omniture

CFLD Anjur Lawatan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Razak ke Pembangunan Utama Bandar Industri Baharu Gu'an

CFLD
2016-11-02 15:54 503

KUALA LUMPUR, Malaysia, Nov. 2, 2016 /PRNewswire/ -- CFLD, peneraju dalam pembangunan bandar industri baharu di peringkat antarabangsa telah menganjurkan satu lawatan melibatkan sekumpulan pegawai tertinggi kerajaan Malaysia ke Bandar Industri Baharu Gu'an semalam. Delegasi Malaysia telah diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Malaysian Prime Minister Dato’ Sri Najib Razak being briefed on the latest AMOLED technology during his visit to Gu'an Industry City.
Malaysian Prime Minister Dato’ Sri Najib Razak being briefed on the latest AMOLED technology during his visit to Gu'an Industry City.

 

Lawatan ke Bandar Industri Baharu Gu'an merupakan sebahagian daripada usaha meningkatkan kerjasama di antara syarikat-syarikat Malaysia dan China, seiring dengan komitmen CFLD untuk mengembangkan pengaruhnya di pasaran ASEAN.

Pada tahun 2015, China kekal sebagai rakan perdagangan terbesar Malaysia dengan nilai perdagangan meningkat sebanyak 11.1% berbanding tahun 2014 kepada RM230.9bilion[1] -- kedudukan yang telah dipegang oleh China selama tujuh tahun berturut-turut sejak tahun 2009. China merupakan pasaran eksport dan import terbesar Malaysia. Ia juga menjadi pengimport paling besar buat Malaysia.

CFLD dilihat telah mengukuhkan keupayaan utamanya dalam membangunkan bandar industri serta pembangunan pelbagai guna dalam usaha mengembangkan pengaruhnya di rantau Asia Tenggara. Sebagai tanda keyakinannya terhadap pertumbuhan di rantau ini, CFLD telah menubuhkan ibu pejabat antarabangsanya di Singapura pada Jun 2016. Cawangan di Malaysia pula akan dibuka pada akhir bulan ini.

Program separuh hari delegasi itu merangkumi lawatan ke kemudahan inkubator, bioperubatan dan fasiliti perniagaan e-dagang. Selain itu, mereka turut melawat kemudahan awam seperti tasik, taman dan pusat berbasikal di Bandar Industri Baharu Gu'an yang diiktiraf sebagai model perbandaran untuk hidup, bekerja dan bermain yang penting di China. Sejak 14 tahun lalu, CFLD telah mengubah wilayah itu daripada sebuah bandar terpencil menjadi bandar industri pintar berteraskan inovasi yang mesra perniagaan, hijau, mapan dan sesuai didiami.

Menurut seorang jurucakap kanan di CFLD, "Rekod prestasi kami dalam membangunkan bandar-bandar industri yang memenangi anugerah di China serta kemampuan untuk menarik pelabur tempatan dan antarabangsa secara konsisten, di samping mencipta peluang pekerjaan menerusi pembangunan, menjadi bukti pengalaman dan kemampuan kami sebagai peneraju dalam menyediakan penyelesaian bandar yang bersepadu. Rantau Asia Tenggara sememangnya penting untuk CFLD mengembangkan perniagaannya, ia menawarkan potensi yang masih belum diteroka dalam aspek pembangunan industri. Kami berharap untuk mencapai kejayaan bersama-sama rakan-rakan utama dalam projek-projek kami di rantau ini seperti Malaysia."

Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20161102/8521607128
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20161102/8521607128LOGO

Source: CFLD
Keywords: Banking/Financial Service