DUBAI, United Arab Emirates, 31 Oktober 2016 /PRNewswire/ --
DMCC, pihak berkuasa Kerajaan Dubai untuk perdagangan, perusahaan dan komoditi serta Zon Perdagangan Bebas nombor satu di dunia, melabuhkan tirai Minggu Dubai di China, Shanghai, menerusi pemeteraian tiga perjanjian perdagangan penting serta perbincangan "Untuk Didagangkan. Bersama-sama" menerusi Forum Shanghai.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161029/434047LOGO )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161029/434042 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161029/434043 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161029/434044 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161029/434045 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161029/434046 )
Acara DMCC telah menarik lebih 130 pegawai kanan kerajaan, pemimpin syarikat dan institusi kewangan termasuk Tuan Yang Terutama Abdulla Al Saleh, Timbalan Setiausaha Kementerian Ekonomi untuk Perdagangan Antarabangsa dan Hal Ehwal Industri UAE; Konsulat Jeneral Tuan Yang Terutama Ibrahim Al Mansouri, Konsulat Jeneral Emiriah Arab Bersatu Shanghai; Jiao Jinpu, Pengerusi, Shanghai Gold Exchange; Gautam Sashittal, Ketua Pegawai Eksekutif, DMCC; Matthew Pang, Pengarah Urusan Mega Capital; dan Zhonghua Chi, Pengurus Besar Yunnan State Farms Group.
Gautam Sashittal, Ketua Pegawai Eksekutif DMCC, berkata:
"Perjanjian kerjasama DMCC yang kami umumkan ketika Minggu Dubai di China, Shanghai, hari ini, menjadi bukti hubungan erat yang terjalin antara China dan Dubai, serta peranan Dubai yang semakin penting terhadap hubungan dagangan bagi merapatkan jurang di dunia kita. China merupakan rakan dagangan nombor satu Dubai. Hubungan yang terjalin kukuh bersama Bursa Emas Shanghai, Bank Pertanian China, Mega Capital dan Yunnan State Farms Group akan terus mengukuhkan peranan yang dimainkan oleh DMCC bagi menggalakkan perdagangan komoditi sepanjang koridor Barat ke Timur – menghubungkannya terus kepada Inisiatif Lingkaran dan Laluan China."
Sepanjang acara Minggu Dubai di China, DMCC telah memeterai tiga perjanjian perkongsian komoditi penting:
DMCC juga mengumumkan siri laporan 'Masa Depan Perdagangan' yang terkini, mengadakan perbincangan meja bulat bersama pakar-pakar untuk membincangkan sejauh mana industri perdagangan sedang mengubah dunia. Laporan tersebut memberi tumpuan sepenuhnya terhadap potensi pendigitan untuk memberi impak kepada sektor perdagangan, menyatakan bahawa sebanyak 350 juta perniagaan akan mula mengeksport barangan buat pertama kalinya sekiranya mereka mengaplikasikan strategi digital secara menyeluruh.
Terdapat juga minat yang ketara terhadap Zon Perdagangan Bebas DMCC, diiktiraf sebagai Zon Perdagangan Bebas Global Terbaik Tahunan 2016 oleh Majalah The Financial Times fDi buat kali kedua berturut-turut, selain Debat Panel Perniagaannya, 'Mewujudkan Urus Niaga Di Dubai. Bersama-sama'.
Penceramah Panel yang mewakili syarikat-syarikat Cina terkemuka yang berpusat di Zon Perdagangan Bebas DMCC, Dubai, Zhu Jianchao, Naib presiden/Ketua Jurutera; China State Construction Engineering Corporation; Wu Qing, Pengurus Pentadbiran, PowerChina; Robert Wang, Pengarah Teknikal, Hikvision; dan Timothy Chong, Pengarah, Mega Capital; berkongsi pandangan mereka tentang faktor-faktor yang menyebabkan DMCC menjadi lokasi properniagaan dan bagaimana prasarana, fungsi ketersambungan dan pendekatan perkongsian Dubai yang bertaraf dunia dapat mewujudkan persekitaran yang unik untuk syarikat-syarikat Cina memacu pertumbuhan di Timur Tengah, Afrika dan seluruh dunia, selain peluang untuk menjalin hubungan yang lebih erat antara bandar-bandar berkembar, Dubai dan juga Shanghai.
DMCC. Dibuat untuk Dagangan.
http://www.dmcc.ae
Sumber: DMCC