omniture

Asia Plantation Capital Berhad Mengesahkan Kelulusan Kawal Selia daripada Badan Kerajaan Malaysia

Asia Plantation Capital
2016-11-15 11:11 1287

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 November, 2016 /PRNewswire/ -- Asia Plantation Capital Berhad berbangga menjadi syarikat pertama di Malaysia (dan pastinya dalam pasaran Asia) yang menerima kelulusan kawal selia untuk program pelaburan ladang gaharunya.

Sijil Asia Plantation Capital daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Sijil Asia Plantation Capital daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Selepas mendapat kelulusan awal pada Ogos 2016, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan rasminya mengesahkan kelulusan akhir untuk syarikat itu bagi memperkenalkan program pelaburan ladang gaharunya di Malaysia dan pasaran antarabangsa, seraya mengesahkan kedudukan Asia Plantation Capital sebagai syarikat pengurusan ladang terkemuka di rantau ini.

SSM ialah sebuah badan berkanun di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan, selain merupakan lembaga utama negara ini yang bertanggungjawab terhadap penambahbaikan tadbir urus korporat dan pendaftaran peraturan perniagaan serta perundangan korporat. Sebagai sebuah badan penguatkuasaan, SSM menyediakan garis panduan ketat, yang kesemuanya telah dipenuhi oleh Asia Plantation Capital untuk projek ladangnya di Batu Pahat, Johor, Malaysia.  

Kilang Penyulingan dan Kilang Asia Plantation Capital Berhad di Johor Bahru, Malaysia.
Kilang Penyulingan dan Kilang Asia Plantation Capital Berhad di Johor Bahru, Malaysia.

"Kami amat berbangga dan berbesar hati dapat menjadi syarikat pertama di Asia yang diberikan kelulusan kawal selia rasmi untuk program pelaburan ladang gaharu bersepadu secara vertikal," kata Steve Watts, Ketua Pegawai Eksekutif, Asia Plantation Capital Berhad, "memandangkan kami benar-benar yakin bahawa industri ini secara keseluruhannya memerlukan pengawalseliaan yang menyeluruh. Asia Plantation Capital Group sentiasa menerajui usaha dalam mempromosikan industri gaharu yang dikawal selia di Asia. Usaha secara bersungguh-sungguh amat diperlukan daripada pasukan masing-masing untuk memastikan model perniagaan kami dalam seluruh peringkat proses, adalah telus, beretika dan memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh SSM serta perunding bebas kami. Memandangkan ini merupakan pencapaian penting untuk kami sebagai sebuah syarikat," Watt menyimpulkan, "kami yakin semua syarikat beroperasi dalam sektor pelaburan ladang di Asia perlu dikawal selia dengan cara ini, bukan hanya untuk memastikan tadbir urus korporat yang bagus, tetapi juga bagi melindungi pihak pelabur. Sepanjang pengetahuan kami, kedua-duanya amat perlu bergerak seiring."

Industri ladang gaharu berkembang dengan pesat di Asia, dan Asia Plantation Capital, menerusi model perniagaan bersepadu secara vertikalnya, 'dari tanah menjadi minyak' yang membawa pembaharuan dan memenangi anugerah, kini menjadi syarikat terbesar di rantau ini. Syarikat ini memiliki ladang miliknya sendiri, berserta ladang-ladang lain yang diuruskan untuk pelanggan persendirian dan institusi, selain kilang-kilangnya kini mengeluarkan pelbagai produk akhir yang menggunakan minyak Oud yang diperoleh daripada pokok-pokok gaharunya. Sistem inokulasi dan penyulingan proprietari milik Asia Plantation Capital telah menetapkan piawaian industri baharu, dan mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai peneraju dalam sektor ini.

Pokok-pokok Aquilaria menjalani proses inokulasi di ladang-ladang Asia Plantation Capital.
Pokok-pokok Aquilaria menjalani proses inokulasi di ladang-ladang Asia Plantation Capital.

Baru-baru ini, terdapat penemuan baharu yang dibuat dalam sektor pengguna antipenuaan, dan usaha ini dijangka akan dapat meningkatkan permintaan minyak Oud untuk industri farmaseutikal dan penjagaan kulit. Asia Plantation Capital juga merupakan sebuah badan penyelidikan saintifik yang terus berkembang yang membuat penemuan baharu mengenai keberkesanan minyak Oud bagi merawat pelbagai jenis kanser. Penghargaan perlu diberikan kepada Lembaga Penasihat Saintifiknya, yang terdiri daripada para cendikiawan terkemuka dan pakar-pakar industri.

Pasaran global masa kini untuk Oud asli, minyak Oud dan serpai kayu dijangka mencecah US$12 bilion setiap tahun dan nilai ini diperkukuhkan oleh industri minyak wangi yang menyumbang sebanyak US$40 bilion setahun. Permintaan terhadap bekalan minyak Oud asli secara berterusan semakin meningkat, dan ia memerlukan antara tujuh hingga 15 tahun lamanya untuk ladang-ladang tersebut memberikan bekalan komersial, dan tidak menghairankan apabila menyaksikan peningkatan mendadak dari segi bilangan syarikat yang menawarkan pelaburan dan perkhidmatan pengurusan ladang.

