omniture

Concave Meterai Perjanjian dengan Wira Wales Euro 2016

Hal Robson-kanu daripada Welsh International Tandatangani Perjanjian dengan Concave Football
Concave
2016-11-17 21:31 713

MANCHESTER, England, 17 November, 2016 /PRNewswire/ -- Pemain sayap West Bromwich Albion dan Welsh International, Hal Robson-Kanu, akan mengenakan kasut bola sepak Concave Volt+ yang ringan semasa kempen 2016/17.

Hal Robson-Kanu bersama kasut Concave Volt+
Hal Robson-Kanu bersama kasut Concave Volt+

Pengendorsan ini memperlihatkan bukti jelas hasrat Concave dan menggambarkan evolusi jenama itu pada fasa seterusnya dalam usaha untuk memperluas pengaruh dalam sukan bola sepak bertaraf tertinggi.

Hal Robson-Kanu menjadi tumpuan musim panas lalu sewaktu Wales membuat persembahan hebat di Euro 2016, Perancis. Selepas keluar ke padang dari bangku simpanan untuk membuat jaringan kemenangan pada perlawanan pembukaan menentang Slovakia, aksi hebat beliau menentang Belgium dalam pusingan suku akhir, yang melayakkan beliau meraih penghargaan Jaringan Kejohanan (Goal Of the Tournament) daripada BBC, dipilih oleh Thierry Henry dan Rio Ferdinand.

Sebagai sebuah jenama bola sepak global, Concave berbangga kerana dapat memajukan industri ini. Teknologi Serangan Kuasa unik Concave yang dipatenkan itu terbukti dapat meningkatkan titik optimum sehingga empat kali ganda, memberikan zon serangan lebih luas – peningkatan kuasa 8% hingga 10%, dan juga peningkatan ketepatan.

Mempunyai lapisan "cekung" poliuretana termoplastik (TPU) yang anjal, yang berada pada bahagian atas lidah kasut, teknologi ini menggenggam bentuk cekung pada bola, dan turut memberikan perlindungan kepada tulang metatarsal.

Hal Robson-Kanu berkata: "Concave ialah jenama yang sedang meningkat naik yang mempunyai idea-idea hebat serta individu-individu berkemahiran yang mengusahakan produk mereka. Jenama ini amat sesuai dengan permainan serta kisah saya."

"Teknologi Concave berfungsi dengan baik apabila menendang bola dan membantu memperoleh ketepatan serta kuasa. Volt+ ialah kasut yang cukup ringan dan hebat. Saya berharap dapat meningkat naik bersama-sama sebuah jenama yang tulen."

Andrew Theoklitos, Pengasas Bersama dan Pengarah Concave berkata: "Teknologi kami teknologi sebenar dan dengan adanya pemain Liga Perdana seperti Robson-Kanu bekerjasama dengan jenama Concave sudah pasti akan memberi kami lebih pendedahan di padang di peringkat tertinggi. Kami teruja mahu menyaksikan beliau beraksi untuk Wales dan West Brom menggunakan kasut Concave Volt+!"

Layari laman sesawang rasmi Concave Football di: http://www.concave.com

Ikuti Concave di Instagram dan Facebook @concavefootball

Nota untuk Editor:

Concave Volt+ ialah kasut bola sepak yang ringan dan minimalis yang mempunyai kelebihan mikrofiber pada bahagian atasnya yang lembut dan anjal, selain menampilkan plat tapak yang diperbuat daripada Pebax, bahan yang ringan serta fleksibel yang biasanya digunakan untuk kasut spike pecut. Teknologi Serangan Kuasa daripada Concave meningkatkan kuasa dan ketepatan, manakala Volt+ memiliki konfigurasi stud berbilah yang direka khusus untuk kelajuan.

Ditubuhkan pada tahun 2008, ibu pejabat global Concave terletak di Manchester, UK, dan mempunyai kedudukan ideal untuk memperluas portfolio pemain Liga Perdananya. Segmen pengedaran runcit dan dalam taliannya menjangkau seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut tentang Concave, sila hubungi +61-3-99887955 atau info@concave.com.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161116/8521607502

 

Source: Concave
Related Links:
Keywords: Sports Sports Equipment & Accessories Licensing/marketing agreements