DUBLIN, 12 November 2016 /PRNewswire/ --
Acasta Enterprises Inc. komited terhadap Jentera Pelaburan Stellwagen Capital bernilai US$100 juta
Stellwagen Group ("Stellwagen") dan Acasta Enterprises Inc., sebuah syarikat awam yang bertapak di Toronto, Kanada ("Acasta", dan bersama Stellwagen, "kedua-dua Pihak"), hari ini mengumumkan kedua-dua Pihak telah memeterai satu perjanjian muktamad yang membolehkan Acasta mengambil alih Stellwagen dengan nilai kira-kira US$270 juta berserta pertimbangan masa depan yang bergantung pada prestasi operasi Stellwagen dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, selain akan komited untuk melabur sebanyak US$100 juta ke dalam Senior Loan Company Stellwagen Capital atau pelaburan strategik yang lain. Perjanjian ini tertakluk kepada beberapa syarat, termasuk kelulusan kawal selia dan juga kelulusan oleh pemegang saham Acasta.
Pasukan kepimpinan Stellwagen bertaraf dunia itu bakal melaksanakan model perniagaan keusahawanan yang amat menguntungkan. Kumpulan ini berada dalam kedudukan unik dalam memanfaatkan kewangan dan teknologi kejuruteraan yang inovatif demi memodenkan bahagian pinjaman dan pajakan pesawat, yang sebahagian besarnya masih tidak berubah selama berpuluh-puluh tahun lamanya. Unit perniagaan kewangan dan pengurusan penerbangan Stellwagen telah mengalami pertumbuhan ketara sejak tiga tahun lalu dan akan memanfaatkan hubungan serta kepakaran Acasta demi memacu pertumbuhan perniagaan sedia ada dan juga unit perniagaan pengurusan aset baharu serta teknologi.
"Pengurusan dan pembiayaan aset pesawat ialah industri yang sangat menarik, yang mampu memberi pulangan kukuh serta keadaan turun naik yang tidak ketara berbanding sektor penerbangan secara keseluruhannya. Perniagaan teknologi yang baru dilancarkan itu juga memberikan kami keyakinan yang lebih tinggi yang boleh diberikan oleh pasukan Stellwagen, dan terbukti daripada daya tarikan yang telahpun diterima oleh mereka daripada pasaran," kata Michael Neal, Pengasas dan Penasihat Acasta, serta ahli Lembaga Pengarah semasa JP Morgan. Sebagai mantan Ketua Pegawai Eksekutif GE Capital. En. Neal menyelia unit pesawat komersial dan perniagaan pembiayaan GE Capital Aviation Services bernilai $46 bilion.
Bercakap pada hari ini, Douglas Brennan, Ketua Pegawai Eksekutif Stellwagen Group, berkata: "Kepimpinan Acasta melibatkan beberapa individu yang paling disegani dalam industri penerbangan dan kewangan global. Di bawah kepimpinan Anthony Melman dan Lembaga Pengarah Acasta, pada dasarnya, perkongsian kami ini akan mempercepatkan penggunaan model perniagaan kami dengan memberikan modal kekal kepada Kumpulan kami, demi memenuhi matlamat kami untuk menyediakan modal yang stabil serta anjal untuk industri penerbangan; dan turut menyasarkan pulangan terlaras risiko yang lebih baik untuk pemegang saham kami serta pihak pelabur pesawat."
Ketua Pegawai Eksekutif Stellwagen Capital, Howard Millar mengulas: "Saya berbesar hati kerana mempunyai rakan modal yang begitu mantap. Kami merancang untuk mendapatkan sebanyak $5 bilion bagi aset bawah pengurusan dalam tempoh tiga tahun dan percaya Acasta merupakan rakan kongsi terbaik yang membolehkan kami mencapai sasaran ini. Stellwagen bakal memperkenalkan beberapa jentera pelaburan melibatkan pesawat, dan produk pertama itu ialah syarikat pinjaman pesawat bercagar senior yang diwujudkan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat akibat pengunduran bank penerbangan."
LATAR BELAKANG STELLWAGEN
Beribu pejabat di Dublin, Stellwagen Group menyediakan penyelesaian pengurusan aset, kewangan dan teknologi terbaik dalam kategorinya untuk industri penerbangan dunia.
LATAR BELAKANG ACASTA ENTERPRISES INC
Acasta ialah syarikat pengambilalihan bertujuan khas yang berjaya mengumpul sebanyak $402.5 juta menerusi tawaran awam awal pada Julai 2015, dengan matlamat untuk membuat pengambilalihan yang layak. Setelah mendapat kelulusan untuk mengambil alih Stellwagen, serentak dengan urus niaga lain yang diumumkan dalam siaran akhbar Acasta bertarikh 10 November 2016, Acasta akan menjadi pengurus dana ekuiti persendirian dan bakal memperkenalkan dana ekuiti persendirian untuk mendapatkan peluang pasaran selanjutnya.
http://www.acastaenterprises.com
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pauline McAlester
Murray Consultants
Tel: +353-1-4980300 / +353-87-2558300
pmcalester@murrayconsultants.ie