omniture

LCM Mencecah Had Maksima Pengumpulan Dana bagi Strategi Peluang Kredit III LCM Partners

LCM Partners
2016-11-03 00:21 515

LONDON, 3 November 2016 /PRNewswire/ --

LCM partners gembira mengumumkan kejayaan penutupan strategi Peluang Kredit III LCM Partners. Strategi itu telah melangkaui €2 billion dalam bentuk komitmen dan terdiri daripada gabungan akaun terurus dan dana bercampur. Komitmen telah diterima daripada pelbagai dana dan yayasan pencen merentasi AS, Benua Eropah dan UK.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160811/397432LOGO )

"LCM Partners sangat berbangga kerana dapat melibatkan beberapa pelabur institusi paling berprestij sebagai pelanggan, berikutan penutupan strategi Peluang Kredit III LCM Partners. Kami berbesar hati untuk mewakili skim persaraan negeri, pekerja dan yayasan sektor awam dan swasta. Kami mengambil serius tanggungjawab kami untuk menguruskan asset pelanggan kami secara berhemat dan pendekatan kami inilah yang telah membolehkan kami memperoleh pulangan tahunan yang positif bagi tempoh tujuh belas tahun dengan purata IRR sebanyak 14.9% (kasar, tanpa leveraj)." Kata Paul Burdell, Ketua Pegawai Eksekutif, LCM Partners.

Strategi Peluang Kredit III LCM Partners menggunakan platform pelaburan tunggal, yang membolehkan semua dana dalam strategi itu untuk melabur bersama satu dengan yang lain. Dana bercampur itu terdiri daripada bahagian (sleeve) USD dan Euro dan ditutup pada 31 Oktober 2016 dengan komitmen sebanyak €865.5 juta. Empat akaun terurus juga akan melabur dalam platform pelaburan asas dengan julat saiz komitmen daripada €100 juta sehingga €500 juta.

Sejak pelancaran Peluang Kredit III LCM Partners, LCM telah melaburkan kira-kira €1 bilion dalam transaksi dan kini memiliki lebih €1.5 bilion dalam bentuk pinjaman berbayar, pinjaman dijadualkan semula dan pinjaman tidak berbayar daripada rangkaian negara Eropah yang meluas, merangkumi hutang pengguna dan SME.

Adrian Cloake, Ketua Pegawai Pelaburan di LCM Partners mengulas "Kami melangkaui sasaran daripada segi rentak pelaksanaan dan pulangan yang diperoleh bagi pelabur penting kami sejak pelancaran Peluang Kredit III LCM Partners.  Penutupan akhir strategi pada jumlah melebihi €2 bilion bermakna LCM  Partners terus memiliki pegangan kuasa yang besar dalam pasaran yang kini tampak menjadi pasaran paling aktif bagi pembelian pinjaman, berdasarkan pemerhatian kami bagi tempoh perniagaan semenjak 17 tahun yang lepas."

Adrian menyambung "Pelaksanaan Basel III yang sedang berlangsung di serata Eropah bermaksud jumlah modal yang mesti dipegang oleh bank akan meningkat lagi pada 1 Januari 2017.  Lebih penekanan kepada modal membawa kepada lebih fokus terhadap mengurangkan aset berwajaran risiko dan jalan terpantas bagi bank untuk mencapainya adalah dengan menjual transaksi kepada pengurus seperti LCM Partners yang mampu membeli portfolio itu, tetapi yang lebih penting lagi memberi perkhidmatan kepada pelanggan dasar."

Nota kepada Editor:  

Latar belakang strategi Peluang Kredit III LCM Partners  

  • Strategi Peluang Kredit III LCM Partners dilancarkan pada Jun 2014 dengan satu pelabur utama
  • Dana bercampur ditutup pada 31 Oktober 2016
  • Strategi itu telah menghasilkan IRR sebanyak 11.94%, bersih daripada bayaran pengurusan dan perbelanjaan dana, sejak pelancaran (sehingga pada 30 September 2016)
  • Strategi itu terdiri daripada enam dana: empat dana denominasi Euro berpusat di Luxembourg dan dua dana USD berpusat di Cayman
  • Enam belas Rakan Kongsi Terhad telah memberi komitmen melebihi AUM €2 billion dalam strategi itu

Latar Belakang LCM Partners 

  • LCM Partners adalah sebuah pengurus aset Alternatif, berkepakaran dalam kredit
  • Dengan rekod pelaburan dalam portfolio pinjaman sejak 1999, LCM Partners telah memaparkan ketidaktentuan relatif yang rendah melalui vintaj tahunan merentasi kitaran itu dengan IRR kasar tanpa leveraj berjumlah 14.9%
  • LCM Partners telah membeli lebih daripada 2000 transaksi dan menguruskan pinjaman sebanyak €13.5 billion
  • Firma itu adalah sebahagian daripada Link Financial Group yang memiliki 8 pejabat di 5 negara merentasi Eropah, termasuk pasaran jualan pinjaman terbesar UK, Itali, Sepanyol dan Ireland.
  • LCM Partners telah memenangi dan dicalonkan untuk sebilangan anugerah termasuk anugerah Pelabur Hutang-Bermasalah Eropah 2015 pada anugerah Pelabur Hutang Swasta dan baru-baru ini sebagai Firma Pelaburan Kredit Eropah bagi tahun 2016 pada anugerah dana lindung nilai ACQ5.

Hubungi LCM Partners:
Alison Swonnell, Pengarah Operasi Dana
T: +44-203-457-5058
aswonnell@lcmpartners.eu

Source: LCM Partners
Keywords: Banking/Financial Service