omniture

Dokumentari Baharu untuk Remember the Nostalgia Bandar Jiangwan, Wuyuan di China

Jiangxi Wuyuan Tourism Co., Ltd.
2016-11-14 10:11 739

JIANGWAN, China, 14 November 2016 /PRNewswire/ -- Krew penggambaran China Central Television (CCTV) bagi projek baharu dokumentari tempatan "Remember the Nostalgia" mengembara ke Daerah Wuyuan, China pada 8 November untuk penggambaran musim ketiga dokumentari tersebut.

The filming crew of China Central Television’s (CCTV) ongoing national documentary project “Remember the Nostalgia” traveled to Wuyuan County, China on November 8 to film for the show’s upcoming third season.
The filming crew of China Central Television’s (CCTV) ongoing national documentary project “Remember the Nostalgia” traveled to Wuyuan County, China on November 8 to film for the show’s upcoming third season.

Bandar Jiangwan, di wilayah Jiangxi, diiktiraf sebagai salah satu bandar purba yang paling unggul di China kerana sejarahnya yang panjang, warisan budaya yang beraneka dan tradisi rakyat yang unik. Dokumentari ini bukan sahaja menampilkan pemandangan semula jadi tetapi ritual, persembahan dan pesta kebudayaan yang penting.

Dokumentari ini bakal mengetengahkan tradisi rakyat Bandar Jiangwan seperti persembahan kesenian meraikan musim menuai, anak-anak kecil berpakaian beragam menyerupai watak-watak tradisional terkenal Opera Beijing dan pancaragam genderang dengan muzik yang meriangkan mengiringi perarakan di sepanjang jalan dan lorong di bandar purba itu.

Upacara tradisional memuja nenek moyang juga turut difilemkan untuk dokumentari ini, yang menampilkan penduduk Bandar Jiangwan membakar setanggi, menyembah, menyampaikan hidangan dan memukul gendang di dewan utama tokong nenek moyang untuk mengalu-alukan dewa-dewa dan membuktikan ketaatan mereka kepada nenek moyang. Upacara ini ditamatkan dengan perkongsian daging di setiap rumah atau jamuan makan untuk semua orang bagi menzahirkan kegembiraan mereka.

Ia merupakan kali kedua Wuyuan ditampilkan dalam dokumentari Remember the Nostalgia. Kampung Wangkou daerah itu ditampilkan pada musim kedua dalam satu episod yang ditonton oleh penonton purata seramai 6 juta orang. Ditayangkan pada 2015, matlamat dokumentari tersebut ialah untuk mengetengahkan adat, budaya dan pemandangan kampung tradisi Cina serta ketamadunan pertanian China.

"Dengan penggambaran  'Remember the Nostalgia' di Bandar Jiangwan kali ini, tradisi budaya, tradisi rakyat dan gaya hidup penduduk kampung  Wuyuan bakal mempertontonkan visual budaya yang beraneka buat tatapan penonton," kata Zhan Bin, pengurus jenama Jiangxi Wuyuan Tourism Co. Ltd.

Latar Belakang Wuyuan

Daerah Wuyuan, terletak di penjuru timur laut Wilayah Jiangxi, terkenal dengan landskap gunung yang unggul dan pemandangan desa paling cantik di China. Ia juga menempatkan seni bina gaya Hui purba yang paling terpelihara, salah satu daripada gaya seni bina utama dalam zaman purba China dengan barisan rumah kediaman yang dihiasi jubin hijau dan dinding putih.

Untuk maklumat lanjut tentang Wuyuan, sila lawati laman sesawang rasmi di www.wuyuan.cc.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161111/0861612035 

Source: Jiangxi Wuyuan Tourism Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Television Travel