Namun begitu, pengalaman dan kepakaran memainkan peranan penting terhadap sektor ladang, dan Asia Plantation Capital telah membuktikan dirinya sebagai penerajui industri hasil daripada kebolehannya menginovasi dan pengiktirafan terhadap keperluan teknologi proprietari. Selepas menjalankan kajian menyeluruh, Asia Plantation Capital menunjukkan hanya minyak Oud asli dan semula jadi mengandungi sebatian yang kini terbukti secara saintifik berkesan dalam merawat kanser dan merupakan agen antipenuaan. Hasilnya, ia mendorong kepada peningkatan permintaan 'bahan sebenar' dan pertambahan berkaitan dengan keperluan dan juga permintaan terhadap ladang-ladang lestari.

Industri kosmetik dan penjagaan kulit antarabangsa sahaja bernilai kira-kira US$460 bilion setahun (menurut angka pada tahun 2014), dan menurut statista.com, industri penjagaan kulit global sahaja dijangka bernilai US$121 bilion untuk tahun 2016 di rantau ini. Ia mendorong Asia Plantation Capital untuk menjalin kerjasama dengan makmal-makmal penjagaan kulit Switzerland yang mendapat pengiktirafan tinggi untuk mencipta pilihan bahan aktif baharu berasaskan minyak Oud untuk industri yang sentiasa berkembang ini. 

Asia Plantation Capital dan kumpulan syarikat berkaitan bukan satu-satunya kumpulan syarikat yang melihat potensi ini dalam pasaran yang kian berkembang ini, dan perkara ini telah memberi dorongan penting bagi memastikan pengawalseliaan yang ketat dikenakan serta dipatuhi, menepati nilai-nilai berkaitan ketelusan dan kelestarian. Dengan itu, keadaan ini berlaku tepat pada masanya untuk program pelaburan gaharu Asia Plantation Capital untuk menerima kelulusan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, badan pengawal selia korporat utama negara itu.

"Kami amat berbesar hati Asia Plantation Capital telah memenuhi piawaian kawal selia yang paling ketat yang dikenakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia," kata CT Choo, penasihat undang-undang Asia Plantation Capital di Malaysia. "Pihak pengawal selia amat positif dalam memberi maklum balas terhadap permohonan Asia Plantation Capital, yang dianggap sebagai contoh penting bagi jenis program pembangunan sektor agroperhutanan termaju yang digalakkan oleh negara Malaysia. Kami percaya semua syarikat yang beroperasi dalam sektor ini perlu dikawal selia, bukan sahaja untuk melindungi pihak pelabur, tetapi juga untuk memastikan hanya bekalan minyak Oud yang lestari dapat menembusi rantaian bekalan. Penuaian pokok gaharu liar adalah diharamkan oleh CITES* pada tahun 2000, dan pokok Aquilaria yang merupakan pokok yang menghasilkan gaharu, masih menjadi spesies terancam di hutan, dan banyak syarikat serta individu yang mengeksploitasi aktiviti yang menyalahi undang-undang dan tidak beretika ini. Asia Plantation Capital membuat langkah yang betul bukan sahaja untuk mendapatkan kelulusan kawal selia, bahkan untuk membuktikan ia mempunyai sistem dan prasarana korporat yang diperlukan demi memenuhi semua keperluan untuk mendapatkannya."

Nota untuk Editor

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-

Zaahira Muhammad
Eksekutif Kanan Perhubungan Awam & Pemasaran
E-mel: zaahira@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +6012-203-5344

Samantha Tham
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran
E-mel: samantha.tham@asiaplantationcapital.com
Tel. Bimbit: +65-9144-0933

* Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Fauna dan Flora Liar.

Latar Belakang Asia Plantation Capital Berhad

Asia Plantation Capital Berhad merupakan sebahagian daripada Asia Plantation Capital Group, iaitu salah sebuah syarikat pengurusan perladangan yang paling pantas berkembang di dunia, menerajui usaha berkaitan penanaman anak pokok, penanaman hutan, merintis kaedah inokulasi, teknik penuaian, kaedah penyulingan dan pemprosesan produk, selain membawa faedah ekonomi yang penting kepada masyarakat setempat.

Latar Belakang Suruhanjaya Syarikat Malaysia

SSM ialah Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang ditubuhkan pada April 2002 hasil daripada penggabungan antara Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pendaftar Perniagaan (ROB). SSM bertindak sebagai sebuah agensi untuk memperbadankan syarikat dan mendaftar perniagaan, selain menyediakan maklumat syarikat dan perniagaan kepada rakyat Malaysia. SSM menguatkuasakan sepenuhnya pendaftaran perniagaan dan pematuhan perundangan korporat, selain bertanggungjawab memantau seluruh aktiviti dan juga pembangunan dalam sektor korporat serta perniagaan di Malaysia.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161114/8521607402-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161114/8521607402-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161114/8521607402-c

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Paper/Forest Products/Containers