BASINGSTOKE, England, Nov. 14, 2016 /PRNewswire/ -- 91% tetamu pusat peranginan dan taman tema di China ingin membuat pratempahan seluruh perjalanan mereka sebelum mereka tiba, menurut satu kaji selidik yang dijalankan oleh Omnico.
Barometer Taman Tema Omnico pertama kami meninjau interaksi yang melibatkan lebih 2,000 tetamu taman tema di AS, UK dan juga China.
Kajian tersebut menunjukkan tetamu ingin mendapatkan semua penginapan, tiket, makanan, barangan mereka terlebih dahulu dan lebih teratur, selain ingin mengelakkan berlakunya sebarang kerumitan.
91% responden Cina juga ingin membuat bayaran tanpa tunai buat kesemua kemudahan yang disediakan di taman tema, menggunakan telefon pintar atau peranti lain, manakala 87% responden ingin menempah meja di restoran terlebih dahulu dan disambut ketika tiba.
"Pengunjung benar-benar inginkan pengalaman terhubung yang mengutamakan keseronokan dan segala kesukaran serta kerumitan dielakkan," kata Mel Taylor, Ketua Pegawai Eksekutif, Omnico Group. "Tetamu kini mengharapkan pengendali menggunakan teknologi untuk memberikan mereka pengalaman sedemikian."
Sementara itu, 83% tetamu memberi nilai yang sangat tinggi terhadap kemudahan klik-dan-ambil, manakala 84% tetamu ingin menggunakan aplikasi untuk memilih dan membayar barangan ketika sedang beratur, dan barangan tersebut diberi serta merta atau dihantar ke bilik mereka.
"Keputusan daripada Barometer Taman Tema kami menunjukkan pengendali perlu memastikan pihak mereka dapat memenuhi kehendak pelanggan bagi menjamin kemudahan dan perancangan yang dibuat lebih awal," kata Taylor. "Pengunjung ingin agar pengendali menggunakan teknologi untuk memberikan pengalaman bebas tekanan yang boleh dikenang atas sebab yang betul. Ketersediaan pengalaman tetamu seperti ini bukan sahaja memerlukan pelaburan yang besar terhadap penyelesaian baharu, malah melibatkan penyepaduan pintar yang serasi dengan segala keperluan dengan sempurna, bermula dengan sistem Titik-Jualan kepada CRM dan juga pengkhususan kesetiaan."
"Kami percaya Barometer Taman Tema kami akan menjadi alat yang amat diperlukan demi membantu menunjukkan di mana usaha perlu ditumpukan dan pelaburan perlu dilaksanakan."
Untuk laporan penuh: www.themepark.omnicogroup.com
-Tamat-
Latar Belakang Omnico:
Omnico ialah sebuah syarikat perisian dan perkhidmatan berbilang saluran yang kukuh, inovatif dan mantap, yang menjalin kerjasama dengan jenama-jenama runcit, hiburan dan destinasi yang terkemuka. Syarikat kami yang kaya warisan dan berusia menjangkau 25 tahun ini berusaha menyediakan pengalaman untuk pembeli dan tetamu yang menarik, diperibadikan dan tekal, dengan menggabungkan urus niaga serta penglibatan dalam seluruh titik sentuh. Perisian kami, dikenali sebagai Omnico Commerce, menyatukan perjalanan pelanggan merentasi seluruh saluran.
Pelanggan kami terdiri daripada jenama-jenama terkenal seperti Jaeger, HMV, Merlin Entertainment, Price Smart, National Trust, Coop Denmark, Dune dan Pret a Manger.