omniture

Bintang Legenda Julio Iglesias bakal membuat persembahan di RWG

Ikon Latin bakal memukau peminat pada 11 Disember 2016
Resorts World Genting
2016-11-09 16:05 502

GENTING HIGHLANDS, Malaysia, Nov. 9, 2016 /PRNewswire/ -- Julio Iglesias seorang legenda yang pernah menjual lebih 300 juta album dalam 14 bahasa, dan mewarnai tahun 70-an dan 80-an dengan lagu-lagu yang begitu ikonik seperti To All the Girls I've Loved Before dan All of You.

Julio Iglesias World Tour Live in Genting
Julio Iglesias World Tour Live in Genting

Tidak dapat disangkal lagi , suara unik dan tersendiri Iglesias yang pernah menerima pengiktirafan menerusi 400 rekod emas dan platinum ini, menjadikan beliau artis yang paling mendapat sambutan sepanjang zaman dan artis Latin dengan album paling laris terjual dalam sejarah. Disember ini, dendangan suara lunak Iglesias bakal bergema di pentas Resorts World Genting apabila ikon Latin ini memukau penonton dengan suaranya dalam konsert tersebut.

Jelajah Dunia Julio Iglesias Secara Langsung di Genting akan diadakan di Arena of Stars pada 11 Disember 2016 jam 8.30 malam, dan para peminat beliau, khususnya peminat lagu-lagu balada cinta beliau pastinya tidak ingin melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri penyanyi legenda ini beraksi.

Daya tarikan abadi Iglesias jelas terserlah dalam nyanyian duet yang dipersembahkan bersama penyanyi ikonik lain. Siapa yang mampu melupakan nyanyian To All the Girls I've Love Before bersama Willie Nelson, My Love bersama Stevie Wonder, dan All of You, bersama Diana Ross? Kesemua lagu ini meraih kedudukan tertinggi dalam carta sama seperti lagu-lagu hit lain beliau yang amat terkenal iaitu Hey, 1110 Bel Air Place, Non Stop, Starry Night, dan Crazy.

Peningkatan usia beliau tidak menghalang penyanyi Latin paling berjaya sepanjang zaman ini untuk terus menghiburkan peminat – album beliau, Mexico, yang dilancarkan lewat tahun lalu, merupakan rakaman album berbahasa Sepanyol pertama beliau sepanjang tempoh 12 tahun ini. Buat peminat beliau, ia merupakan satu lagi pencapaian hebat penyanyi itu yang dilahirkan di Madrid, Sepanyol pada tahun 1943. Julio Iglesias, seorang lagenda yang menakjubkan, memulakan zaman kegemilangan beliau apabila menjadi pemenang Festival Benidorm 1968 dengan menyanyikan lagu hasil gubahan beliau sendiri yang berjudul La Vida Sigue Igual. Seterusnya, beliau menandatangani kontrak dengan Discos Columbia Records – dan sejak itu, beliau melonjak naik menjadi sebuah ikon tersohor.

Tiket-tiket untuk menyaksikan persembahan Jelajah Dunia Julio Iglesias Secara Langsung di Genting berharga RM890 (VVIP), RM710 (VIP), RM530 (PS1), RM380 (PS2), RM240 (PS3) dan RM120 (PS4). Ahli-ahli Genting Rewards Card (GRC) layak mendapat diskaun 10% melalui Tebusan Mata Genting, serta tunai atau kad kredit dan juga Mata Ganjaran (untuk semua harga tiket).

Tiket masuk adalah untuk seorang bagi satu tiket, bagi setiap individu dewasa, kanak-kanak semua peringkat umur serta bayi.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi +60-3-27181118 atau layari www.rwgenting.com.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi individu berikut:

Irene Chua
Penolong Pengurus Komunikasi & Perhubungan Awam Resort
+60-3-6105-9447

Nur Darwisyah
Eksekutif Kanan Perhubungan Media
+60-3-2333-6679

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161107/8521607242

Source: Resorts World Genting
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel