omniture

LCG bakal Taja Pemain Profesional Tenis No. 3 Dunia, Stan Wawrinka

London Capital Group, lcg.com
2016-11-14 15:00 569

LONDON, 14 November 2016 /PRNewswire/ -- London Capital Group, salah satu firma brokeraj dalam talian yang terkemuka, mengumumkan perkongsian global selama empat tahun dengan pemain tenis profesional No. 3 di dunia, Stan Wawrinka.

Perjanjian penajaan Wawrinka berkuat kuasa hari ini, dan beliau akan mula mempromosikan jenama LCG di Pusingan Akhir Jelajah Dunia Barclays ATP, yang bakal diadakan di O2 London mulai Ahad 13 November hingga Ahad 20 November 2016.

Wawrinka telah dinobatkan sebagai pemenang kejohanan Grand Slam sebanyak tiga kali. Beliau turut memenangi pingat emas untuk Switzerland dalam Sukan Olimpik 2008 di Beijing dan merupakan juara Davis Cup 2014.

Stan Wawrinka berkata: "Saya amat teruja dapat bekerjasama dengan jenama yang diiktiraf di seluruh dunia seperti LCG. Syarikat ini telah meletakkan keyakinan penuh terhadap saya dan saya amat gembira untuk menjalin kerjasama dengan mereka semasa saya memulakan fasa baharu kerjaya saya."

Charles Henri Sabet, Ketua Pegawai Eksekutif London Capital Group berkata: "Kami amat berbesar hati apabila Stan Wawrinka terpilih menjadi duta jenama global LCG. Beliau merupakan seorang atlet yang berbakat dan tokoh yang memberi inspirasi, yang mana perjalanan kerjaya beliau adalah hasil daripada kerja keras dan dedikasi beliau."

Beliau menambah, "London Capital Group dan Warwinka berkongsi keinginan yang sama iaitu untuk mencapai dan mengekalkan kecemerlangan dalam bidang masing-masing. Komitmen beliau yang tidak berbelah bahagi terhadap sukan, menjadikan beliau sebagai rakan ideal untuk kami. Beliau juga merupakan seorang individu yang memiliki nilai-nilai syarikat kami, dan inilah sebabnya kami menganggap kerjasama ini lebih daripada sekadar penjenamaan semata-mata."

Terdapat banyak kemahiran serupa yang diperlukan untuk mencapai kejayaan dalam sukan tenis mahupun dalam perdagangan. Seorang pedagang perlu sentiasa fokus dan berdisiplin, namun berani untuk mengambil risiko bergantung pada keadaan pasaran. Begitu juga dengan Stan, beliau perlu memberikan disiplin dan komitmen yang sama terhadap latihan beliau, sentiasa bersiap sedia dan mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan semasa bermain. Seperti mana beliau ialah contoh ikutan sebenar dalam sukan tenis, kami pula merupakan contoh ikutan untuk perdagangan dalam talian.

Menerusi pengalaman selama 20 tahun dalam industri, London Capital Group menawarkan lebih 5,000 pasaran termasuk pertukaran asing (forex), saham, indeks, komoditi dan opsyen. LCG menawarkan dua platform dagangan, LCG Trader lanjutan dan MT4. Syarikat ini telah merangkul pelbagai anugerah menerusi inovasi, teknologi dan perkhidmatan. Berpusat di London, LCG tersenarai dalam Bursa Saham London dan diberi kuasa serta dikawal selia oleh Lembaga Kelakuan Kewangan (FCA).

Nota untuk Media 

Latar Belakang LCG http://www.lcg.com

Menerusi pengalaman selama dua puluh tahun dalam segmen perniagaan perdagangan dalam talian, anda boleh meyakini bahawa anda berdagang dengan jenama yang berpengalaman dan diiktiraf di dunia serta telah diterima umum. LCG disenaraikan kepada umum dalam Bursa Saham London, diberi kuasa dan dikawal selia oleh Lembaga Kelakuan Kewangan, selain beroperasi menurut piawaian dan amalan yang paling ketat.

London Capital Group Holdings plc (LCGH plc) ialah sebuah syarikat yang berdaftar di England dan Wales yang memiliki nombor pendaftaran: 05497744. London Capital Group LTD (LCG) ialah sebuah anak syarikat milik penuh LCGH plc. LCG diberi kuasa dan dikawal selia oleh Lembaga Kelakuan Kewangan (FCA) yang memiliki nombor pendaftaran: 182110. LCG juga ialah ahli Bursa Saham London dan didaftarkan dengan nombor syarikat: 3218125. Alamat berdaftar LCGH plc dan LCG ialah: 1 Knightsbridge, London, SW1X 7LX.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat tambahan berkenaan siaran media ini, sila hubungi jabatan pemasaran melalui marketing@lcg.com

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160929/413493LOGO 
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20161110/437995

Source: London Capital Group, lcg.com
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Sports Licensing/marketing agreements