SHANGHAI, 9 November 2016 /PRNewswire/ -- Lebih 200 eksekutif kanan berhimpun dalam sebuah majlis bagi meraikan ulang tahun ke-20 Bo Le Associates (Bo Le) di Dewan Konsert Shanghai pada 3 November 2016. Diasaskan pada tahun 1996 sebagai sebuah syarikat baharu dengan tiga cawangan, Bo Le telah melebarkan sayapnya ke Asia untuk menjadi salah sebuah firma pencarian eksekutif utama di rantau itu. Hari ini, syarikat ini memiliki 13 cawangan dan menggajikan 390 kakitangan, termasuk 330 perunding elit.
Majlis sambutan malam itu menampilkan seorang tetamu, pakar ekonomi terkenal dan hos China Business Network, Dr. Ma Hong Man, yang mengetuai perbincangan panel bersama lima pemimpin berpengaruh industri tentang Inovasi & Transformasi Kepimpinan dalam Era Digital.
Dalam ucapan alu-aluan beliau, Pierre Zhuang, selaku pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Bo Le Associates, menyatakan penghargaan beliau terhadap sokongan yang diberikan oleh pelanggan sejak beberapa tahun ini. Ucapan beliau diikuti pula oleh Takashi Kuzuhara, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden RGF Hong Kong Limited, syarikat induk dengan Bo Le sebagai anak syarikat milik penuhnya, yang menyampaikan ucapan tahniah.
Isu sama ada perubahan yang dibawa oleh era digital akan mengubah kepimpinan korporat, Pierre Zhuang mengakui bahawa kecekapan perniagaan dan tindak balas pantas adalah dua cabaran paling menonjol yang dihadapi oleh pemimpin. Grace Li, Naib Presiden Kanan Hanhua Finance, dan mantan Naib Presiden Bahagian Sumber Manusia di BMW Brilliance, menambah bahawa adalah suatu yang mustahil untuk mentakrifkan erti kepimpinan dengan hanya satu ukuran, dan pemimpin perlu berpegang pada nilai terasnya, namun perlu bertindak balas terhadap keadaan yang berbeza sewajarnya.
Tony Xu, Ketua Pegawai Kewangan di Boeing Shanghai, menekankan bahawa penambahbaikan nilai teras dalam sesebuah perniagaan, dan bukannya "menunjuk-nunjuk" prestasi adalah paling utama. David Zhu, Rakan Pengurusan Vision Knight Capital, turut menambah bahawa pemimpin perlu mengikut arus dan mampu berkomunikasi dengan baik dengan generasi yang lebih muda. Pierre Zhuang menggelar media sosial sebagai serampang dua mata, yang mana ketelusan kadang kala boleh membawa kepada pengaruh yang memudaratkan.
Lewat malam itu, Anugerah Bo Le Golden Horse disampaikan kepada pelanggan dan felow syarikat itu mengikut kriteria perekrutan penting yang diperoleh daripada kumpulan rakan setara atasan dan juga calon-calon.
"Bo Le berdedikasi untuk mewariskan nilai teras, pengetahuan dan kepakaran kami kepada generasi baharu. Teknologi baharu dan platform digital membolehkan kami membangunkan pangkalan data yang lebih kukuh, berserta kebolehan terbina dalam agar dapat mengenal pasti dan memadankan calon dengan lebih berkesan demi memenuhi keperluan pelanggan," kata Pierre.
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161107/0861611740-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161107/0861611740-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161107/0861611740-c