omniture

Juara Diumumkan bagi 'Kejohanan Tarian Singa MGM 2016'

Yi Wei Athletic Association dari Singapura dan Wushu Federation dari Filipina Berjaya Meraih Gelaran Juara
MGM
2016-11-15 10:02 1162

MACAU, 15 November 2016 /PRNewswire/ -- "Kejohanan Tarian Singa MGM – Jemputan Antarabangsa Macau" kali keenam melabuhkan tirainya dalam sebuah majlis penuh gilang gemilang di Grande Praca, MGM MACAU. Yi Wei Athletic Association (Persatuan Olahraga Yi Wei) dari Singapura membawa pulang gelaran juara bagi "Kejohanan Tarian Singa Lelaki", manakala Wushu Federation (Persekutuan Wushu) dari Filipina meraih tempat pertama bagi "Kejohanan Tarian Singa Wanita" Macau.

Tetamu Kehormat bergambar kumpulan dengan pasukan lelaki dan wanita yang berjaya pada Majlis Penyampaian Anugerah.
Tetamu Kehormat bergambar kumpulan dengan pasukan lelaki dan wanita yang berjaya pada Majlis Penyampaian Anugerah.

 

Yi Wei Athletic Association dari Singapura mengalahkan 14 pasukan lain dengan mata 9.19 dan menjadi juara Kejohanan Tarian Singa Lelaki.
Yi Wei Athletic Association dari Singapura mengalahkan 14 pasukan lain dengan mata 9.19 dan menjadi juara Kejohanan Tarian Singa Lelaki.

 

Persekutuan Tarian Naga & Singa Malaysia Team B – Kuantan Builder's Association Lion & Dragon Dance Group dari Malaysia menjadi naib juara untuk Kejohanan Tarian Singa Wanita.
Persekutuan Tarian Naga & Singa Malaysia Team B – Kuantan Builder's Association Lion & Dragon Dance Group dari Malaysia menjadi naib juara untuk Kejohanan Tarian Singa Wanita.

"Kejohanan Tarian Singa MGM – Jemputan Antarabangsa Macau" pertama kali diperkenalkan pada 2010 oleh MGM sebagai cara untuk mempromosikan sebahagian penting daripada budaya Cina ini menjadi sukan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, di samping turut mewariskannya kepada generasi muda dan khalayak yang lebih luas. Pada 2011, MGM memulakan tradisi baharu dengan menganjurkan "Pertandingan Persembahan Tarian Singa Wanita", yang dinaik taraf menjadi "Kejohanan Tarian Singa Wanita" dengan menyediakan sistem penarafan antarabangsa untuk tahun ini. Tahun lalu, MGM memperkenalkan Program Tarian Singa Muda buat pertama kali di Macau, satu peluang untuk menerima latihan pada musim panas setiap tahun buat golongan muda berusia antara 5 hingga 10 tahun bagi mempelajari tentang asas penting sukan tradisional; secara keseluruhan, lebih 110 pelajar telah menamatkan program ini pada Ogos 2016, dan telah membuat persembahan dalam acara awam termasuk majlis keramaian yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.

"Kejohanan Tarian Singa MGM 2016" menyaksikan 23 kumpulan tarian naga elit dari 10 negara dan rantau bersaing bagi merebut gelaran juara. Bagi kategori lelaki, Yi Wei Athletic Association dari Singapura telah mengalahkan 14 pasukan lain dengan mata 9.19; Chinese Shenzhen City Fuyong Street Huaide Lion Dance Group dari China dan Pasukan B Persekutuan Tarian Naga & Singa Malaysia - Kuantan Builder's Association Lion & Dragon Dance Group dari Malaysia berjaya meraih tempat Pertama dan Kedua, masing-masing mendapat mata 9.18 dan 9.13. Bagi kategori wanita pula, Wushu Federation dari Filipina menjadi Juara dengan mata sebanyak 8.90, manakala Associacao Desportiva e Recreativa Hong Wai dari Macau dan Persekutuan Tarian Naga & Singa Malaysia Team B -- Kuantan Builder's Association Lion & Dragon Dance Group dari Malaysia mendapat tempat kedua serta ketiga, dan masing-masing mendapat mata sebanyak 8.83 dan 8.76.

