omniture

Huawei Umum Strategi dan Perkenal Penyelesaian ICT Baharu di Kongres Sedunia Ekspo Bandar Pintar 2016

Sedia Platform Terbuka bersama ICT Baharu yang Utama untuk Wujudkan Bandar Ceria dan Pintar
Huawei
2016-11-18 09:36 832

BARCELONA, Sepanyol, 18 November 2016 /PRNewswire/ -- Huawei hari ini berkongsi strategi dan teknologi terkini untuk usaha transformasi Bandar Pintar sempena Kongres Sedunia Ekspo Bandar Pintar (SCEWC) 2016 yang diadakan mulai 15 hingga 17 November 2016 di Barcelona, Sepanyol. Strategi Huawei memberi tumpuan dalam menyediakan ICT baharu yang terkemuka merentasi peranti-saluran-awan bagi membolehkan kerajaan dan industri menyediakan perkhidmatan canggih bertumpukan penduduk yang dapat memperkayakan kehidupan orang ramai, memacu pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan masyarakat yang mampan. Di SCEWC, syarikat memperkenalkan penyelesaian ICT teras yang diwujudkan untuk mendorong pembangunan bandar pintar, termasuk: Pusat Operasi Pintar (IOC) yang dikuasakan oleh awan dan data besar; penyelesaian pengurusan bandar berasaskan Internet Semua Benda (IoT); serta penyelesaian khidmat awam termaju yang dibangunkan dengan kerjasama rakan-rakan global.

Huawei Memperkenalkan Penyelesaian ICT Baharu dalam Kongres Sedunia Ekspo Bandar Pintar 2016
Huawei Memperkenalkan Penyelesaian ICT Baharu dalam Kongres Sedunia Ekspo Bandar Pintar 2016

Serentak dengan SCEWC, Huawei turut mengadakan Sidang Kemuncak Bandar Pintar Global yang menghimpunkan lebih 500 wakil kerajaan, rakan industri, dan para pemikir dari seluruh dunia.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kemajuan pembangunan Bandar Pintar telah dapat disaksikan di seluruh dunia. Namun begitu, banyak bandar berhadapan dengan cabaran untuk menjadikan bandar pintar suatu kenyataan. Bagi menangani cabaran-cabaran ini, Presiden Huawei Enterprise Business Group, dalam ucapan alu-aluan beliau semasa Sidang Kemuncak tersebut, berkata, "Sebuah Bandar Pintar ialah seperti entiti yang bernyawa, mempunyai otak dan sistem saraf kompleks yang saling bekerjasama agar ia dapat terus belajar dan memajukan dunia fizikal. Kemajuan dan perubahannya bergantung pada platform terbuka yang membolehkan semua pengusaha berkolaborasi untuk menggalakkan inovasi. Dengan menyepadukan rangkaian jalur lebar ultra, pengkomputeran awan, data besar dan IoT, Huawei komited unutk membantu bandar-bandar ini menjadi peka terhadap konteks, terhubung dengan lebih baik dan lebih pintar. Selain itu, menerusi kolaborasi inovasi dengan lebih 2,700 rakan kongsi global serta keupayaan penyampaian global kami, Huawei dapat menyediakan teknologi serta penyelesaian transformatif yang menggabungkan amalan terbaik global yang terbukti dengan kepakaran pembangun serta syarikat tempatan bagi mendayakan pembangunan ekosistem yang amat penting dalam transformasi Bandar Pintar. Kami percaya hanya terdapat titik permulaan dan tiada titik akhir dalam membangunkan bandar lebih pintar."

Bagi menangani cabaran peningkatan ketumpatan populasi bandar, Nicolas You, Pengasas dan Pengerusi Kehormat Kempen Bandar Dunia UN-Habitat, mengulas, "Teknologi ICT dapat memperkasakan bandar-bandar untuk memecahkan silo maklumat dan memanfaatkan data secara strategik. Teknologi ini juga membolehkan bandar berhubung dengan penduduknya, maklumat, sumber dan perkhidmatan dengan berkesan, selain menjadi peka kontek dan boleh dioptimumkan sendiri. Bandar-bandar tersebut cukup lengkap untuk menyediakan perkhidmatan awam pintar yang penting demi meningkatkan kehidupan penduduk, menggalakkan pembangunan ekonomi dan mencapai pembangunan yang mampan."

Massimiliano Claps, Naib Presiden Bersekutu, IDC Government Insights -- EMEA, berkata, "Bandar Pintar mampu dilaksanakan dan merupakan sebuah paradigma transformasi digital. Ekosistem yang luas ini dapat dilaksanakan hanya menerusi penglibatan dengan semua pihak berkepentingan utama. Ia memerlukan sebuah platform terbuka bagi tujuan menyatukan pelbagai sistem dan juga data."

Semasa Sidang Kemuncak Bandar Pintar Global Huawei, pengurus-pengurus bandar berkongsi pandangan dan amalan terbaik masing-masing dalam memanfaatkan ICT baharu untuk mengubah bandar-bandar menjadi Bandar Pintar:

  • Li Tie, Ketua Pengarah & Ketua Ekonomi, Pusat Pembangunan Bandar China berkongsi sejauh mana integrasi antara urbanisasi dengan teknologi baharu merangsang pembangunan bandar-bandar pintar di China. Beliau percaya perkhidmatan bersilo akan disepadukan dan perusahaan-perusahaan pintar akan didayakan oleh platform tergabung, yang memerlukan kolaborasi rentas negara dan juga rentas sektor. 
  • Muammar Khaled Al Katheeri, Naib Presiden Eksekutif Kejuruteraan & Bandar Pintar, Dubai Silicon Oasis Authority (DSOA) berkongsi bagaimana mereka berkolaborasi dengan Huawei untuk memasang Penyelesaian Jalan Pintar pertama Timur Tengah di taman berteknologi tinggi. Dikuasakan oleh penyelesaian ICT baharu Huawei, sistem jalan pintar ini memudahkan capaian Wi-Fi serta pemantauan suhu, kelembapan, dan kualiti udara menerusi sensor.

Penyelesaian Bandar Pintar Huawei telah digunakan di lebih 100 bandar di merentasi 40 negara. Bagi mendorong kolaborasi dan pembangunan bandar pintar, Huawei telah menyediakan tujuh penyelesaian Makmal Terbuka di seluruh dunia. Menerusi platform dan ekosistem Bandar Pintar terbuka, Huawei bersama-sama membangunkan penyelesaian Bandar Pintar hujung-ke-hujung yang holistik bersama penggiat industri terkemuka dari seluruh dunia.

Latar Belakang Huawei

Huawei ialah pembekal penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bertaraf global yang terkemuka.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161117/0861612252

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news