omniture

Nexen Tire Merancang untuk Menaja Empat Kejohanan Sukan Musim Sejuk Peringkat Global

- Nexen Tire berusaha mengukuhkan pengaruh jenamanya menerusi penajaan rasmi empat kejohanan sukan musim sejuk peringkat antarabangsa
- Nexen Tire merancang untuk meningkatkan kesedaran jenama melalui bahan-bahan pengiklanan yang menggunakan nama serta logo pertandingan, penjenamaan lokasi, penjenamaan pakaian seragam, siaran video promosi di lokasi, dan reruai promosi di tempat pertandingan
- Nexen Tire akan turut meningkatkan kesedaran jenama selain mempromosikan jualan untuk produk musim sejuk melalui pelbagai aktiviti pemasaran
Nexen Tire
2016-11-02 20:14 754

SEOUL, Korea Selatan, 2 November 2016 /PRNewswire/ -- Sebagai usaha untuk mengukuhkan pengaruh jenamanya dan meningkatkan jualan untuk produk musim sejuk, Nexen Tire bakal menjadi penaja rasmi untuk empat kejohanan sukan musim sejuk peringkat antarabangsa.

Nexen Tire Merancang untuk Menaja Empat Kejohanan Sukan Musim Sejuk Peringkat Antarabangsa
Nexen Tire Merancang untuk Menaja Empat Kejohanan Sukan Musim Sejuk Peringkat Antarabangsa

Sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang 2018 yang bakal berlangsung tidak lama lagi, Nexen Tire berusaha untuk terlibat dalam aktiviti berunsurkan komunikasi yang bermatlamat untuk meningkatkan populariti sukan musim sejuk dan membangunkan identiti jenama.

Nexen Tire akan mengambil langkah proaktif dalam meluaskan empayar sukan musim sejuk di Asia, selain di negara-negara Eropah dan juga Amerika Utara yang telah sekian lama bertapak kukuh dalam arena sukan musim sejuk memandangkan musim 2016-17 bakal bermula pada November ini. Sebagai penaja rasmi, Nexen Tire akan diberikan keistimewaan penaja yang eksklusif dan penggunaan nama serta logo pertandingan, selain meningkatkan kesedaran jenama melalui penjenamaan lokasi, penjenamaan nombor bib, siaran video promosi di lokasi, dan reruai promosi di tempat pertandingan. Kesemua pertandingan ini akan berlangsung antara November 2016 dan Mac 2017.

Nexen Tire akan menaja lima Piala Dunia Lompatan Ski FIS yang dianjurkan oleh Persekutuan Ski Antarabangsa. Pertandingan ini dijadualkan berlangsung di Jerman, Switzerland dan Poland. Nexen Tire akan turut menaja Piala Dunia Big Air papan luncur salji/ski yang turut dianjurkan oleh Persekutuan Ski Antarabangsa. Piala Dunia Ski gaya bebas pula bakal diadakan di empat negara, manakala Piala Dunia Papan Luncur Salji akan diadakan di enam negara. Nexen Tire juga merancang untuk menaja 10 Piala Dunia dan acara Kejohanan luncur laju yang dianjurkan oleh Kesatuan Luncur Antarabangsa. Kesemua pertandingan ini dijadualkan berlangsung di 9 negara, termasuk Korea Selatan, China, Jepun, Kanada dan juga Jerman. Akhir sekali, Nexen Tire merancang untuk menaja tujuh Piala Dunia dan Kejohanan Dunia bagi acara bobsleigh dan skeleton, anjuran Persekutuan Bobsleigh dan Skeleton Antarabangsa, yang bakal menampilkan para pesaing terbaik dari seluruh dunia.

Nexen Tire akan turut mengadakan pelbagai aktiviti pemasaran, termasuk iklan televisyen, iklan majalah, iklan luar rumah, promosi jualan melalui tiket pertandingan, serta program hospitaliti untuk pelanggan, bagi meningkatkan kesedaran jenama selain mempromosikan jualan produk musim sejuk.

"Kami merancang untuk mengoptimumkan kesan pemasaran kami dengan memanfaatkan sepenuhnya penajaan rasmi kami untuk pertandingan sukan musim sejuk peringkat antarabangsa ini demi meningkatkan kesedaran jenama dan menggalakkan jualan produk musim sejuk kami dalam pasaran global," kata Nexen Tire. "Kami akan berusaha membangunkan identiti jenama dan nilai kami dengan berhubung bersama pelanggan menerusi penyediaan produk baharu."

Nexen Tires terus melebarkan sayapnya ke peringkat global menerusi pelbagai aktiviti pemasaran sukan demi mengukuhkan kesedaran dan nilai jenamanya. Menerusi jalinan kerjasama rasmi bersama Manchester City FC Liga Perdana dan perjanjian pengiklanan bersama Serie A Itali, kepelbagaian portfolio aktiviti pemasaran sukan Nexen Tire turut melibatkan perkongsian dengan tiga pasukan Besbol Major League AS, BK Mlada Boleslav daripada Liga Perdana Hoki Ais Republik Czech, dan juga Ketua-ketua Liga Ragbi New Zealand.

Latar Belakang Nexen Tire 

Nexen Tire, ditubuhkan pada tahun 1942, merupakan pengeluar tayar global yang beribu pejabat di Yangsan, Wilayah Gyeongsang Selatan, dan di Seoul, Korea Selatan. Nexen Tire, salah satu pengeluar tayar yang paling pesat berkembang di dunia, bekerjasama dengan 491 pengedar yang berada dalam 141 negara seluruh dunia (setakat Julai 2015) dan memiliki tiga kilang pengeluaran – dua di Korea (Yangsan dan Changnyeong) dan satu di Qingdao, China. Satu lagi kilang di Zatec, Republik Czech akan mula beroperasi pada tahun 2018. Nexen Tire mengeluarkan tayar untuk kereta penumpang, SUV, dan trak ringan dengan menggunakan teknologi canggih serta kecemerlangan rekaan. Syarikat itu turut memfokus kepada pengeluaran tayar UHP, berdasarkan teknologi maju. Nexen Tire membekalkan tayar OE kepada pembuat kereta global di pelbagai negara di seluruh dunia. Pada tahun 2014, syarikat itu mendapat gelaran 'grand slam' setelah merangkul 4 anugerah rekaan terpenting dunia buat kali pertama dalam kalangan pelbagai pembuat tayar di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.nexentire.com.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161101/8521607097

Source: Nexen Tire
Related Links:
Keywords: Advertising Auto Sporting Events Sports Transportation Trucking and Road Transportation Licensing/marketing agreements