omniture

Perkhidmatan Prestasi Terhubung Honeywell Bantu Petrovietnam Tingkatkan Kecekapan dan Produktiviti Kilang Penapisan

Honeywell
2016-11-09 16:18 711

KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 November 2016 /PRNewswire/ -- Honeywell (NYSE: HON) hari ini mengumumkan anak syarikat PetroVietnam akan menggunakan tawaran Perkhidmatan Prestasi Terhubung (CPS) berasaskan IIoT baharu bagi tujuan meningkatkan prestasi operasi pengeluarannya di Bandar Raya Quang Ngai, Vietnam.

Binh Son Refining and Petrochemical Co., Ltd. (BSR) akan menggunakan technologi CPS Honeywell yang menyepadukan pengetahuan mendalam Honeywell UOP mengenai proses bagi meningkatkan prestasi kilang penapisan dan juga kilang pada kompleks nafta. CPS merupakan sebahagian daripada inisiatif Kilang Terhubung Honeywell yang memanfaatkan kepakaran teknologi IIoT, perkhidmatan dan domain bagi menambah baik kesemua aspek operasi perindustrian, bermula daripada kecekapan rantaian bekalan kepada pengoptimuman aset.

"Teknologi CPS Honeywell menggunakan data proses kilang itu sendiri dengan penyelesaian keandalan dan pengoptimuman berasaskan awan bagi memastikan operasi berjalan pada kadar kecekapan tertinggi," kata Zak Alzein, naib presiden perniagaan CPS Honeywell UOP. "Honeywell akan dapat menggunakan maklumat khusus berkaitan kilang bagi menyediakan BSR dengan saranan boleh dilaksana yang dapat meningkatkan keuntungan dengan ketara."

CPS memberikan maklumat kilang petrokimia dan pemprosesan gas yang lebih jelas terhadap segala operasinya. Masalah yang mengurangkan kecekapan dan produktiviti kilang serta pengesanan yang terus dielakkan dapat dikenal pasti dan diselesaikan dengan pantas menerusi cadangan daripada CPS. Hasilnya, kilang dapat meningkatkan pengeluaran dan mengelakkan penutupan kilang yang tidak dirancang bagi tujuan penyelanggaraan dan pembaikan, yang mendorong peningkatan produktiviti bernilai jutaan dolar setahun.

Perkhidmatan ini dapat terus memantau data strim kilang dan mengaplikasikan model proses UOP serta amalan terbaik, analitik data besar dan pembelajaran mesin bagi mengenal pasti masalah prestasi yang terpendam dan baru muncul, memberi isyarat kepada kakitangan kilang dan memberi cadangan operasi yang spesifik. Cadangan yang diberikan ini dilaporkan serentak kepada penasihat proses Honeywell UOP, yang turut memantau prestasi selain memberi arahan dan juga sumber tambahan.

"Sistem CPS ialah instrumen penting yang dapat membantu kilang penapisan kami mengeluarkan lebih banyak petrol dan menggunakan tenaga yang lebih rendah," kata Tran Ngoc Nguyen, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Binh Son Refining & Petrochemical Co. "Kami percaya ia dapat meningkatkan kemampuan kakitangan kami agar mereka dapat memastikan segala operasi kami berjalan dengan prestasi tertinggi."

Perkhidmatan tersebut juga dapat mengurus penggunaan tenaga agar dapat kekal patuh terhadap piawaian kawal selia dan juga dapat merapatkan jurang pengetahuan dalam kalangan kakitangan dengan memanfaatkan kepakaran penyelesaian Honeywell UOP secara keseluruhannya, yang tersedia di hujung jari. Setelah dirangkumkan, ciri-ciri CPS membolehkan kilang penapisan beroperasi dengan lebih cekap dan memanfaatkan sepenuhnya setiap tong bahan mentah.  

Menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga A.S., Vietnam mengeluarkan kira-kira 355,000 tong petroleum dan cecair lain setiap hari pada tahun 2015. Walaupun ia merupakan pengeksport bersih minyak mentah, tanpa kapasiti penukaran domestik tambahan, ia perlu mengimport lebih banyak produk minyak. Kini, Vietnam mempunyai kira-kira 4.4 bilion tong bekalan minyak, menjadikannya tempat simpanan minyak mentah ketiga terbesar di Asia, selepas China dan India, walaupun simpanan minyak luar pesisir negara itu masih banyak yang belum diteroka.

Binh Son Refining and Petrochemical Co., Ltd. menghasilkan, menapis, mendagangkan minyak mentah serta produk siap petroleum, bio-bahan api, palet polipropilena dan lain-lain produk. Syarikat ini turut menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan, perundingan teknikal, latihan dan tenaga kerja, marin, serta pelabuhan untuk industri penapisan minyak dan petrokimia, selain memajukan projek-projek minyak dan gas serta bio-bahan api. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2008 dan berpusat di Quang Ngai, Vietnam. Ia beroperasi sebagai anak syarikat Vietnam National Oil and Gas Group (PetroVietnam).

Honeywell UOP (www.uop.com) ialah pembekal dan pemberi lesen bertaraf antarabangsa yang terkemuka bagi teknologi proses, pemangkin, penjerap, peralatan dan khidmat runding untuk industri penapisan petroleum, petrokimia, dan pemprosesan gas. Honeywell UOP merupakan sebahagian daripada kumpulan perniagaan strategik Performance Materials and Technologies Honeywell, yang turut merangkumkan Honeywell Process Solutions (www.honeywellprocess.com), perintis bagi kawalan automasi, peralatan dan perkhidmatan untuk industri minyak dan gas, penapisan, petrokimia, bahan kimia dan lain-lain.

Honeywell (www.honeywell.com) ialah peneraju Fortune 100 untuk pelbagai teknologi dan pembuatan, menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia menerusi produk dan perkhidmatan aeroangkasa; teknologi kawalan untuk bangunan, rumah dan industri; pengecas turbo dan juga bahan prestasi. Untuk mendapatkan berita dan maklumat lanjut tentang Honeywell, sila layari www.honeywell.com/newsroom.

 

 

Source: Honeywell
Related Stocks:
NYSE:HON
Keywords: Chemical Oil/Energy New products/services