omniture

Tickmill Lebarkan Sayap ke Eropah Dengan Broker Dikawal Selia FCA UK

Tickmill
2016-11-10 10:00 523

LONDON, 10 November 2016 /PRNewswire/ -- Broker Forex dan CFD dalam talian terkemuka, Tickmill dengan bangganya mengumumkan ia telah mendapat kebenaran daripada Lembaga Kelakuan Kewangan (FCA) untuk entiti UKnya, Tmill UK Limited dengan nombor pendaftaran 717270.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160718/814103 )

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161108/437226 )

FCA ialah salah satu badan kawal selia paling disegani di dunia yang menyelia firma-firma perkhidmatan kewangan paling terkemuka. Broker yang dikawal selia FCA perlu mematuhi piawaian kewangan yang ketat, termasuk keperluan kecukupan modal, pengasingan penuh dana pelanggan dan ketelusan dalam operasi perniagaan.

Dengan kebenaran daripada FCA ini, Tickmill, broker STP dan ECN bertaraf global yang berpengaruh dalam pasaran Asia dan MENA utama, bersedia melebarkan sayapnya ke UK dan Eropah, bagi menyediakan keadaan dagangan terbaik kepada pedagang, tahap keselamatan kewangan yang tinggi, kadar pelaksanaan yang hebat serta sokongan pelanggan yang dikhususkan. Tickmill secara rasminya melancarkan perkhidmatannya di UK dan Eropah hari ini, pada 9 November dan menjangkakan minat yang tinggi daripada kalangan pedagang algoritma profesional.

Pada September 2016, pelanggan Tickmill membuat lebih 3.0 juta dagangan, 63% daripadanya dilaksanakan menggunakan algoritma dan EA, manakala 37% lagi secara manual. Syarikat ini berbangga dapat menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan runcit dan institusi paling sofistikated di dunia, yang amat sensitif terhadap kecairan, harga dan juga kualiti pelaksanaan.

Tickmill UK akan dipantau oleh Duncan Anderson yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif operasi UK Tickmill. Pengalaman luas En. Anderson dan pengetahuan industri beliau yang begitu mantap akan menyokong visi Tickmill agar dapat menjadi penyedia pilihan dari segi kualiti khidmat dagangan dan pengalaman pelanggan.

"Sememangnya saya berasa amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan pasukan Tickmill," kata En. Anderson. "Menerusi rekod prestasi terbukti dari segi hasil kewangan yang kukuh dan pertumbuhan yang stabil, yang ditunjukkan oleh jumlah dagangan bulanan dengan pencapaian rekod yang tinggi sebanyak $51.7 billion yang dicatatkan pada Julai, Syarikat ini berjaya memperoleh kedudukan yang amat memuaskan sebagai peneraju dan penginovasi pasaran. Ini memperlihatkan kepercayaan mantap Tickmill terhadap khidmat pelanggan yang cemerlang dan untuk itu, saya benar-benar teruja untuk bersama-sama membawa jenama Tickmill yang disegani ini ke Eropah."

Bercakap tentang lesen FCA, En. Anderson mengulas: "Kebenaran daripada FCA membuka lembaran baharu dalam sejarah syarikat kami dalam usaha kami berkembang ke seluruh dunia. Kini, laluan untuk menembusi pasaran Eropah luas terbentang menerusi komitmen kukuh kami dalam mengutamakan minat pelanggan, yang merupakan nadi penggerak perniagaan kami dan menyediakan kualiti perkhidmatan pembrokeran yang terbaik."

Nota untuk Media 

Latar Belakang Tickmill  

Tickmill merupakan broker ECN global yang pernah memenangi anugerah, diberi kuasa dan dikawal selia oleh FCA UK dan FSA SC. Tickmill menawarkan khidmat dagangan dengan tumpuan utama terhadap CFD bagi Pertukaran Asing (Forex), Indeks Saham, Komoditi dan Logam Berharga. Syarikat ini meraih kedudukan tersendiri dalam menyediakan keadaan dagangan terbaik, dengan beberapa spread terendah dan komisen dalam industri, selain pelaksanaan yang begitu pantas, menerusi pelayan London miliknya yang canggih. Tickmill merekodkan jumlah dagangan bulanan sebanyak $49.1 bilion pada Jun 2016, diikuti dengan rekod tertinggi sebanyak $51.7 bilion pada Julai.

Sila layari http://www.tickmill.com atau hubungi management@tickmill.co.uk

- Dagangan CFD boleh menyebabkan kerugian melebihi nilai pelaburan awal.

Sumber: Tickmill

Source: Tickmill
Keywords: Banking/Financial Service Corporate Expansion