omniture

Pameran Pencahayaan Guzhen ke-18 Menyaksikan Jumlah Pengunjung dan Pempamer Memecah Rekod pada Oktober Lalu

Guzhen Lighting Expo Co., Ltd
2016-11-10 16:09 642

ZHONGSHAN, China, 10 November 2016 /PRNewswire/ -- Pameran Pencahayaan Antarabangsa Guzhen China kali ke-18 melabuhkan tirai dengan jayanya di Pusat Konvensyen dan Pameran Guzhen pada 26 Oktober lalu.

Majlis Perasmian
Majlis Perasmian

Menggabungkan 83,614 pembeli berkualiti, termasuk 4,126 pembeli luar negara dari 118 negara di lokasi utama (meningkat 23% berbanding tahun lalu) dan 191,228 pembeli profesional di lima lokasi kecil, edisi musim luruh kali ini berjaya menarik sejumlah 274,842 pengunjung, meningkat kira-kira 17% berbanding edisi musim luruh sebelumnya.

Bilangan Pengunjung yang Memecah Rekod
Bilangan Pengunjung yang Memecah Rekod

Bukan sahaja bilangan pengunjung, malah skop pameran juga mencatatkan rekod baharu. Ruang pameran itu bertambah menjadi 1,070,000 meter persegi, mencatatkan pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 23%. Memandangkan Pameran Pencahayaan ini terus bertambah baik, jumlah dan kualiti pempamer juga turut meningkat. Sejumlah 675 syarikat telah mengambil bahagian, memperlihatkan peningkatan sebanyak 11.2% berbanding tahun lalu.

Forum mengenai Trend Industri

Dari segi perkhidmatan pameran pula, "Khidmat Pemadanan Perniagaan" berserta pertemuan ad hoc dan segera telah diadakan untuk pembeli luar negara agar dapat menghubungkan pembeli dengan pembekal dengan lebih berkesan. Hampir kesemua hadirin berjaya mencapai hasrat mencari sumber peringkat awal dengan pembekal terkemuka di pameran ini.

Forum-forum seperti "Anugerah Reka Bentuk Pencahayaan Antarabangsa China", "Persekitaran Lampu Pintar" dan "Reka Bentuk Asli Wadah Mencapai Kejayaan" telah menarik dan menghimpunkan para pemikir industri dan golongan profesional bagi membincangkan topik-topik yang saling memberi manfaat seperti berita pasaran dunia, kemajuan terkini serta cara untuk memajukan syarikat mereka.

Ramalan Pameran Musim Bunga Tahun Hadapan

Pameran Pencahayaan Guzhen pada musim bunga tahun hadapan akan diadakan dalam dua bahagian. Bahagian pertama akan diadakan seperti biasa di Pusat Konvensyen dan Pameran Guzhen pada 18 Mac yang bakal mempamerkan produk lampu dan paparan lampu sebagai tumpuan utamanya.

Bahagian kedua Pameran (Ekspo Pembuatan dan Bekalan) pula akan berlangsung seminggu selepas Pameran Pencahayaan Guzhen (28-31 Mac) melabuhkan tirainya. Ekspo-ekspo tersebut akan memberi tumpuan terhadap komponen lampu, jentera, perdagangan, reka bentuk dan aspek logistik.

Walaupun terdapat cabaran dan perubahan yang dihadapi dalam industri ini, Pameran Pencahayaan Guzhen ke-18 masih memecahkan rekod dari segi jumlah pengunjungnya. Prestasi luar biasa kali ini mengesahkan kesan kewangan positif pameran itu terhadap industri memandangkan ia mewujudkan lokasi pertemuan antarabangsa yang sebenar untuk menjalin hubungan perniagaan. Kejayaan yang lebih hebat dijangka akan disaksikan pada pameran akan datang yang bakal diadakan pada Mac 2017.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.gzlightingfair.com/en

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161104/0861611660-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161104/0861611660-b

Source: Guzhen Lighting Expo Co., Ltd
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news