omniture

Egli AG dan Fasa Bergabung Tenaga dalam Industri

Egli AG and Fasa
2016-11-02 08:15 623

MARIJAMPOLĖ, Lithuania, 2 November 2016 /PRNewswire/ --

Dua syarikat terkemuka dunia – pengeluar rangkaian pembungkusan Lithuania, Fasa dan pengeluar rangkaian pemprosesan mentega dan marjerin Switzerland, Egli AG – telah bergabung tenaga. Konglomerat yang baru bergabung ini akan membawa kepada peluasan lokasi operasi, pelanggan, dan akan membantu membekalkan peralatan pemprosesan dan pembungkusan daripada satu sumber sehenti dan memperbaiki perkhidmatan pelanggan secara segera di seluruh dunia.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161028/433859LOGO )

"Switzerland ialah simbol produk dan proses berkualiti tinggi, dan hasil kerjasama ini, kawalan kualiti peralatan Fasa akan memenuhi piawaian yang lebih tinggi. Egli AG telah terbukti memiliki nilai dan kepimpinan yang kukuh dalam pasaran, dan kini kami mendapat peluang untuk menyertainya dengan kedudukan kukuh Fasa dan untuk mencapai pasaran baharu, pelanggan baharu, atau segmen baharu. Fasa sangat mementingkan penyelidikan dan pembangunan, dan kolaborasi ini hanya akan mengukuhkan lagi kewujudan kami dalam pasaran yang sangat berdaya saing," kata Karolis Samušis, Ketua Pegawai Eksekutif Fasa.

Rudenz Egli, Ketua Pegawai Eksekutif Egli AG menambah: "Hasil dari hubungan berterusan dengan pengedar kami, kami menyedari kepentingan sebuah rangkaian produk penuh, justeru, kerjasama kami sudah lama dinantikan dan bermanfaat untuk kedua-dua syarikat, memberikan kami peluang untuk mendapat faedah hasil daripada jualan yang lebih besar. Kami akan memberi nilai tambahan kepada kerja seharian kami dan janji kami kepada rakan kongsi. Daripada sekarang, semua pengeluaran Fasa dan Egli AG akan dijenamakan dengan satu logo baharu yang akan mengumumkan kolaborasi kami."

Koordinasi dua pengeluar berpengalaman daripada satu sumber dipercayai akan menghasilkan sinergi dalam jualan kerana kedua-dua syarikat berhadapan dengan peningkatan permintaan. Lebih-lebih lagi, saling berkongsi amalan baik dan kepakaran akan memperbaiki proses dalaman dan strategi pemasaran. Kelebihan utama ialah kemungkinan kepelbagaian risiko dan pasaran kedua-dua syarikat di Lithuania dan Switzerland. Oleh itu, pelanggan baharu akan mendapat faedah dengan menerima penyelesaian menyeluruh dan disesuaikan daripada satu sumber, sama ada mereka perlu mengeluarkan mentega dalam bungkusan pukal atau menghasilkan pek marjerin untuk jualan runcit.

Sejak 1888 EGLI AG merupakan salah satu daripada syarikat peneraju dalam pembangunan, pengeluaran dan penyelenggaraan teknologi mentega, sapuan dan majerin untuk pengusaha industri dan pusat penyelidikan. Ia ialah perniagaan bebas dan dimiliki keluarga yang menggaji 50 orang professional.

Syarikat Fasa telah ditubuhkan pada 1959 dan menghasilkan peralatan pembungkusan untuk industri tenusu – mentega, marjerin dan produk makanan lain. Pengeluaran ini dieksport ke lebih 50 negara. Kini terdapat 150 orang pekerja dalam syarikat itu. Perolehan tahunan pada 2015 ialah €5M.

Marius Gorochovskis, +(370)-699-23042, marius@adverum.lt

Sumber: Egli AG dan Fasa

Source: Egli AG and Fasa
Keywords: Beverages Food/Beverages Paper/Forest Products/Containers Joint ventures Licensing/marketing agreements