omniture

Kampung Shicheng di Wuyuan Membina Laluan Baharu untuk Pelawat Sempena Dedaunan Musim Luruh Mencecah Kemuncaknya

Jiangxi Wuyuan Tourism Co., Ltd.
2016-10-31 10:00 690

WUYUAN, China, 31 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Demi mempersembahkan pengalaman pemandangan yang lebih baik kepada pelawat tahun ini, Jiangxi Wuyuan Tourism Co., Ltd. telah mengubahsuai laluan jalan kaki di sekitar Kampung Shicheng, salah satu daripada lokasi pemandangan daun mapel utama di Daerah Wuyuan, China, memandangkan kemuncak musim bagi dedaunan musim luruh tahun ini dijangka akan tiba pada awal November.

Kampung Shicheng (bandar batu), salah satu daripada lokasi pemandangan utama dedaunan musim luruh di Daerah Wuyuan, China, meraikan kemuncak musim dedaunan musim luruh tahun ini yang dijangka tiba awal November dan berterusan sehingga pertengahan Disember.
Kampung Shicheng (bandar batu), salah satu daripada lokasi pemandangan utama dedaunan musim luruh di Daerah Wuyuan, China, meraikan kemuncak musim dedaunan musim luruh tahun ini yang dijangka tiba awal November dan berterusan sehingga pertengahan Disember.

Laluan itu direka untuk melebarkan laluan sedia ada dan memberi lebih banyak peluang kepada orang ramai untuk melihat pemandangan dan bergambar. Dek pemerhatian baharu telah dibina di kawasan terbuka dan dek yang lama diperbaiki dan diperkukuh menjelang ketibaan musim luruh yang cerah tetapi singkat yang bakal mewarnai gunung-ganang dan lembah-lembah di Kampung Shicheng.

Shicheng, yang membawa maksud "bandar batu", kerana tembok batu di pintu masuk kampung itu, paling dikenali dengan senibina kuno gaya Hui mereka, kabus misteri dan ratusan pokok mapel yang tinggi. Rumah-rumah hitam putih elegan yang bertaburan di serata bukit turut mengindahkan pemandangan unik yang diselubungi kedamaian kehidupan kampung dan ketenangan lanskapnya.

Satu lokasi yang disyorkan untuk menghayati keindahan dedaunan musim luruh ialah jalan pos lama sepanjang 10 kilometer di bahagian timur Kampung Shicheng, kerana warna kelabu kebiruan jalan berturapkan kuarzit itu menjadi kontras yang cantik dengan hutan mapel yang menyerlah di kedua sisi jalannya.

"Di China, 'Shuang Jiang', fros yang pertama, melambangkan cuaca yang lebih sejuk di penghujung musim luruh," kata Bin Zhan, pengurus jenama bagi Jiangxi Wuyuan Tourism Co. Ltd. "Pokok mapel di Shicheng mula bertukar merah menjelang akhir Oktober setiap tahun, tetapi pemandangan visual yang mengkagumkan itu cuma bertahan untuk tempoh sebulan sahaja."

Latar Belakang Wuyuan

Daerah Wuyuan, terletak di hujung timur laut Wilayah Jiangxi, terkenal dengan lanskap pergunungannya yang unik dan tersendiri. Ia juga menempatkan senibina kuno gaya Hui yang paling terpelihara. Salah satu daripada desa tercantik di China, Wuyuan menarik minat jurugambar dari serata dunia saban tahun yang datang untuk mendokumentasikan bukan sahaja pemandangan semulajadi, tetapi juga budaya perladangan unik dan tradisi kaumnya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan lawatan ke Wuyuan untuk menyaksikan dedaunan musim luruh, sila semak WeChat rasmi Pelancongan Wuyuan (ourwuyuan) atau lawati laman sesawang rasmi www.wuyuan.cc.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161028/0861611247

 

Source: Jiangxi Wuyuan Tourism Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel