omniture

GCL-SI Sediakan Perkhidmatan Kuasa Solar Sehenti untuk Enmax di Thailand

GCL System
2016-11-17 08:00 473

SUZHOU, China, 17 November 2016 /PRNewswire/ -- GCL System Integration Technology Co. Ltd. (GCL-SI), (SZ: 002506), sebuah anak syarikat kumpulan tenaga utama di dunia, GCL, baru-baru ini mengumumkan jalinan kerjasama dengan Enmax Holding (Thailand) Co., Ltd. (Enmax) untuk mengusahakan projek stesen kuasa darat fotovolta (PV) 10MW di Thailand. Ini merupakan kali pertama GCL-SI bekerjasama dengan sebuah syarikat dari luar negara untuk menawarkan penyelesaian sehenti yang bersepadu dan dikhususkan.

Projek stesen kuasa PV 10MW ini menggunakan modul GCL-P6/60G yang terkenal daripada GCL-SI untuk output maksimum sebanyak 260W dan purata output kuasa elektrik tahunan sebanyak 15,552MWh. Ini bermakna modul-modul ini dapat menjimatkan sebanyak 5,600 tan arang batu standard setiap tahun, yang dapat mengurangkan sebahagian besar kesan karbon daripada projek itu.

Sebagai sebahagian daripada penyelesaian bersepadunya untuk Enmax, GCL-SI turut menyediakan penyongsang kuasa solar dan juga struktur sokongan. Sistem siap guna ini telah diluluskan dan diterima oleh TMB Bank di Thailand.

Seluruh projek 10MW ini terdiri daripada dua loji kuasa 5MW, masing-masing dibina di Pantai dan Khok Kham, dua kawasan di sekitar Bangkok. Projek ini kini sedang dibangunkan setelah penghantaran dibuat pada Oktober lalu dan dijangka siap sebelum 15 Disember 2016.

"Kami berasa begitu berbesar hati kerana dapat menyediakan perkhidmatan sehenti kami yang bersepadu dan dibuat khusus untuk Enmax," kata En. Shu Hua, presiden GCL-SI. "Ia merupakan penyelesaian yang telah lama disediakan oleh GCL-System kepada pelanggan kami, dan bukannya produk individu semata-mata."

Beliau menambah, "Jalinan kerjasama kami dengan Enmax bukan sahaja dapat mengukuhkan hubungan antara China dengan Thailand, bahkan dapat memperbaiki hubungan dengan alam semula jadi – mewujudkan gaya hidup yang mesra alam."

Latar Belakang GCL System Integration Technology Co., Ltd.

GCL System Integration Technology Co., Ltd. (Saham Shenzhen 002506) (GCL-SI), ialah sebahagian daripada GOLDEN CONCORD Group (GCL), sebuah syarikat tenaga bertaraf antarabangsa yang mengkhusus dalam pengeluaran kuasa yang bersih serta mampan, dan ditubuhkan pada tahun 1990. Dengan aset global yang bernilai hampir USD16 bilion, GCL mencapai output penghantaran modul sebanyak lebih 2GW pada tahun 2015 dan membekalkan 29% daripada jumlah hasil kapasiti wafer seluruh dunia, mewakili 22.2% bahagian pasaran silikon.

Latar Belakang Enmax Holding (Thailand) Co., Ltd.

Enmax, ahli baharu dalam Ruxchai Group, ialah sebuah syarikat tenaga yang memberi tumpuan terhadap tenaga boleh diperbaharui dan juga aktiviti penjimatan tenaga. Syarikat ini juga merupakan pembekal kuasa solar yang memberi perkhidmatan penuh kepada sektor kerajaan, komersial dan juga kediaman.

 

 

Source: GCL System
Related Stocks:
Shenzhen:002506
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Utilities Joint ventures New products/services