omniture

Undi Dalam Talian Penginovasi Kesukaan Anda Sebagai Pemenang Stars of Science Musim 8

Stars of Science
2016-11-14 10:32 500

DOHA, Qatar, Nov. 14, 2016 /PRNewswire/ --

Diinspirasikan oleh rancangan TV kebanggaan Yayasan Qatar menerusi MBC4, rantau ini akan mengundi dalam talian hingga hari Khamis, 17 November

Bersama empat finalis yang memberi inspirasi yang masih berjuang dan acara kemuncak Stars of Science Musim 8 yang semakin menghampiri, sejumlah besar penonton TV di seluruh rantau ini akan mengundi dalam talian bagi membantu memilih penginovasi terbaik dunia Arab itu. Hanya seorang finalis, daripada kesemua peserta yang telah menawan hati peminat mereka, akan diumumkan sebagai pemenang. Undi sekarang di http://www.starsofscience.com – undian tamat pada hari Khamis, 17 November jam 6:00PM KSA/ 3:00PM GMT.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/players/uk/7979051-stars-of-science-season-8-winner-vote/

Untuk mengundi, layari http://www.starsofscience.com dan klik ikon 'Vote Now'. Kemudian, anda hanya perlu memilih penginovasi kesukaan anda menerusi empat pilihan yang disediakan dan hantarkan undian anda melalui Facebook atau emel.

Empat finalis Stars of Science semakin hampir untuk membawa pulang hadiah wang tunai mereka yang bernilai $600,000 USD, yang akan menjadi dana untuk mereka membawakan hasil inovasi penyelesai masalah mereka itu ke pasaran. Buat penonton, undian dalam talian hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Namun, pertaruhannya begitu tinggi buat setiap finalis, yang telah menghabiskan masa berbulan-bulan lamanya untuk mencipta hasil inovasi mereka dalam rancangan itu.

Dalam episod terakhir yang ke udara pada hari Sabtu, 19 November jam 10:30PM KSA/ 7:30PM GMT menerusi MBC4, undian dalam talian akan digabungkan dengan undian daripada barisan juri yang pakar bagi mendapatkan keputusannya. Pengundian dalam talian akan menyumbang 50 peratus daripada mata calon, manakala undi daripada juri akan menyumbang baki 50 peratus mata itu. Pemenang tempat pertama akan memperoleh $300,000 USD, manakala pesaingnya akan mendapat $150,000 USD, $100,000 USD, dan $50,000 USD setiap seorang mengikut kedudukan masing-masing.

Stars of Science terbukti menjadi rancangan yang popular dalam kalangan penonton, memperoleh 8.5 juta tontonan melalui YouTube, Facebook dan Instagram hanya untuk musim ini sahaja. Lebih empat juta pengguna unik telah memilih saluran dalam talian rancangan ini bagi musim kali ini.

Undi penginovasi kesukaan anda secara dalam talian di http://www.starsofscience.com sebelum jam 6:00PM KSA/ 3:00PM GMT pada hari Khamis, 17 November. Kemudian, tontonlah pusingan akhir Stars of Science pada hari Sabtu, 19 November jam 10:30PM KSA/ 7:30PM GMT menerusi MBC4.

Sila layari:

Laman sesawang - http://www.starsofscience.com

Facebook - https://www.facebook.com/StarsofScienceTV

Twitter - https://twitter.com/starsofscience

Youtube- http://www.youtube.com/user/Starsofsciencetv

Instagram- starsofsciencetv

Sumber: Stars of Science

Source: Stars of Science
Keywords: Entertainment Social Media Television