omniture

AstaReal Jepun Berhasrat Melebarkan Sayap ke ASEAN, Tubuhkan Cawangan Asia Pertama di Singapura

AstaReal Pte Ltd
2016-11-15 10:05 419

SINGAPURA, 15 November 2016 /PRNewswire/ -- AstaReal Group yang berpangkalan di Jepun, menyambut ulang tahun syarikat induknya yang ke-70, Fuji Chemical Industries, menerusi penubuhan cawangan Asia pertama di luar Jepun:  AstaReal Pte Ltd Singapore.

Setelah memberi komitmen selama lebih 20 tahun terhadap penyelidikan dan pembangunan astaxanthin, karotenoid semula jadi yang merupakan salah satu sumber antioksida paling hebat daripada alam semula jadi, Fuji Chemical Industries -melalui AstaReal Group- bersedia membawakan astaxanthin terus kepada pengguna di seluruh dunia melalui produk runcit Astavita® bagi tujuan meningkatkan kesihatan dan kecergasan mereka yang menjalani kehidupan dalam persekitaran bandar yang semakin menekan.

Pada majlis sambutan ulang tahun ke-70 yang diadakan pada 10 Oktober lalu di Daerah Toyama, Jepun, Vincent Wood, Presiden AstaReal Singapore memaklumkan khalayak yang terdiri daripada 630 kakitangan, "Singapura menjadi pilihan kita sebagai cawangan Asia pertama di luar Jepun adalah bagi memanfaatkan pasaran yang pesat berkembang yang merangkumi penduduk demografi berpendapatan sederhana di Asia Tenggara untuk membeli produk kita."

En. Mitsunori Nishida, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Fuji Chemical Industries dan AstaReal Group berkata, "Kami akan memperbaiki mesej pemasaran kami untuk pengguna Singapura yang bijak, seraya dapat meningkatkan profil jenama kami. Saiz pasaran Asean terdiri daripada 600 juta penduduk dan boleh menjadi pasaran paling pesat berkembang untuk seluruh kumpulan kami."

Ibu pejabat AstaReal Group terletak di Tokyo, dan cawangan-cawangan serta kilang pengeluarannya berada di Amerika Syarikat, Sweden dan India. Cawangan Singapura, yang mula beroperasi pada April lalu, akan menyokong usaha jualan dan pemasaran AstaReal® astaxanthin untuk tujuan perniagaan dan Astavita® kepada pengguna di rantau itu, namun Wood turut menambah, "Singapura juga mempunyai hab R&D yang menarik. Saya amat berhasrat untuk menjalin kerjasama melibatkan R&D dalam tempoh dua tahun."

Usaha melebarkan sayap ke Asean dibuat setelah astaxanthin mula mendapat sambutan di A.S., bermula pada tahun 2011 setelah "Dr Oz Show" menggelarnya sebagai "makanan tambahan nombor satu yang anda belum pernah dengar dan perlu diambil."

Latar Belakang AstaReal astaxanthin:

AstaReal® astaxanthin diekstrak daripada mikroalga Haematococcus pluvialis, dan berfungsi melindungi haiwan daripada keadaan persekitaran yang sukar. Pengambilan alga astaxanthin ini memberikan warna merah jambu kepada warna merah terang untuk ikan salmon, ketam, udang kara dan burung flamingo.

Kajian saintifik menyokong faedah kesihatan yang ditunjukkan seperti pencegahan daripada sindrom penglihatan-komputer, pengurangan masalah kulit akibat cahaya matahari dan pengekalan tahap kesihatan kardiovaskular. Tapak pengeluaran AstaReal telah diperiksa oleh FDA AS, dan mendapat pensijilan GMP serta Halal.

Sebarang maklumat lanjut, sila klik di sini.

Hubungi:

enquiries@astareal.sg
+65-6222-1778

Logo -http://photos.prnasia.com/prnh/20161102/8521607135LOGO

Source: AstaReal Pte Ltd
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Supplementary Medicine Corporate Expansion