omniture

Eksekutif Zimmer Biomet Raih Anugerah CEO/MD Terbaik Tahunan IAIR atas Kecemerlangan Kepimpinan, Inspirasi dan Inovasi

Zimmer Pte Ltd
2016-11-12 08:00 669

SINGAPURA, Nov. 12, 2016 /PRNewswire/ -- Zimmer Biomet Holdings, Inc. (NYSE dan SIX: ZBH), peneraju global dalam penjagaan kesihatan rangka otot, hari ini mengumumkan Li Yong Ming, Naib Presiden Zimmer Biomet China dan Hong Kong, meraih Anugerah CEO/MD (Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan) Tahunan Terbaik International Alternative Investment Review (IAIR) yang begitu didambakan bagi Penyelesaian Penjagaan Kesihatan atas kecemerlangan beliau dalam kepimpinan, inspirasi dan inovasi. IAIR ialah salah satu majalah paling pesat berkembang di dunia, menumpu terhadap ekonomi global dan kelestarian, serta menyampaikan anugerah Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik Tahunan kepada pemimpin syarikat cemerlang yang memperlihatkan kecemerlangan dan kejayaan terbukti dalam bidang-bidang seperti inovasi, pertumbuhan organisasi dan komitmen peribadi terhadap perniagaan dan kakitangan mereka.

En. Li diiktiraf menerusi semangat keusahawanan beliau, haluan strategik dan pengaruh peribadi dalam usaha memperkukuh perniagaan Zimmer Biomet di China dan Hong Kong, selain meletakkan syarikat itu sebagai peneraju dalam bidang penjagaan kesihatan rangka otot. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, En. Li bukan sahaja menerajui kejayaan integrasi Zimmer dan Biomet, selepas penggabungan globalnya, bahkan turut memberikan pertumbuhan dua digit dan komitmen organisasi yang berkekalan selain pembangunan pasukan jualan yang berprestasi tinggi.

"Saya berbesar hati menerima Anugerah CEO/MD Tahunan Terbaik IAIR yang berprestij ini, dan berasa rendah hati kerana terpilih dalam kalangan kumpulan pemimpin perniagaan dan syarikat yang begitu cemerlang," kata En. Li. "Saya ingin berkongsi anugerah ini bersama-sama pasukan Asia Pasifik saya yang memainkan peranan penting dalam mengubah suai struktur organisasi dan proses perniagaan untuk menggunakan model perniagaan yang lebih bersepadu dan berfokus pelanggan demi meningkatkan prestasi di China dan juga Hong Kong."

"Populasi yang semakin meningkat usia di China mendorong peningkatan keperluan terhadap penyelesaian yang inovatif dan berkesan bagi memelihara dan memulihkan pergerakan, dan Yong Ming berjaya memimpin pengembangan strategik perniagaan Asia Pasifik Zimmer Biomet bagi memanfaatkan peluang pertumbuhan pasaran yang besar, di samping memajukan misi korporat kami demi meningkatkan kehidupan orang ramai yang mengalami masalah rangka otot," kata Sang Yi, Presiden Zimmer Biomet rantau Asia Pasifik.

Latar Belakang IAIR AWARDS (R)

IAIR AWARDS (R) ialah salah satu sistem penarafan utama dunia dan menganjurkan majlis-majlis penganugerahan hasil Kecemerlangan dalam Inovasi & Kepimpinan. Barisan panel penganugerahan terdiri daripada jawatankuasa saintifik IAIR (R) dan IAIREVIEW.org berserta sekumpulan wartawan undang-undang, ekonomi dan kewangan yang berdedikasi di lebih 120 negara seluruh dunia.

IAIR AWARDS (R)  melindungi kebebasannya dan tidak menerima sebarang penajaan berbayar.

IAIR AWARDS (R) menumpu terhadap Kecemerlangan dalam Inovasi & Kepimpinan, khususnya untuk kategori berikut: Ekonomi Hijau, Pelaburan Alternatif, Peluang Perniagaan, Kecemerlangan Korporat Global, FX, ETF dan Komoditi, Undang-undang, Pengurusan Aset, Pejabat Keluarga dan Pengurusan Kekayaan, Usaha Kebajikan, Ekuiti Persendirian, Hartanah dan Harta, Perancangan Pewarisan dan Perniagaan Keluarga.

Beberapa pemenang terdahulu dan syarikat-syarikat berkedudukan tinggi termasuk: Morgan Stanley, Bank of China, Rockefeller, BNP Paribas, IBM, HDFC Ergo, Freshfields, UBS, Novartis, BlackRock, Rothschild, Deutsche Bank, Aviva, Vodafone, Russel Investments, ReMark, BASF, Daimler, Royal Dutch Shell, Christian Dior, Cartier, Fedex, ABB, 3i Group, APAX Partners, Bridgepoint Capital, Allen & Overy, Willkie Farr & Gallagher, DLA Piper, CMS.

IAIR AWARDS (R) mempunyai kedudukan kukuh di pusat-pusat kewangan paling berpengaruh di dunia termasuk Hong Kong, Dubai, London, Singapura, Milan dan New York.

Latar Belakang Zimmer Biomet

Diasaskan pada tahun 1927 dan beribu pejabat di Warsaw, Indiana, Zimmer Biomet ialah peneraju global dalam penjagaan kesihatan rangka otot. Kami mencipta, menghasilkan dan memasarkan produk pembinaan semula ortopedik; ubatan sukan, produk biologik, produk tangan dan kaki serta trauma; teknologi berasaskan pejabat; produk tulang belakang, kraniomaksilofasial dan torasik; implan gigi; dan juga produk pembedahan berkaitan.

Kami berkolaborasi dengan golongan profesional penjagaan kesihatan dari seluruh dunia bagi memajukan perkembangan inovasi. Produk dan penyelesaian kami membantu merawat pesakit yang mengalami penyakit, atau kecederaan, melibatkan tulang, sendi, atau tisu lembut sokongan. Bersama golongan profesional penjagaan kesihatan, kami membantu berjuta-juta individu menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Kami beroperasi di lebih 25 negara di seluruh dunia dan menjual produk di lebih 100 negara. Untuk maklumat lanjut, lawati www.zimmerbiomet.com atau ikuti Zimmer Biomet di Twitter melalui www.twitter.com/zimmerbiomet.

Hubungi:

Media:
Untuk Rantau Asia-Pasifik:
Jason Lee
+65 90084780
Jason.lee@zimmerbiomet.com

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20161107/8521607233LOGO

Source: Zimmer Pte Ltd
Related Stocks:
NYSE:ZBH
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Awards