omniture

Telepizza Membuka Tiga Kedai Pertamanya di Arab Saudi

Telepizza
2016-10-28 21:36 626

MADRID, 28 Oktober 2016 /PRNewswire/ --

Hasil daripada perjanjian francais induk bersama Al Bayan Holding Group, salah satu daripada kumpulan perniagaan terbesar negara itu 

  • Pembukaan itu membentuk sebahagian daripada strategi pertumbuhan syarikat di negara tersebut, di mana ia menjangka akan membuka lebih daripada seratus kedai sepanjang sepuluh tahun depan
  • Telepizza menyasarkan untuk menjadi peneraju pasaran bagi perniagaan penghantaran pizza di Arab Saudi, di mana nilai pasarannya pada 2016 dianggarkan oleh Euromonitor bernilai 1.3 bilion euro dan mempunyai prospek pertumbuhan melebihi 6% sepanjang lima tahun akan datang  

Telepizza mengumumkan pembukaan tiga kedai pertama di Arab Saudi, terletak di ibu negara, Riyadh.

( Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161028/433718LOGO )

Kedai-kedai itu adalah yang pertama daripada ratusan yang dijangka akan dibuka oleh syarikat itu di negara ini sepanjang tempoh sepuluh tahun akan datang dan adalah merupakan tiga daripada lima kedai yang akan berkhidmat kepada orang awam di Riyadh pada bulan-bulan akan datang. Seterusnya, jenama itu akan berada di kawasan barat (Jeddah) dan timur negara itu.

Peluasan Telepizza ke Arab Saudi adalah hasil daripada perjanjian francais induk bersama rakan kongsi strategiknya di rantau itu, Emtyaz Catering Company, anak syarikat kepada Al Bayan Holding Group dan salah satu daripada kumpulan perniagaan utama negara itu. Ia memegang kepentingan dalam beberapa syarikat dalam sektor seperti makanan dan minuman dan juga pembangunan hartanah dan pasaran pembinaan.

Strategi antarabangsa Telepizza berfokus kepada pertumbuhan dalam pasaran di mana ia beroperasi buat masa kini, menerokai peluang perniagaan baharu, sama ada secara organik, melalui pengambilalihan syarikat tempatan atau melalui francais induk.

Buat masa kini, syarikat ini berada di 15 negara dan jualannya di luar Sepanyol melebihi 30% daripada jumlah keseluruhan.

Latar Belakang Telepizza 

Telepizza beroperasi di 15 negara dengan jenamanya sendiri di serata Eropah, Amerika Latin dan lokasi lain, kebanyakannya melalui perjanjian francais induk. Setakat September 2016, syarikat itu memiliki rangkaian 1,325 kedai (454 kedai milik sendiri dan 871 francais dan francais induk) dan mengguna pakai model perniagaan bersepadu menegak melalui tujuh kemudahan pengeluaran doh.

Pada tahun 2015, Syarikat mencatatkan €491.8 juta dalam jualan rangkaian dan €57.7 juta dalam EBITDA.

http://www.telepizza.com

Maklumat lanjut:
Ketchum - +34-91-788-32-00
Mónica Escusa
Ana Moreno
prensa.telepizza@ketchum.es

Sumber: Telepizza

Source: Telepizza
Related Links:
Keywords: Food/Beverages Restaurants Corporate Expansion