omniture

Perkongsian dan Inovasi: Membentuk Masa Depan Penjagaan Kesihatan di Asia Pasifik

Asia Pacific Medical Technology Association
2016-11-09 09:00 837

Pakar-pakar Teknologi Perubatan Berhimpun dalam Forum Teknologi Perubatan Asia Pasifik Tahunan kali ke-2

SINGAPURA, 9 November 2016 /PRNewswire/ -- Forum Teknologi Perubatan (MedTech) Asia Pasifik, satu perhimpunan penting yang terdiri daripada ahli-ahli profesional teknologi perubatan, pemimpin-pemimpin kerajaan, pakar-pakar kawal selia, para pengamal penjagaan kesihatan dan para penyelidik di Asia Pasifik, berlangsung hari ini di Singapura, menerusi tema Membentuk Perkongsian Baharu dalam Penjagaan Kesihatan.  

Dianjurkan oleh Persatuan Teknologi Perubatan Asia Pasifik (APACMed), persidangan yang berlangsung selama dua hari ini akan meninjau sejauh mana kolaborasi antara beberapa pihak berkepentingan dalam seluruh sektor penjagaan kesihatan dapat menangani cabaran bagi mengemas kini sistem pengawalseliaan rantau ini, memacu kemajuan pendidikan perubatan, dan memastikan pesakit mendapat akses terhadap inovasi baharu yang mampu menyelamatkan nyawa dan mengubah kehidupan.

Peralatan perubatan dan diagnostik membolehkan orang ramai menjalani kehidupan yang panjang, lebih sihat dan lebih produktif. "Sejak 30 tahun lalu, kemajuan perubatan telah membantu melanjutkan jangka hayat di negara-negara maju dan sedang membangun di seluruh dunia. Hasil inovasi ini juga dapat memberi penjimatan dalam seluruh sistem penjagaan kesihatan dengan menggantikan prosedur yang lebih mahal, mengurangkan tempoh tinggal di hospital dan membolehkan pesakit kembali bekerja dengan lebih pantas," kata Fredrik Nyberg, Ketua Pegawai Eksekutif, APACMed.

"Selain inovasi, kolaborasi yang berjaya dan inklusif juga penting dalam mewujudkan perkongsian yang berkekalan. Walaupun kemajuan yang besar telah dibuat dalam sektor kesihatan global sejak tiga puluh tahun lalu, kadar kemajuan ini masih tidak seragam. Menurut Laporan Suruhanjaya Lancet tentang Pembedahan Global 2030, seramai lima bilion individu di seluruh dunia sukar mendapat akses terhadap prosedur pembedahan dan penjagaan anestesia," kata Nyberg.

Sidang pleno Pembedahan Global 2030 di Forum Teknologi Perubatan ini akan memberi tumpuan terhadap peranan penting yang dapat dimainkan oleh industri teknologi perubatan dalam usaha menangani cabaran ini. Pandangan global dan kes-kes kajian akan dibentangkan dengan tumpuan terhadap keperluan, penyelesaian dan usaha berterusan di Asia Pasifik.

"Forum Teknologi Perubatan tahun ini menjadi satu lagi pencapaian penting buat APACMed. Ia terus memperlihatkan komitmen kami sebagai golongan profesional teknologi perubatan yang berhimpun bersama-sama dan berusaha menangani cabaran yang paling mendesak di rantau ini. Sebagai sebuah industri yang terdiri daripada syarikat-syarikat, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (SME) serta syarikat-syarikat multinasional, Forum Teknologi Perubatan ini memberi peluang untuk meneroka di luar kepakaran masing-masing dan memupuk jalinan kerjasama strategik yang dapat menambah baik sistem penjagaan kesihatan di Asia Pasifik demi manfaat kehidupan para pesakit kami," kata Vladimir Makatsaria, Pengerusi, APACMed.

Sidang pleno dan sesi perbincangan akan membincangkan topik-topik melibatkan penyatuan dan penumpuan pengawalseliaan, kesihatan digital dan mudah alih, pendidikan perubatan, penjagaan kesihatan sejagat serta beberapa testimoni daripada pesakit.

Nota untuk Editor:

Penceramah sidang pleno utama terdiri daripada:

  • Koji Nakao, Penasihat Korporat dan Mantan Pengerusi, Terumo Corporation
  • Gary Pruden, Pengerusi Sedunia Peralatan Perubatan dan Naib Presiden Eksekutif, Johnson & Johnson
  • Dr. Rana Dasgupta, Ketua Pegawai Operasi, Apollo Hospitals Group
  • Dr. John Lim, Pengarah Eksekutif, Pusat Kecemerlangan Kawal Selia, Pusat Pengajian Perubatan Pascasiswazah Duke-NUS, Singapura
  • Profesor Russell L. Gruen, Timbalan Dekan (Penyelidikan) & Profesor Pembedahan, Fakulti Perubatan Lee Kong Chian (NTU)
  • Dr. William P. Magee, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama, Operation Smile
  • Anna Braun, Presiden, Asia Pasifik, B. Braun Medical Industries
  • Cik Yoshitaa Jayabalan, pesakit diabetes

Latar Belakang APACMed  

Persatuan Teknologi Perubatan Asia Pasifik (APACMed) menyediakan wadah menyatupadukan untuk industri peralatan perubatan dan diagnostik in-vitro di Asia Pasifik. Ditubuhkan pada tahun 2014, APACMed berusaha menggalakkan inovasi dan membawa kesan melalui dasar yang memajukan akses penjagaan kesihatan untuk para pesakit. Ahli-ahlinya terkini terdiri daripada syarikat-syarikat terkemuka dalam industri teknologi perubatan. Untuk mendapatkan senarai lengkap, sila layari: http://www.apacmed.org/join/current-members/.

Segala pertanyaa media boleh disalurkan ke:

Ashley Lau
Edelman
ashley.lau@edelman.com
+65 6733 1110

Annabel Ng                    
Edelman                        
annabel.ng@edelman.com
+65 6733 1110

Emilie Rapley Mills
Pengurus Komunikasi
Persatuan Teknologi Perubatan Asia Pasifik (APACMed)
erapley@apacmed.org
+65 6816 3180

Ikuti kami melalui:
Twitter: https://twitter.com/apacmed
Facebook: https://www.facebook.com/APACMed
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/asia-pacific-medical-technology-association
Laman Sesawang: http://www.apacmed.org/

Source: Asia Pacific Medical Technology Association
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Corporate Expansion Trade show news