omniture

FairMedOnline Menembusi Pasaran Pelancongan Perubatan Global dan Mengambil Alih Caremondo

FairMedOnline
2016-11-07 13:39 482

SINGAPURA, 7 November 2016 /PRNewswire/ -- FairMedOnline, sebuah syarikat penjagaan kesihatan digital yang berpusat di Singapura yang memberikan pendapat perubatan kedua tidak berpihak untuk pesakit di seluruh dunia, mengambil alih platform pelancongan perubatan antarabangsa, Caremondo. Perjanjian itu membolehkan FairMedOnline meneruskan usaha pengembangannya bagi menembusi pasaran pelancongan perubatan global yang pesat berkembang.

(kiri) Philipp Graf von Hardenberg, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif FairMedOnline; (kanan) Matthias Berger, Ketua Pegawai Kewangan dan Ketua Pegawai Operasi FairMedOnline
(kiri) Philipp Graf von Hardenberg, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif FairMedOnline; (kanan) Matthias Berger, Ketua Pegawai Kewangan dan Ketua Pegawai Operasi FairMedOnline

 

Neil van Heerden, Ketua Pegawai Pemasaran FairMedOnline
Neil van Heerden, Ketua Pegawai Pemasaran FairMedOnline

Caremondo ialah sebuah platform perkhidmatan lengkap untuk pelancongan perubatan berkualiti tinggi. Ia membolehkan pesakit membuat perbandingan dan membuat temu janji rawatan perubatan, pergigian dan estetik di luar negara melibatkan lebih 160 kemudahan rakan kongsi penjagaan kesihatan yang diiktiraf dalam lebih 20 negara seluruh dunia. Selain itu, ia turut menemani pesakit di sepanjang rantaian nilai dengan menawarkan perkhidmatan yang komprehensif demi memudahkan urusan pesakit termasuk perkhidmatan pemprosesan visa, tempahan tiket penerbangan dan hotel, serta khidmat terjemahan.

Philipp Graf von Hardenberg, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FairMedOnline berkata: "Ini merupakan satu langkah penting dalam usaha pertumbuhan syarikat FairMedOnline. Ia membolehkan kami mengukuhkan kedudukan kami di peringkat global selaku syarikat rawatan kesihatan digital utama dan untuk terus berkembang demi menembusi pasaran antarabangsa. FairMedOnline kini mampu menyediakan penyelesaian perubatan dengan perkhidmatan yang lengkap di seluruh dunia menerusi sebuah platform yang mudah dan selamat – bermula dengan pendapat perubatan kedua kepada rawatan perubatan di mana-mana jua di dunia selain bantuan yang berkaitan dengannya. Kedua-dua syarikat ini saling melengkapi antara satu sama lain dengan begitu efektif dan kami akan meneruskan operasi di Caremondo dengan lancar."

Neil van Heerden, Ketua Pegawai Pemasaran di FairMedOnline menambah: "Caremondo memiliki reputasi cemerlang dalam pasaran penjagaan kesihatan dan pelancongan perubatan. Pada tahun 2016, syarikat ini berjaya meraih dua anugerah pelancongan perubatan penting daripada IMTJ, salah satu badan pelancongan perubatan yang utama di dunia. Kami mempunyai visi yang sama dalam usaha memberikan akses rawatan perubatan yang berkualiti tinggi, selamat dan berkesan kepada pesakit dan juga pelanggan."

Veronika Leitermann dan Andreas Otto, pengasas Caremondo berkata: "Di FairMedOnline, kami telah menemui rakan pelengkap bagi membawa perniagaan Caremondo ke peringkat seterusnya. Pasukan ini mempunyai visi dan nilai yang sama dengan kami terhadap Caremondo dan ingin membawa perubahan kepada pesakit di serata dunia."

Latar Belakang FairMedOnline
FairMedOnline (FMO) ialah sebuah syarikat rawatan kesihatan digital yang berpusat di Singapura. Ia memberikan pendapat perubatan kedua yang bebas serta akses dalam talian melibatkan lebih 100 pakar terkenal Jerman buat pesakit di Asia, Timur Tengah dan Afrika. Pakar-pakar FairMedOnline terlibat dalam pelbagai bidang perubatan, yang berusaha membolehkan perkhidmatan perubatan bertaraf dunia dapat diakses dengan cara yang mudah, bebas serta telus. Menerusi pengambilalihan itu, FairMedOnline menjadi pembekal sehenti untuk rawatan perubatan luar negara yang bertaraf antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut tentang FMO, memuat turun pilihan Kit Media, Lembaran Fakta atau gambar, sila layari: www.fairmedonline.com/newsroom 
Caremondo boleh dikunjungi melalui: www.caremondo.com 

Maklumat perhubungan media
Nadine Butow
e-mel: pr@fairmedonline.com
tel.bimbit: +4915254549532

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161104/8521607048-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161104/8521607048-b 

Source: FairMedOnline
Keywords: Health Care/Hospital Health Insurance Internet Technology Multimedia/Online/Internet Travel Web Site Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion