RABAT, Morocco, 18 November 2016 /PRNewswire/ -- World Bank Group dan Ithmar Capital, Dana Pelaburan Berdaulat Morocco, telah memeterai memorandum persefahaman berkaitan penubuhan Kemudahan Prasarana Pertumbuhan Hijau untuk Afrika (GGIF Afrika), dana pan-Afrika pertama yang dikhususkan untuk pelaburan hijau di benua itu.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161116/440093LOGO )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161116/440094 )
GGIF akan distrukturkan sebagai dana modal persendirian dan bermatlamat untuk menarik pelabur asing yang berminat dengan Morocco atau Afrika dan ingin mencari peluang pelaburan hijau yang bertanggungjawab serta mesra alam. Tujuannya adalah untuk memainkan peranan sebagai pemangkin peralihan Afrika menjadi ekonomi hijau dengan menyokong infrastruktur rendah karbon seperti tenaga bersih, pengangkutan rendah karbon dan penggunaan sumber air yang cekap.
GGIF akan ditaja oleh World Bank dan Ithmar Capital. Dua penajaan ini akan membolehkan dana itu memanfaatkan kekuatan kedua-dua organisasi ini; kepakaran World Bank dalam penubuhan dana dan kerja dasar, manakala Ithmar Capital pula menerusi jaringan rakan kongsi serta pengalaman dalam penstrukturan pelaburan bersama.
Pengumuman telah dibuat hari ini di Sidang Kemuncak Kewangan COP22 di Marrakesh, Persidangan Pihak-pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim ke-22, yang memberi tumpuan terhadap usaha menggerakkan tindakan perubahan iklim yang lebih kukuh dan bercita-cita tinggi.
GGIF akan turut merangkumkan unit Perkongsian Persendirian Awam (PPP) yang akan memberi tumpuan terhadap permulaan projek-projek yang berdaya saing dengan kerjasama agensi-agensi Kerajaan. Ia akan membawa kepada penyatuan PPP di negara-negara sasaran.
World Bank dan Ithmar Capital akan bekerjasama rapat dengan pelbagai golongan awam dan pelabur persendirian, termasuk Bank-bank Pembangunan Serantau, Dana Kekayaan Berdaulat, dan pelabur-pelabur institusi global dan serantau, untuk meningkatkan penyertaan modal persendirian dalam pelaburan infrastruktur hijau di seluruh benua ini.
Selain memanfaatkan aliran modal persendirian untuk membuat pelaburan dalam prasarana persekitaran yang lestari, GGIF akan turut memberi tumpuan untuk mengurangkan risiko projek-projek yang kurang mendatangkan keuntungan bagi menjadikan projek-projek itu berdaya maju. Instrumen yang disediakan termasuk mekanisme inovatif untuk persediaan projek serta struktur modal.
Usaha ini telahpun mendapat surat sokongan daripada Pengerusi IFSWF (Forum Dana Kekayaan Berdaulat Antarabangsa) yang baru sahaja melancarkan kumpulan kerja pertama khusus untuk perubahan iklim. Dana Kekayaan Berdaulat ialah pelabur penting dalam projek-projek prasarana disebabkan oleh tempoh pelaburan yang panjang, status berdaulat dan keperluan yang rendah terhadap kecairan portfolio.
Di bawah kepimpinan Duli Yang Maha Mulia Raja Mohammed VI, Afrika telah menjadi "keutamaan strategik Morocco." Bergantung kepada ekonomi yang semakin berkembang dan jarak dengan Eropah, Kerajaan ini berusaha menjadi sebuah hab Afrika yang berdaya saing.
Morocco telahpun menjadi rakan ekonomi dan rakan strategik yang penting untuk banyak ekonomi Afrika, seperti yang dibuktikan menerusi peningkatan pelaburan terus dalam sektor-sektor bernilai tinggi seperti perbankan, insurans, telekomunikasi, pertanian tenaga dan perumahan sosial.
Latar Belakang Ithmar Capital:
Ithmar Capital diasaskan pada 11 November 2011 oleh kerajaan Morocco dan disokong oleh Dana untuk Pembangunan Ekonomi dan Sosial Hassan II, di bawah nama Fonds Marocain de Développement Touristique (FMDT). Dana tersebut merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan jangka panjang yang dicetuskan oleh Kerajaan Morocco dalam sektor ekonomi yang berbeza.
Sumber: Ithmar Capital