STUTTGART, Jerman, 14 November 2016 /PRNewswire/ --
Kejohanan Dunia STIHL TIMBERSPORTS® 2016 di Stuttgart
Jason Wynyard dari New Zealand ialah atlet terulung di dunia dalam sukan pembalak. Pemain berusia 42 tahun ini membalak dan menggergaji bagi meraih gelaran juara dunia kelapan miliknya menerusi Kejohanan Dunia TIMBERSPORTS® 2016 dengan gaya yang cukup mengagumkan. Pingat perak menjadi milik Matthew Cogar dari AS manakala tempat ketiga dimenangi oleh Martin Komárek dari Republik Czech. Baru semalam para atlet sukan pembalak dari Australia berjaya memenangi gelaran pasukan dengan kapak dan gergaji mereka bagi mencipta dua rekod dunia baharu. Pertandingan yang berlangsung selama dua hari itu disaksikan oleh 11,000 penonton yang habis jualan tiketnya di Porsche-Arena, Stuttgart.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161113/438596 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161113/438597 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161113/438598 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161113/438599 )
Juara lama dan baharu berasal dari New Zealand
Ia merupakan sukan pembalak yang benar-benar mengujakan dengan penciptaan 14 rekod kebangsaan, satu rekod dunia baharu dan menyaksikan lapangan permulaan yang penuh gemilang – namun akhirnya, tiada siapa yang dapat menandingi beliau: Jason Wynyard dari New Zealand, seorang atlet luar biasa dan kini merupakan juara dunia kelapan. Dari awal pertandingan, berada di belakang Wynyard ialah Matthew Cogar dari Amerika Syarikat, yang mempunyai kelemahan dalam dua acara kapak. Ia menyebabkan beliau kehilangan mata penting dan akhirnya ditempatkan di kedudukan kedua. Martin Komárek dari Republik Czech pula memenangi tempat ketiga dengan memperlihatkan prestasi yang cukup bagus serta tekal, dan hanya ketinggalan beberapa mata, seraya menjadi pesaing terbaik dari Eropah. Juara dunia itu berbangga dengan gelaran kelapan yang dimenangi: "Banyak yang saya lakukan dan saya bekerja keras selama ini untuk mencapai kejayaan ini. Prestasi saya yang tekal akhirnya membolehkan saya meraih gelaran juara dunia. Inilah yang membuatkan saya benar-benar teruja." Sebaliknya pula buat Stirling Hart dari Kanada, kejohanan dunia ini merupakan perjalanan suka dan duka. Di samping empat rekod Kanada yang dipecahkan, beliau turut mencipta rekod dunia baharu di Springboard. Walau bagaimanapun, pada pusingan perlumbaan gergaji rantai Hot Saw, beliau menyasarkan terlalu tinggi dan terlepas peluang untuk mendapat tempat di podium kerana penyertaan beliau dibatalkan dan menyebabkan beliau mendapat tempat keempat.
Pasukan blokbuster
Bagi pasukan perlumbaan, empat atlet Australia berjaya menghancurkan empat kayu balak menjadi serpai kayu menggunakan kapak dan gergaji rantai masing-masing dalam masa 46.45 saat. Ini bukan hanya mencipta rekod dunia baharu, malah membolehkan mereka meraih Gelaran Pasukan Juara Dunia buat kali ketiga. Ketua pasukan, Brad DeLosa meraikan kemenangan pasukan ini dengan penuh semangat: "Kami semua telah bertarung dengan begitu hebat dan rekod baharu yang dicipta ialah kemuncak acara tersebut. Suasana pertandingan di Stuttgart sukar untuk dijelaskan. Sasaran kami untuk tahun hadapan adalah cukup jelas: pastinya untuk meraih gelaran dunia buat kali keempat." Kanada sebagai pesaing dalam pusingan akhir tidak mampu memberikan saingan kepada pasukan ini. Pasukan dari AS telah dapat menewaskan salah seorang daripada atlet terbaik, iaitu atlet dari New Zealand pada peringkat suku akhir sebelum berada di hadapan pasukan Republik Czech dalam pusingan separuh akhir dan akhirnya mendapat tempat ketiga. Walau bagaimanapun, pasukan Republik Czech telah dinobatkan sebagai pasukan Eropah terbaik dalam Kejohanan Dunia 2016 ini.
Maklumat perhubungan media:
Jasmin Oun
STIHL TIMBERSPORTS® SERIES
Press international
No. Telefon: +49 (0) 71 51 / 26 - 4521
No. Tel. Bimbit: +49 (0) 151 / 54409636
E-mel: jasmin.oun@stihl.de
Internet: http://www.stihl-timbersports.com
Sumber: STIHL TIMBERSPORTS Series