DÜSSELDORF, Jerman, 18 November 2016 /PRNewswire/ --
Thomas Geisel, Datuk Bandar Düsseldorf, mengalu-alukan rakan sejawat dari bandar-bandar dan rantau yang mengambil bahagian ke "Tour-Summit" di Düsseldorf Castle Tower.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161117/440666 )
Datuk Bandar Thomas Geisel: "Hari ini, para pemerhati dunia sukan basikal akan bertumpu di Düsseldorf selaku tuan rumah Grand Départ 2017. Pada masa yang sama, bandar-bandar, kawasan-kawasan perbandaran dan daerah-daerah yang menjadi laluan pelumba pro juga bakal menjadi tumpuan antarabangsa. Ia merupakan satu peluang terbaik untuk mempromosi keindahan rantau kita dan basikal sebagai kaedah pengangkutan yang menarik. Sudah tentulah Tour de France 2017, yang sekali lagi bermula di Jerman selepas lebih 30 tahun memberikan gambaran baik hubungan persahabatan Jerman-Perancis."
Selepas peringkat pertama, yang akan melalui bandar raya dalam Düsseldorf pada 1 Julai 2017 untuk ujian masa, peringkat kedua akan juga bermula pada 2 Julai 2017 di ibu negeri itu. Selepas jelajah melalui bandar-bandar berhampiran, Erkrath, Mettmann dan Ratingen, laluan ini sekali lagi akan merentasi Düsseldorf, sesuatu yang baharu dalam sejarah Tour de France.
Seterusnya, laluan peringkat kedua akan merentasi Meerbusch, Neuss, Kaarst-Büttgen dan Korschenbroich ke Mönchengladbach. Klasifikasi pecutan pertama Jelajah 2017 akan dilakukan di sini. Pelumba basikal profesional bakal mengayuh melalui daerah Heinsberg dan daerah Düren dengan bandar Jülich dan kawasan perbandaran Titz dan Aldenhoven melalui rantau bandar Aachen dengan bandar Alsdorf dan Würselen menuju Cathedral City Aachen. Dengan jumlah jarak 206 kilometer, peringkat ini akan ditamatkan di bandar Liège, Belgium.
Maklumat lanjut: http://www.duesseldorf.de/letour
City of Duesseldorf
Kerstin Jaeckel-Engstfeld
Telefon: +49-211-8993131
e-mel: presse@duesseldorf.de
Sumber: City of Duesseldorf