Tetamu Kehormat yang turut hadir dalam Majlis Penyampaian Anugerah ialah En. Kou Ming, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Ekonomi Pejabat Perhubungan kerajaan Rakyat Pusat di Macau SAR; Cik Maria Helena de Senna Fernandes, Pengarah Pejabat Pelancongan Kerajaan Macau; En. Wu Iao Ut, Ketua Persatuan Sukan dan Bahagian Sokongan Biro Sukan Macau SAR; En. Chan Weng Kit, Presiden Persatuan Wushu Umum Macau dan Pengerusi Persekutuan Tarian Naga & Singa, Asia; En. Chao Chi Man, Pengerusi Kehormat Jawatankuasa Penganjur Kejohanan Tarian Singa MGM, dan En. Grant Bowie, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif MGM China Holdings Limited, yang menyampaikan trofi dan mengucapkan tahniah kepada pasukan yang berjaya bagi menandakan tamatnya acara yang berlangsung selama dua hari itu dengan jayanya.

En. Grant Bowie merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas sokongan dan sumbangan berterusan mereka bagi memastikan acara ini sekali lagi membuahkan kejayaan hebat. "Budaya Cina merupakan bahagian penting yang bertanggungjawab menjadikan Macau sebagai destinasi unik. Kami berbesar hati kerana mendapat sokongan daripada kerajaan dan rakan kerjasama kami bagi membawakan sukan budaya yang penting ini ke persada dunia, seraya mencetuskan minat dalam kalangan generasi lebih muda. Ini merupakan sukan yang memerlukan kepercayaan daripada setiap ahli pasukan, membina keberanian dan integriti, yang merupakan ciri-ciri yang ingin kami pupuk dalam kalangan belia masyarakat kami. Dalam usaha untuk terus membangunkan tawaran yang pelbagai ini, kami berharap Kejohanan Tarian Singa MGM akan menjadi salah satu acara tahunan penting Macau yang dapat menghimpunkan negara-negara luar dari serata dunia ke bandar kami."

Kejohanan Tarian Singa MGM – Jemputan Antarabangsa Macau 2016

Keputusan "Kejohanan Tarian Singa Tradisional Lelaki" 

Pasukan

Kedudukan

Mata

Yi Wei Athletic Association dari Singapura

Juara

9.19

Chinese Shenzhen City Fuyong Street Huaide Lion Dance Group dari China

Naib Juara

9.18

Persekutuan Tarian Naga & Singa Malaysia Team B -- Kuantan Builder's Association Lion & Dragon Dance Group dari Malaysia

Tempat Ketiga

9.13

Keputusan "Kejohanan Tarian Singa Tradisional Wanita"

Pasukan

Kedudukan

Mata

Wushu Federation dari Filipina

Juara

8.90

Associação Desportiva e Recreativa Hong Wai dari Macau

Naib Juara

8.83

Persekutuan Tarian Naga & Singa Malaysia Team B -- Kuantan Builder's Association Lion & Dragon Dance Group dari Malaysia

Tempat Ketiga

8.76

Latar Belakang MGM MACAU

MGM MACAU ialah pusat peranginan mewah bersepadu Lima Bintang oleh Forbes, diinspirasikan oleh hasil seni dengan setiap unsur di pusat peranginan itu diterapkan dengan elemen kreativiti serta gaya. MGM MACAU memiliki kira-kira 600 bilik tamu dan suit selain mempunyai banyak ciri-ciri tersendiri, termasuk Grande Praca yang diinspirasikan daripada Eropah dengan seni bina yang mengagumkan, ditempatkan di bawah siling kaca yang melangit. Kemudahan bertaraf dunia daripada MGM MACAU juga melibatkan Ruang Seni MGM yang menyediakan ruang khusus seluas lebih 5,000 kaki persegi bagi mempamerkan hasil seni asli, kemudahan persidangan dan acara, spa, selain lapan restoran dan bar utama bagi memenuhi keinginan untuk menjamu selera. Hartanah kami terletak secara strategik di tepian air utama di Semenanjung Macau dan terhubung terus dengan kompleks membeli belah runcit mewah, One Central.

Untuk maklumat lanjut tentang MGM MACAU sila layari: www.mgm.mo.

Sebarang pertanyaan berkaitan media, sila hubungi:    

Irene Wong
Naib Presiden Perhubungan Awam & Masyarakat
MGM
Tel: (853) 8802 2822
E-mel: irenewong@mgm.mo

Karen Lam
Pengurus Perhubungan Awam
MGM
Tel: (853) 8802 3801
E-mel: karenlam@mgm.mo

Juliana Kung
Pengurus Perhubungan Awam
MGM
Tel: (853) 8802 3803
E-mel: julianakung@mgm.mo

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161114/8521607399-a 
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161114/8521607399-b 
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161114/8521607400-d 

Source: MGM
Related Links:
Keywords: Entertainment Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Awards