omniture

Grid Mobile Memeterai Perjanjian Kerjasama dengan 1Machine System Sdn Bhd

Median Group Inc.
2016-10-28 14:29 814

KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Median Group Inc. dengan sukacitanya mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, Grid Mobile Sdn Bhd ("Grid Mobile") telah pada 26 Oktober 2016 memeterai satu Perjanjian Kerjasama dengan 1Machine System Sdn Bhd ("1Machine") bagi membolehkan 1Machine mengedar perisiannya yang berjenama "PERISAI" kepada rakan sekutu Grid Mobile serta kumpulan pelanggan/ahli rakan kongsi menurut model perkongsian perolehan.

Berdiri di hadapan dari kiri ke kanan: Zalifah Zakaria (Pengarah Grid Mobile) & Abbyamir Sapie (CEO 1Machine); Berdiri di belakang dari kiri ke kanan: Mohd Suhaimi Rozali, Asrul Nahar Razak, Shazilan Dahalan (semua daripada Grid Mobile) & Haniffah Zainuddin (Pengarah 1Machine)
Berdiri di hadapan dari kiri ke kanan: Zalifah Zakaria (Pengarah Grid Mobile) & Abbyamir Sapie (CEO 1Machine); Berdiri di belakang dari kiri ke kanan: Mohd Suhaimi Rozali, Asrul Nahar Razak, Shazilan Dahalan (semua daripada Grid Mobile) & Haniffah Zainuddin (Pengarah 1Machine)

Grid Mobile, sebuah syarikat sendirian berhad yang diperbadankan di Malaysia ialah pengedar produk dan perkhidmatan untuk telekomunikasi mudah alih di Malaysia. 1Machine ialah sebuah syarikat teknologi yang berpusat di Malaysia, yang menjalankan perniagaan berkaitan penyelesaian keselamatan internet, khususnya instrumen antivirus, keselamatan dan penyelenggaraan untuk perkhidmatan mudah alih serta komputer, menerusi jenama "PERISAI".

Menurut perjanjian kerjasama itu, 1Machine akan berkongsi perolehan dengan Grid Mobile terhadap mana-mana jualan perisian 1Machine, iaitu perisian percuma dan payware, bersama rakan sekutu dan ahli rakan kongsi Grid Mobile. Sebaliknya, Grid Mobile akan berkongsi perolehan dengan 1Machine terhadap mana-mana jualan yang diperoleh daripada rangkaian dan platform pengedaran milik 1Machine.

Grid Mobile, sebagai pengusaha baharu dalam industri telekomunikasi yang menekankan tawaran berkaitan teknologi kewangan percaya bahawa aspek keselamatan merupakan aspek paling utama untuk kumpulan pelanggan/ahli rakan kongsinya. Atas dasar itu, Grid Mobile berbesar hati kerana dapat menjalin kerjasama strategik bersama 1Machine, sebuah syarikat Malaysia yang memiliki rangkaian pengedaran di Asia Tenggara.

Pada September baru-baru ini, 1Machine dianugerahkan dengan kontrak selama dua tahun di Filipina yang bernilai USD1.3 juta melibatkan penyediaan perisian keselamatan untuk telefon bimbit di Filipina. Pada awal Mac 2015, ia turut memeterai Memorandum Perjanjian dengan entiti perniagaan yang kukuh di Kuwait bagi membekalkan perisian keselamatan internetnya, Perisai selama 15 tahun, merangkumi pakej peribadi, profesional dan perniagaan.

"Kami percaya kolaborasi ini akan menjadi batu loncatan bagi memajukan perniagaan kami dalam pasaran itu dan pada masa yang sama, membuka peluang yang besar berhubung perdagangan rakan kongsi kami. Kami yakin hubungan perniagaan kami bersama 1Machine akan memberi sumbangan positif kepada keuntungan syarikat kami menjelang tahun 2017," kata Zalifah Zakaria, Pengarah Grid Mobile.

En. Abbyamir Sapie, Ketua Pegawai Eksekutif 1Machine berkata, "Jalinan kerjasama bersama Grid Mobile ini disifatkan sebagai durian runtuh buat kami memandangkan kami percaya dengan prospek perniagaan rakan kongsi baharu kami serta jangkauan pasarannya yang akan memberi faedah yang besar kepada kami."

Latar Belakang Median Group Inc.

