KUALA LUMPUR, 3 November 2016 /PRNewswire/ -- Perlumbaan duatlon terbesar di dunia dalam siri Powerman, iaitu Kejohanan Duatlon Asia Powerman, akan kembali ke Putrajaya pada hari Ahad, 5 Mac 2017. Dianjurkan oleh E-Plus Global Sdn Bhd, lebih 3,000 peserta dari dalam dan luar negara termasuk atlet-atlet global terkemuka, golongan elit yang terlibat dalam pelbagai bidang sukan selain para peminat dijangka akan mengambil bahagian dalam perlumbaan larian-kayuhan-larian ini.
Powerman, acara kemuncak untuk pertandingan duatlon peringkat dunia, ialah sebuah platform untuk pelari dan penunggang basikal tegar meningkat maju dan meraih kecekapan dalam kedua-dua bidang sukan itu. Kejohanan yang diadakan di Putrajaya pada Mac lalu, yang berselang seli selama dua tahun, menyaksikan tahap kemajuan yang hebat dalam kalangan atlet duatlon di rantau ini, dengan permulaan perlumbaan disertai seramai 2,645 peserta yang memecah rekod. Jumlah ini telah berjaya memecahkan Malaysia Book of Records bagi 'Penyertaan Paling Ramai dalam Kejohanan Duatlon' di Malaysia.
"Peningkatan jumlah atlet pelbagai sukan di rantau ini terbukti menerusi trend yang semakin meningkat dalam segmen pelbagai sukan. Powerman ialah acara yang mudah disertai oleh atlet bagi meneruskan perjalanan yang lebih hebat dengan menguasai sukan bersepadu ini. Putrajaya ialah salah satu lokasi kegemaran bagi menganjurkan perlumbaan Powerman ini dengan adanya landskap yang indah serta kemudahan sosial yang serba lengkap, seraya dapat menyediakan kejohanan bertaraf dunia buat peserta," kata Barbara Lam, Pengarah Urusan E-Plus Entertainment Productions (M) Sdn Bhd.
Empat kategori dewasa iaitu Klasik Individu dan Pasukan Klasik Berganti-ganti (10km – 60km – 10km) dan Jarak Dekat Individu dan Pasukan Jarak Dekat Berganti-ganti (5km – 30km – 5km) sedia untuk pendaftaran.
Powerkids, satu program peringkat paling asas yang baru diperkenalkan untuk kanak-kanak berusia antara 5 hingga 12 tahun akan disediakan dalam tiga kategori umur - 5 hingga 7-tahun (0.4km – 1km – 0.4km), 8 hingga 10-tahun (0.8km – 2km – 0.8km), dan 11 hingga 12-tahun (1.2km – 3km – 1.2km). Pendaftaran program Powerkids akan diumumkan pada Disember 2016.
Peserta yang berminat boleh mendaftar di www.powermanmalaysia.com.
Perlumbaan tersebut dianjurkan oleh pemegang hak dan lesen, E-Plus Global Sdn Bhd; diluluskan oleh Persatuan Powerman Antarabangsa dan Persatuan Triatlon Malaysia; disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Malaysia Major Events, Malaysia Truly Asia, Perbadanan Putrajaya, Dorsett Putrajaya, Pullman Putrajaya Lakeside, The Everly Hotel Putrajaya, Spacebib, Train Live Compete, HIGH5, Shinjiru, Spacebib, RunSociety, Beyond Ultron Sdn Bhd, Rudy Project, Suunto, 2XU Compression, iM4U, Majalah Running Malaysia dan juga Majalah Cycling Malaysia.