omniture

Menginap di Taiwan Host B&B Dan Saksikan Keindahan Wilayah-wilayah Taiwan

Tourism Bureau Taiwan
2016-11-21 08:30 361

TAIPEI, Taiwan, 21 November 2016 /PRNewswire/ -- Apakah pilihan terbaik untuk menginap di sekitar Taiwan? Penginapan di Inap & Sarapan (B&B) mula menjadi pilihan ramai di kalangan pelancong asing kerana unsur keramahannya dan kerana mereka dapat merasai sendiri gaya hidup tempatan. B&B dengan pengiktirafan Sijil Taiwan Host daripada Biro Pelancongan Taiwan ("Biro") telah dipilih dengan teliti dan mengikut perundangan.

Wilayah Taiwan
Wilayah Taiwan

 

Sarapan Taiwan Host B&B
Sarapan Taiwan Host B&B

 

Taiwan Host B&B
Taiwan Host B&B

Kekuatan di sebalik setiap Taiwan Host B&B ini adalah pada pemilik rumah penginapan: mereka mendokong lima matlamat perkhidmatan iaitu "Mesra", "Peramah", "Bersih", "Kemas" dan "Ketenangan Jiwa". Setakat ini, terdapat 686 buah B&B yang telah menerima pengiktirafan sebagai Taiwan Host daripada Biro; mereka menggambarkan keramahan, khidmat yang mesra dan budaya kehidupan penduduk tempatan di Taiwan.

Pilih Satu Taiwan Host B&B dan Alami Adat Resam Taiwan Paling Asli

Taiwan terkenal dengan sajian gourmet dan penduduknya yang mesra, dan boleh dialami sendiri oleh pelancong semasa menginap di B&B. Focaccia B&B terletak di pinggir bandar Wilayah Hualien yang cantik. Semua hidangan di Focaccia B&B disediakan dengan sayur organik bermusim untuk memberikan tetamu sajian paling ringkas yang tidak dapat dilupakan.

Shuitou 40 B&B ialah sebuah bangunan lama yang dibaikpulih yang terletak di Taman Negara Kinman, dibina semasa zaman pemerintahan Dinasti Qin. Nikmatilah semangkuk bubur Guandong berserta makanan bergoreng Kinman dan roti gulung buatan sendiri. Berjalanlah di rumah lama Dinasti Qing dan kampung bersejarah gaya Eropah untuk merasai daya tarikan Kinman.

Tree B&B terletak di dalam hutan Wilayah Miaoli yang berusia seratus tahun. Tuan rumah menghidangkan setiap tetamu dengan sajian roti bijirin buatan sendiri dan mentega kacang, mengekalkan sambutan hangat yang mengalu-alukan semua tetamu.

SunRise 23.5N B&B terletak berhampiran Taman Negara Alishan dan Tasik Fenqihu yang terkenal di Wilayah Chiayi. Tetamu di sini gemar dengan hidangan tanpa menu yang disediakan daripada air mata air gunung dan bahan-bahan segar tempatan. Tetamu juga berpeluang membuat sendiri agar-agar Ai-Yu.

Di Comfy Hostel di Wilayah Hualien, tuan rumah akan membawa tetamu menaiki basikal untuk melawat ke tempat-tempat menarik yang tersembunyi di lorong-lorong Wilayah itu.

Peng-Hu Dream B&B retains traditional decorations and is very close to the only forest recreational beach on the island -- comparable to the beautiful Maldives.

Peng-Hu Dream B&B mengekalkan hiasan tradisionalnya dan berada sangat berhampiran dengan satu-satunya hutan pantai rekreasi di pulau yang keindahannya setara dengan Maldives.

Pilihlah untuk menginap di Taiwan Host B&B dan ikuti tuan rumah untuk merasai juadah asli Taiwan dan menyaksikan keindahan Taiwan.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161118/8521607564-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161118/8521607564-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161118/8521607564-c

Source: Tourism Bureau Taiwan
Keywords: Travel