Median Group Inc. ("Median") ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di Texas dan dalam pasaran "Over-the-Counter" ("OTC") di Amerika Syarikat. Simbol sahamnya ialah CHMD.

Median Group Inc. bercita-cita untuk menjadi penyedia perkhidmatan mudah alih dan teknologi terkemuka yang memberi tumpuan terhadap komunikasi mudah alih serta aplikasi, teknologi dan perkhidmatan kewangan ("fintech") selain ruang dalam pasaran digital untuk komuniti kumpulan tertutup. Objektif syarikat ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada komuniti dengan membangunkan ekosistem teknologi digital. Ibu pejabat Median terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.

Sebarang maklumat lanjut tentang Median, sila layari: www.mediangroupinc.com.

Latar Belakang Grid Mobile Sdn Bhd

Grid Mobile, sebuah anak syarikat milik penuh Median ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia yang menawarkan produk dan perkhidmatan telekomunikasi menerusi jenama "Grid Mobile". Tawaran yang disediakan merangkumi perkhidmatan telekomunikasi, transaksi masa sebenar, dan platform pembayaran bagi memenuhi aspirasinya demi menjadi peneraju utama bagi produk serta perkhidmatan telekomunikasi, kewangan, hiburan dan pelancongan untuk masyarakat.

Latar Belakang 1Machine System Sdn Bhd

1Machine ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan merupakan sebuah syarikat berteknologi yang menjalankan perniagaan berkaitan penyelesaian keselamatan internet, khususnya instrumen antivirus, keselamatan dan penyelenggaraan untuk perkhidmatan mudah alih serta komputer, menerusi jenama "PERISAI".

Sebarang maklumat lanjut tentang 1Machine, sila layari: www.perisai.com.

Penafian Kenyataan Selamat:

Amaran tentang Bahasa Berkenaan Kenyataan Jangkaan

Siaran media ini mengandungi "kenyataan jangkaan" termasuk maklumat yang berkaitan dengan peristiwa masa depan dan prestasi kewangan serta operasi masa depan. Perkataan-perkataan "boleh", "akan", "bakal", "menjangka", "menganggarkan", "dapat", "percaya", "berpotensi" dan ungkapan-ungkapan serta variasi lain yang serupa, bertujuan untuk mengenal pasti kenyataan jangkaan. Kenyataan jangkaan tidak seharusnya diterima sebagai jaminan prestasi atau keputusan masa depan, dan tidak semestinya memberi indikasi yang tepat pada ketika itu, atau dengannya, yang mana prestasi atau keputusan demikian akan dicapai. Kenyataan jangkaan adalah berdasarkan maklumat yang tersedia pada ketika ia dibuat dan/atau keyakinan utuh pihak pengurusan pada ketika itu berhubung dengan peristiwa masa depan, dan tertakluk kepada risiko dan ketidaktentuan yang boleh menyebabkan prestasi atau keputusan sebenar berbeza dengan ketara berbanding yang dinyatakan atau dicadangkan dalam kenyataan jangkaan itu. Faktor-faktor penting yang boleh menyebabkan perbezaan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada: turun naik berhubung permintaan terhadap produk Media, pengenalan produk baharu, kebolehan Syarikat untuk mengekalkan hubungan perniagaan bersama pelanggan dan bersifat strategik, kesan dan harga produk kompetitif, pertumbuhan dalam pasaran sasaran, kesesuaian melibatkan kecairan dan kekukuhan kewangan Syarikat untuk menyokong pertumbuhannya, dan maklumat lain yang diperincikan dari semasa ke semasa dalam fail Median bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Amerika Syarikat. Contoh-contoh kenyataan jangkaan dalam siaran media ini termasuk kenyataan-kenyataan berkaitan jualan masa depan, kos dan penerimaan produk dalam pasaran selain tindakan kawal selia pada peringkat Negeri atau Persekutuan. Untuk mendapatkan keterangan yang lebih terperinci tentang faktor-faktor risiko dan ketidakpastian yang memberi kesan terhadap Median Group Inc. sila rujuk fail Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Syarikat, yang tersedia di www.sec.gov . Median Group Inc. tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula kenyataan jangkaan kepada umum, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa depan atau sebaliknya.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161026/8521606904

Source: Median Group Inc.
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Licensing/marketing agreements