omniture

GAC Motor Berganding Tenaga dengan Kawasan Simpanan Alam Semula Jadi Sanjiangyuan dan Tabung Hidupan Liar Sedunia Melindungi Sumber Air Tawar Paling Penting di China

GAC Motor
2016-11-07 08:54 648

BEIJING, 7 November 2016 /PRNewswire/ -- GAC Motor, pengeluar kereta utama di China, menandatangani memorandum perjanjian kerjasama dengan bahagian pentadbiran Kawasan Simpanan Alam Semula Jadi Sanjiangyuan (SNNR) dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) untuk projek yang berjalan selama tiga tahun, dengan mengambil peranan utama dalam rancangan pemuliharaan taman negara pertama China dalam satu sidang akhbar berhubung inisiatif taman negara "Dilahirkan di Sanjiangyuan" pada 2 November lalu di Beijing, China.

Gambar berkumpulan bersama tetamu dalam sidang akhbar GAC Motor menandatangani memorandum perjanjian kerjasama dengan Kawasan Simpanan Alam Semula Jadi Sanjiangyuan dan Tabung Hidupan Liar Sedunia
Gambar berkumpulan bersama tetamu dalam sidang akhbar GAC Motor menandatangani memorandum perjanjian kerjasama dengan Kawasan Simpanan Alam Semula Jadi Sanjiangyuan dan Tabung Hidupan Liar Sedunia

SNNR di Wilayah Qinghai itu merupakan sumber air tawar paling penting di China memandangkan di situ letaknya bahagian hulu air Sungai Yangtze, Sungai Kuning dan Sungai Mekong, seraya tercetusnya nama Sanjiangyuan yang bermaksud "hulu air tiga sungai". Ia juga merupakan salah satu kawasan penting di China bagi pemuliharaan kepelbagaian bio dan menjadi habitat pelbagai hidupan liar, serta menjadi bank genetik pelbagai spesies hidupan kawasan dataran tinggi yang jarang didapati.

Menerusi memorandum perjanjian kerjasama itu, para peringkat awal, GAC Motor akan membekalkan dua Kenderaan Super GS8 dan tiga Kenderaan Super GS5 untuk tujuan operasi harian dan rondaan rutin di kawasan simpanan alam semula jadi itu, diikuti dengan beberapa siri kolaborasi strategi yang lebih erat berkaitan perlindungan dan demonstrasi tasik air tawar Sanjiangyuan, penambahbaikan institusi, inovasi penyertaan sosial, dan kesedaran serta pendidikan dalam kalangan orang awam, menawarkan sokongan menyeluruh terhadap rancangan pemuliharaan kawasan simpanan tanah lembap itu.

Kenderaan Super GS8 dan GS5 daripada GAC Motor telah diuji agar dijamin dapat memberikan prestasi optimum dalam semua keadaan, termasuk di kawasan berais dan kawasan rupa muka bumi yang kasar, menjadikannya amat sesuai untuk tujuan operasi oleh SNNR di Dataran Tinggi Tibet dengan altitud purata setinggi 4,000 meter.

"Bermula pada pertengahan Abad ke-20, SNNR telah mengalami krisis ekologi yang semakin membimbangkan, berpunca akibat pemanasan global dan aktiviti oleh manusia yang semakin menyesakkan. Sebagai sebuah syarikat yang meletakkan perlindungan alam sekitar dan teknologi lestari sebagai keutamaan tertinggi, ia menjadi tanggungjawab kami untuk menyumbang semula kepada alam sekitar dan masyarakat dengan cara terbaik yang boleh kami lakukan," kata Jun Yu, Pengurus Besar GAC Motor.

Kenderaan GS4 daripada GAC Motor yang laris terjual merupakan model kenderaan SUV pertama yang menerima pingat emas menerusi penilaian C-EACP (Program Penilaian Kenderaan Mesra Alam China). Rangkaian produk syarikat yang luas itu mengguna pakai teknologi mesra alam yang bukan sahaja menjanjikan penggunaan dan pelepasan bahan api yang lebih rendah, malah turut menggalakkan persekitaran pemanduan hijau dan selesa.

Kilang-kilang GAC Motor turut dilengkapi dengan barisan pengeluaran canggih yang tertutup sepenuhnya, yang dapat mengurangkan hingar serta debu, selain menjanjikan penggunaan 100 peratus salutan larut air dan mesra alam, serta dapat menghapuskan bahan-bahan berbahaya dan juga debu daripada pelepasan sisa kilang demi mengurangkan pencemaran udara.

Jalinan kerjasama ini memperlihatkan satu lagi langkah yang diambil, dan menunjukkan dedikasi GAC Motor terhadap projek-projek kebajikan awam sejak syarikat itu ditubuhkan yang melibatkan pelbagai program perlindungan alam sekitar, pendidikan, pelancongan yang selamat serta kerja-kerja amal.

"Kerjasama kami dengan SNNR dan WWF menekankan aspek misi dan tanggungjawab GAC Motor agar dapat berkhidmat dengan lebih baik kepada masyarakat dan juga negara. Kami juga berharap dapat menjadi contoh teladan buat syarikat-syarikat lain tentang apa yang perlu dilakukan demi melindungi alam sekitar dan menggalakkan lebih banyak syarikat untuk turut sama terlibat dalam rancangan pemuliharaan taman negara itu, dalam usaha mencapai pembangunan yang harmoni antara manusia dan juga alam semula jadi di kawasan Sanjiangyuan ini," kata Yu.

Mendukung falsafah untuk mengeluarkan kereta dengan cara yang mesra alam sambil terlibat secara aktif dalam memenuhi tanggungjawab sosial, projek-projek kebajikan awam terdahulu oleh GAC Motor terdiri daripada projek penanaman semula hutan di Daerah Longchuan, Wilayah Guangdong, penanaman hutan pemuliharaan air yang amat menambah baik proses pemuliharaan tanah dan air di kawasan Sungai Dongjiang.

Untuk mendapatkan lebih banyak gambar, sila layari: 

http://pan.baidu.com/s/1i4H770p   Kata laluan: 3bux
http://pan.baidu.com/s/1geRKXcn  Kata laluan: av9k

Latar Belakang GAC Motor

Sebagai sebuah anak syarikat GAC Group, GAC Motor membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti terunggul, mencapai kadar pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 138% dalam tempoh sembilan bulan pertama bagi tahun 2016, peningkatan yang tertinggi bagi kesemua jenama Cina dalam tempoh yang sama. GAC Motor meraih kedudukan ke-5, dalam kalangan semua jenama menurut Kajian Kualiti Awal China 2016, J.D. Power Asia Pasifik, yang merupakan kedudukan tertinggi yang diraih antara semua jenama Cina selama empat tahun berturut-turut.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: GAC Motor:  https://www.facebook.com/GACMoto/posts/1275665359142728  
Instagram: GAC Motor: 
https://instagram.com/p/BMCLdjegUnI/   
Twitter: GAC Motor: 
https://twitter.com/gac_motor/status/791324958353821697

Maklumat Perhubungan Media:

Zhujun Wang
+86-186-8058-2829
sukie_gacmotor@126.com

Qi Li
liqi@gacmotor.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161104/0861611672

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Transportation Animal Welfare Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility