

Source: Impossible Challenge
Keywords: Entertainment Television Awards