omniture

Sempena Musim Percutian 2016, Bond No. 9 menawarkan eaux de parfum galaksi ruang angkasa mempesonakan, dihiasi batu kristal Swarovski dengan keindahan luar biasa yang mengagumkan

BOND NO. 9 NEW YORK
2016-11-17 22:24 442

NEW YORK, 17 November 2016 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, ahli-ahli astronomi telah membuat penemuan menakjubkan di angkasa lepas: Exoplanet Proxima b, —yang mempunyai potensi untuk didiami manusia. Sempena Musim Percutian 2016, kami mempersembahkan eaux de parfum seluruh galaksi bertatahkan bintang yang dipenuhi dengan batu-batu Swarovski kristal yang benar-benar mengagumkan – yang tersedia di kaunter Bond No. 9 anda yang paling hampir.

Terokai Hebahan Berita Multimedia yang interaktif di sini:
http://www.multivu.com/players/English/7975951-bond-no-9-holiday-2016-parfum-swarovski-crystals  

KOTAK COFFRET GALAKSI BINTANG BERTATAHKAN BATU SWAROVSKI BOND NO. 9 : kotak simpanan perhiasan tiga tingkat yang begitu mewah, bertatahkan 4,000 Batu Hiasan Swarovski yang diatur sendiri dengan warna permata yang begitu ceria. Terdiri daripada cabochons, bentuk hati, aqualine dan bentuk titisan air mata, dan lain-lain. Dilengkapi kemasan lapisan sutera baldu corak angkasa, ia mengandungi 9 eaux de parfum kami yang paling digemari, setiap satunya disediakan dalam botol 100 ml (boleh diisi semula) dihiasi dengan kaleidoskop unik daripada batu kristal Swarovski.

Bond No. 9 SIGNATURE PERFUME

Minyak oud yang mengghairahkan, diserlahkan dengan ros, kasturi dan kacang tonka, botolnya dihiasi dengan batu kecubung serta kristal ungu.

PARK AVENUE SOUTH

Bunga-bunga kontemporari diserlahkan dengan epal hijau, melati dan buah pic—dihiasi dengan taburan meteor kristal berbatu berlian.

NEW YORK MUSK

Minyak wangi alfa berbaur asap yang tahan pada kulit, diadun dengan air mawar, kayu manis, madu, dan orris—dalam warna zamrud yang beraneka.

PERFUMISTA AVENUE

Minyak wangi haruman ros berbaur kulit, plum, madu mélange—dalam warna merah jambu berbintang yang menyerlah.

MADISON SQUARE PARK

Wangian penuh semangat dan romantis, adunan haruman ros, hiasint, kayu jati dan rumput prairie—dengan Batu Kecubung Teja Utara.

QUEENS

Sejambak tuberosa moden, diadunkan dengan bergamot, beri hitam dan cempaka—berwarna legam lubang hitam yang berkilauan.

B9

Adunan bebas antara bunga cina-orkid-akar wangi-cendana—dengan Batu-Hiasan pelbagai warna yang berkilauan.

SCENT OF PEACE

Campuran limau gedang, anggur hitam, lily of the valley, cedarwood dan kasturi—dengan rosé yang berkilauan.

MADISON AVENUE

Campuran chypre dengan haruman limau dan kayu yang segar, berserta epal, bergamot, beri hitam, melati, nilam dan pralin—dalam kristal Aurora Borealis yang membiaskan warna pelangi.

Edisi terhad 100 kotak coffret menarik. Harga: $14,000

TIGA SET GALAKSI SWAROVSKI BOND NO. 9 :Sekiranya anda tidak bersedia untuk mencuba begitu jauh untuk melalui pengembaraan angkasa Bond No. 9, kami menawarkan kotak bertatahkan batu Swarovski yang bersinar, lengkap dengan Madison Avenue, Scent of Peace for Her dan Bond No. 9 Signature, setiap satunya disediakan dalam rekaan kristal yang unik.

Harga $4,500

Satu botol menarik BOND NO. 9 SIGNATURE PERFUME (100 ml) dihiasi batu kecubung dan kristal baldu berwarna ungu, dibungkus dalam kotal baldu yang begitu menarik dengan logo token Bond No. 9 yang dibentuk daripada susunan kristal Swarovski yang penuh teliti.

Harga:  $1,000

Source: BOND NO. 9 NEW YORK
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics New products/services