omniture

Kiraan Detik Bermulanya Musim Jacaranda NSW Tahun 2016

Destination NSW
2016-10-31 10:28 827

SYDNEY, 31 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Sydney dan NSW akan berubah menjadi teduhan berwarna biru yang cukup menarik pada akhir Oktober dan November ini apabila bermulanya musim jacaranda 2016, menandakan salah satu detik paling indah bagi tahun ini serta waktu paling sesuai untuk berkunjung ke sini.

Pemandangan Jacaranda – Taman Botani Diraja Sydney - SOH
Pemandangan Jacaranda – Taman Botani Diraja Sydney - SOH

 

Jacaranda - Taman Botani Diraja Sydney
Jacaranda - Taman Botani Diraja Sydney

 

Jacaranda - Taman Botani Diraja Sydney – Panggung Opera dan Jambatan Sydney
Jacaranda - Taman Botani Diraja Sydney – Panggung Opera dan Jambatan Sydney

 

Jacaranda - Taman Botani Diraja Sydney – Panggung Opera Sydney
Jacaranda - Taman Botani Diraja Sydney – Panggung Opera Sydney

 

Jacaranda berbunga di luar Victoria Barracks, Paddington Sydney - Kredit Mandatori Destination NSW
Jacaranda berbunga di luar Victoria Barracks, Paddington Sydney - Kredit Mandatori Destination NSW

 

Jacaranda berkembang mekar, Circular Quay, Sydney - Kredit Mandatori Destination NSW
Jacaranda berkembang mekar, Circular Quay, Sydney - Kredit Mandatori Destination NSW

Pinggir bandar Timur bagi bandar ini, North Shore dan CBD akan dipenuhi pokok-pokok yang berbunga mekar, sama seperti Grafton yang terletak di Pantai Utara NSW. Grafton sering dianggap sebagai ibu kota jacaranda Australia, yang menganjurkan Festival Jacaranda Grafton setiap tahun, selain merupakan lokasi pokok jacaranda terbesar di Australia, berukuran setinggi 30 meter dengan ukur lilit berukuran enam meter dan bahagian mahkota pokok itu berukuran 36 meter.

Ketua Pegawai Eksekutif Destination NSW Sandra Chipchase berkata, "NSW menjadi kediaman bagi beribu-ribu pokok jacaranda yang memberikan pemandangan semula jadi yang indah setiap tahun apabila ia berbunga. Grafton memiliki 2,000 batang pokok dan Festival tahunan itu merupakan festival bunga yang paling lama diadakan di Australia, dan berjaya menarik seramai 20,000 pengunjung setiap tahun."

Pakar Pokok Kanan untuk Taman Botani Diraja Sydney dan Centennial Parklands, Ted Hoare berkata latar belakang Pelabuhan Sydney menjadikan musim jacaranda kali ini sungguh mengagumkan.

"Ia sememangnya suatu pemandangan yang cukup indah menyaksikan bunga-bunga berwarna biru melatari Pelabuhan Sydney. Kami memiliki 16 batang pokok di Taman Botani Diraja Sydney, termasuk sebatang pokok jacaranda berbunga putih yang unik, dan sembilan batang pokok di Centennial Parklands."

"Pokok-pokok jacaranda semakin sinonim dengan Sydney dan memandangkan tahun ini merupakan ulang tahun ke-200 Taman itu, saya amat mengesyorkan anda mengadakan lawatan ke sini dan melihat pokok-pokok kami berbunga," kata beliau.

Berikut merupakan senarai pilihan oleh Destination NSW untuk melihat jacaranda di NSW:

  1. North Shore: Bersedia untuk berkelah dan berkunjunglah Kirribilli, Lavender Bay, Greenwich, Waverton, Hunters Hill, Woolwich, Longueville dan Wollstonecraft bagi menikmati makan tengah hari yang santai dan berlengah-lengah di bawah pokok-pokok tersebut
  2. Pinggir Bandar Timur: Berkunjunglah ke Oxford Street, Glenmore Road dan Five Ways di Paddington yang sentiasa mempunyai pilihan hebat untuk menyaksikan pemandangan ini. Berhampiran Woollahra dan Double Bay juga diteduhi dengan warna ungu yang menakjubkan.
  3. Bandar Sydney: Rancang lawatan berjalan kaki jacaranda anda sendiri merentasi bandar itu bermula dengan Taman Botani Diraja Sydney, melintasi Circular Quay dan The Rocks. Lihatlah sendiri pokok-pokok yang mengagumkan dilatari oleh Jambatan Pelabuhan Sydney, Panggung Opera Sydney, Pelabuhan Sydney dan jalan-jalan berbatu bundar yang bersejarah di The Rocks
  4. Dalam Bandar Sydney: Kunjungan yang tidak boleh dilepaskan ialah lawatan melihat pokok jacaranda gergasi di University of Sydney yang amat ikonik sehingga tukang kebun di Universiti itu telah mengklon pokok itu bagi memastikan ia dapat terus hidup. Pokok ini ialah salah satu jacaranda yang paling terkenal di Sydney dan mesti dikunjungi semasa musim itu. Pinggir-pinggir bandar yang terletak berjiran dengannya iaitu Glebe, Camperdown dan Erskineville juga patut diterokai
  5. Grafton: Bandar bersejarah Grafton terletak di tepi Sungai Clarence di Pantai Utara NSW, lokasi bagi Festival Jacaranda Grafton, bermula dari 29 Oktober hingga 6 November 2016. Acara-acara kemuncak termasuk pertabalan ratu jacaranda, perarakan jalan dengan kereta hias, pasaran, persembahan secara langsung dan juga bunga api.

Kongsikan pemandangan musim jacaranda anda bersama kami melalui media sosial menggunakan hashtag #iloveysydney atau #newsouthwales

Untuk maklumat lanjut layari www.sydney.com dan www.visitnsw.com

Nota untuk editor: Beberapa pilihan gambar tersedia mengikut permintaan.

Maklumat perhubungan media: 
Elissa Tyrrell, Destination NSW, +61-02-9931-1426, elissa.tyrrell@dnsw.com.au

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161026/8521606894-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161026/8521606894-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161026/8521606894-c
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161026/8521606894-d
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161026/8521606894-e
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161026/8521606894-f

Source: Destination NSW
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Travel