omniture

Ascensia Diabetes Care Lancarkan Inisiatif Media Sosial Global untuk Menyokong Hari Diabetes Sedunia 2016

Ascensia Diabetes Care
2016-11-14 11:16 559

BASEL, Switzerland, 14 November 2016 /PRNewswire/ -- Hari ini, Ascensia Diabetes Care memperlihatkan sokongannya kepada Hari Diabetes Sedunia dengan melancarkan inisiatif kesedaran media sosial global yang mengetengahkan peranan positif yang dibawa oleh teknologi mudah alih dalam pengurusan diabetes. Inisiatif ini direka untuk mendekati audiens global menerusi saluran media sosial dan menggerakkan masyarakat umum untuk menyokong Hari Diabetes Sedunia menggunakan telefon mudah alih mereka untuk meningkatkan kesedaran tentang diabetes. Menerusi usaha-usaha ini, Ascensia Diabetes Care mensasarkan untuk memperlihatkan kepentingan teknologi mudah alih dan keterhubungan dalam membantu mereka yang hidup dengan diabetes memahami dan menguruskan penyakit ini dengan lebih baik.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif, Ascensia sudah pun mengambil gambar kakitangan mereka, penghidap diabetes, kakitangan penjagaan kesihatan dan orang ramai di pelbagai lokasi di seluruh dunia menggunakan telefon mudah alih beriluminasi untuk mengeja perkataan "DIABETES". Inisiatif ini menggalakkan orang ramai untuk suka, kongsi atau memberi reaksi kepada poskad digital dari seluruh dunia ini di saluran media sosial bagi menunjukkan sokongan individu terhadap Hari Diabetes Sedunia.

Penggunaan peranti mudah alih dalam pengurusan diabetes kini semakin meningkat, dengan lebih ramai lagi penghidap diabetes menggunakan peranti mudah alih mereka untuk membantu mengurus dan merekodkan penyakit mereka. Satu tinjauan 909 penghidap diabetes di beberapa negara Eropah menunjukkan 71% mereka yang menghidap diabetes memiliki telefon pintar, 42% daripada mereka menggunakan telefon pintar untuk tujuan kesihatan atau maklumat tentang preskripsi ubat dan 52% daripada mereka yang menggunakan aplikasi sihat atau kesejahteraan menyatakan mereka mengubah tabiat hasil daripada penggunaan aplikasi tersebut[1]. Kemajuan dalam teknologi mudah alih menjadikan pengumpulan, perkongsian dan pemahaman mendalam diperoleh daripada maklumat yang dikumpul dan dianalisa, memperkasa pesakit dalam menguruskan keadaan mereka menggunakan aplikasi yang boleh disepadukan ke dalam kehidupan tanpa masalah.

"Kami sangat teruja untuk menyertai Hari Diabetes Sedunia sebagai syarikat bebas," jelas Michael Kloss, Ketua Pegawai Eksekutif Ascensia Diabetes Care. "Kami berbangga kerana dapat memberikan sokongan dalam meningkatkan kesedaran tentang penyakit ini.  Sebagai sebuah syarikat yang menumpu 100% kepada diabetes, kami amat berkobar-kobar mahu membantu meningkatkan kualiti mereka yang hidup dengan diabetes."

Tema Hari Diabetes Sedunia 2016 adalah "Memantau Diabetes", yang mengetengahkan kepentingan saringan untuk menggalakkan diagnosis dan rawatan awal diabetes jenis 2, dan membantu mengurangkan risiko komplikasi yang serius. Penggunaan peranti mudah alih dengan aplikasi pengurusan diabetes boleh menyokong ujian dan pengurusan jangka panjang diabetes.

Michael menambah, "Diabetes ialah penyakit yang sukar diuruskan dan terdapat banyak cabaran bagi pesakit dan profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia. Kami percaya alatan digital dan peranti mudah alih mempunyai potensi untuk membantu individu-individu ini mengesan keadaan mereka dengan menyediakan maklumat yang tepat dan boleh digunakan untuk mengambil tindakan, yang membantu pengurusan diabetes."

Untuk menyaksikan aktiviti ini dan memberikan sokongan anda kepada Hari Diabetes Sedunia dengan mengklik suka atau berkongsi poskad digital kami, sila lawati halaman Twitter, Facebook dan Instagram Ascensia Diabetes Care.

Nota untuk Editor

Latar Belakang Ascensia Diabetes Care 

Ascensia Diabetes Care ialah syarikat pakar penjagaan diabetes global, yang khusus dalam membantu mereka yang hidup bersama penyakit diabetes. Misi kami ialah untuk memperkasakan mereka yang hidup bersama penyakit diabetes menerusi penyelesaian inovatif yang memudahkan dan menambah baik kehidupan mereka. Kami menggunakan inovasi dan kepakaran khas dalam diabetes untuk membangunkan penyelesaian dan alatan berkualiti tinggi yang membawakan perubahan harian yang positif untuk mereka yang menghidap penyakit diabetes.

Syarikat yang juga menghasilkan portfolio sistem pemantauan glukosa darah CONTOUR™ yang terkemuka di dunia, turut menyediakan produk yang menggabungkan teknologi maju dengan fungsi yang mesra pengguna yang membantu penghidap diabetes menguruskan keadaan mereka. Kami komited dalam meneruskan kajian, inovasi dan pembangunan produk dan penyelesaian baharu. Sebagai rakan kongsi yang dipercayai dalam komuniti diabetes, kami bekerjasama erat dengan profesional penjagaan kesihatan dan rakan kongsi lain untuk memastikan produk kami menepati piawaian tertinggi kesahihan, ketepatan dan keandalan, dan kami menguruskan perniagaan kami dengan patuh dan penuh integriti.

Ascensia Diabetes Care ditubuhkan pada 2016 menerusi penjualan Bayer Diabetes Care kepada Panasonic Healthcare Holdings Co., Ltd. Produk Ascensia Diabetes Care dijual di lebih 125 negara. Hasil daripada penyelesaian transaksi di dalam semua negara tersebut, Ascensia Diabetes Care bakal mempunyai sekitar 1,700 kakitangan dan operasi di 38 negara.

Untuk maklumat lanjut sila lawati laman sesawang Ascensia Diabetes Care di: http://www.ascensia.com.

CONTOUR™ merupakan tanda dagangan berdaftar Ascensia Diabetes Care Holdings AG.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Joseph Delahunty
FTI Consulting
joseph.delahunty@fticonsulting.com
Tel: +44(0)20-3727-1000

Rujukan

[1]

Multichannel Consumer Health Marketing 2015. Cybercitizen Health® Europe 2014, Bayer EU9

Source: Ascensia Diabetes Care
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Multimedia/Online/Internet Social Media New products/services