omniture

Dubai Menaja 3bn USD untuk Perjanjian Kewangan Lapangan Terbang

The Department of Finance for the Government of Dubai (DOF)
2016-11-02 22:18 684

DUBAI, UAE, 2 November 2016 /PRNewswire/ --

Dubai akan Berupaya Mencapai Sasaran Trafik seramai 146 juta menjelang 2025; Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum yang baharu, diatur untuk menjadi Lapangan Terbang Utama Dubai dan pusat bagi Syarikat Penerbangan Emirates mulai 2025

Dua lapangan terbang antarabangsa Dubai akan dipersiapkan untuk penambahan kapasiti, peluasan yang dijana perbelanjaan modal, yang akan membolehkan mereka menampung sehingga 146 juta penumpang menjelang 2025,  sebahagian besarnya hasil daripada cadangan awal transaksi kewangan 3bn USD yang diumumkan oleh kerajaannya hari ini.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161101/434741 )

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB) kini telahpun menjadi lapangan terbang antarabangsa terbesar dunia, dengan 78 juta penumpang pada 2105, dengan 13% purata kadar pertumbuhan kompaun tahunan sejak tahun 2000. Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum (DWC) yang baharu itu dirancang untuk dijadikan lapangan terbang utama Dubai, dan juga sebagai pusat bagi Syarikat Penerbangan Emirates mulai 2025.

"Dubai kekal komited terhadap pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum dan terhadap pertumbuhan sektor penerbangan global, dan transaksi awal 3bn USD ini yang menyokong cita-cita Dubai untuk mencapai sasaran kapasiti penumpang menjelang 2025 adalah bukti kepada kepercayaan kami," kata H.H. Sheikh Ahmed bin Saeed Al Maktoum, Pengerusi Jawatankuasa Fiskal Agung Dubai.

"Selaras dengan wawasan Dubai untuk mengekalkan statusnya sebagai salah satu daripada pusat kebudayaan dan komersial paling penting di dunia, peluasan yang dirancang bagi lapangan terbang kedua-dua bandar itu adalah sangat penting, dan jabatan kami berbangga untuk memikul peranan penting dalam pembiayaan berterusan mereka, sama seperti yang telah kami lakukan dalam projek utama yang lain," kata  Abdulrahman Saleh Al Saleh, Ketua Pengarah, Jabatan Kewangan Kerajaan Dubai (DOF).

Di bawah cadangan aturan pembiayaan yang diselaraskan oleh DOF, Perbadanan Pelaburan Dubai (ICD) dan Perbadanan Bandar Penerbangan Dubai (DACC), ketiga-tiga pihak itu akan bersama-sama mengumpulkan pembiayaan daripada sumber kecairan yang pelbagai, termasuk sumber konvensional dan Islamik. HSBC bertindak sebagai Penasihat Kewangan.

Latar Belakang Jabatan Kewangan Kerajaan Dubai 

Jabatan Kewangan Kerajaan Dubai (DOF) ditubuhkan pada 1995 dibawah Undang-Undang bil. (5), untuk menyelia semua urusan kewangan dan perakaunan Kerajaan Dubai, selain daripada mengeluarkan penyata kewangan disatukan untuk kerajaan emiriah.

DOF bertanggungjawab terhadap pembangunan bajet umum tahunan kerajaan dan pelaksanaannya dengan kerjasama semua badan kerajaan tempatan yang berkaitan

Hubungan Media:
Jehad Kamal
Pengurus Perhubungan dan Komunikasi
Talian Terus +971-4-405-6079
jkamal@dof.gov.ae

Sumber: Jabatan Kewangan Kerajaan Dubai (DOF)

Source: The Department of Finance for the Government of Dubai (DOF)
Keywords: Airlines/Aviation Transportation Travel Corporate Expansion