omniture

Lexinta Sukacita Mengumumkan Pelantikan Finn Tsai sebagai Pengarah Bersekutu

Lexinta AG
2016-11-08 07:30 594

ZUG, Switzerland, 8 November 2016 /PRNewswire/ -- Lexinta dengan sukacitanya mengumumkan, berkuatkuasa serta merta, pelantikan Finn Tsai yang menyertai syarikat sebagai Pengarah Bersekutu. Tanggungjawab utama Finn adalah untuk membangunkan strategi penasihat pelaburan berpusatkan pelanggan untuk seluruh saluran dalam syarikat itu, demi menyediakan kelainan nilai tambah yang ketara buat pelanggan.

Finn membawakan pengalaman selama 9 tahun dalam perbankan persendirian dan pengurusan aset ke Lexinta. Pengetahuan profesional beliau telah diperoleh di Switzerland ketika berkhidmat untuk UBS AG, Credit Agricole Suisse SA dan terkini, bersama Credit Suisse AG. Finn ialah pengurus perhubungan dan penasihat pelaburan yang hebat, berkebolehan bekerjasama dengan pelanggan persendirian dan juga institusi.

Finn merupakan siswazah bidang Pentadbiran Perniagaan daripada Cheng-Kung University of Taiwan dan berkelulusan MBA dalam bidang Kewangan & Perbankan Global daripada SBS Swiss Business School of Zurich, Switzerland. Beliau berkebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris, bahasa Cina dan juga bahasa Jerman.

Bismark Badilla, Presiden Lexinta Group berkata, "Penyertaan Finn dalam keluarga Lexinta akan banyak membantu peluasan perkhidmatan berpusatkan pelanggan kami dalam usaha memperkukuh kedudukan kami sebagai kumpulan pengurusan aset global bebas."

Latar Belakang Lexinta 

Lexinta ialah kumpulan pengurusan aset global bebas milik persendirian. Lexinta juga merupakan tanda dagangan berdaftar Lexinta AG, sebuah syarikat awam berhad yang diperbadankan di Zug, Switzerland, dengan nombor pendaftaran komersial CH-170.3.035.396-3. Lexinta AG dilesenkan sebagai syarikat pengurusan aset dan perantara kewangan di bawah undang-undang Switzerland. Lexinta AG juga ialah ahli Pertubuhan Swaatur (SRO) PolyReg (http://www.polyreg.ch) dan PolyAsset (http://www.polyasset.ch) yang diperakui oleh FINMA.

Untuk maklumat lanjut tentang Lexinta sila layari: http://www.lexinta.com

Maklumat Perhubungan Media:
Nadia Hunziker
Lexinta AG Cawangan Zurich
+41-41-544-83-89
public-relations@lexinta.com 

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160909/405942LOGO 
Photo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20161104/436359

Source: Lexinta AG
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Personnel announcements