omniture

Arvato Systems Malaysia dinobatkan "Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia" menerusi Anugerah Kecemerlangan & Kemampanan Korporat Asia 2016

Arvato Systems Malaysia Sdn Bhd
2016-11-21 10:00 255

SINGAPURA, 21 November 2016 /PRNewswire/ -- Arvato Systems Malaysia diiktiraf sebagai salah sebuah "Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia" menerusi Anugerah Kecemerlangan & Kemampanan Korporat Asia 2016 ("Anugerah ACES 2016"). Anugerah tersebut diterima oleh Thomas Kathofer dalam sebuah majlis yang diadakan di Shangri-La Hotel Orchard, Singapura pada 17 November 2016.

"Kami berasa amat sukacita, berbesar hati dan berbangga kerana diiktiraf sebagai "Syarikat terbaik untuk bekerja di Asia" oleh jawatankuasa Anugerah ACES bagi tahun 2016," kata En. Thomas Kathofer, Pengarah Urusan Arvato Systems. "Ia membuktikan bahawa segala usaha kami membuahkan hasil dan kami telah melaksanakan amalan HR yang tepat untuk syarikat kami. Anugerah ini merupakan hasil pencapaian pasukan kami dan ia akan mengingatkan kami untuk terus berusaha dengan lebih gigih demi mencapai kecemerlangan HR kami dan membangunkan sebuah syarikat yang menyokong kemajuan dan kejayaan kakitangan kami," tambah En. Kathofer.

Arvato Systems Malaysia benar-benar percaya bahawa aset mereka yang paling bernilai adalah kakitangan mereka memandangkan prestasi mereka akan memberi pengaruh penting terhadap prestasi dan juga kemajuan syarikat. Ia memberi tumpuan terhadap kepentingan pengurusan sumber manusia untuk menyelaraskan objektif organisasi dalam sesebuah syarikat dengan memberi keutamaan terhadap kakitangan. Syarikat juga yakin bahawa Sumber Manusia yang baik mengamalkan perspektif yang holistik terhadap perancangan strategik syarikat selain merangkumkan sepenuhnya dasar HRM dengan matlamat organisasi.

Latar Belakang Anugerah "Syarikat-syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia"  

Anugerah "Syarikat-syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia" memperakui dan memperlihatkan inisiatif dan amalan terbaik bahagian sumber manusia yang dilaksanakan oleh pemenang anugerah yang melayakkannya meraih pengiktirafan peringkat antarabangsa, dan membolehkan organisasi-organisasi tersebut menjadi pendukung bakat yang amat disegani dan dipandang tinggi dalam industri mereka.

Anugerah ACES 2016 mengiktiraf pencapaian syarikat-syarikat atas kecemerlangan kepimpinan dalam Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi kategori Tempat Kerja, Persekitaran dan Masyarakat.

Latar Belakang Arvato Systems Malaysia 

Sebagai penyepadu sistem IT generasi seterusnya yang bertaraf global, Arvato Systems memberi tumpuan terhadap "Penyelesaian Transformasi Digital".

Kami memanfaatkan bakat dan kepakaran teknologi lebih 3,000 individu dari lebih 25 lokasi di seluruh dunia. Sebagai sebahagian daripada jaringan Arvato dan milik Bertelsmann, kami mempunyai kebolehan tersendiri dalam mewujudkan seluruh rantaian nilai. Pasukan kami mencipta infrastruktur perniagaan yang bersepadu dan mendepani masa depan yang dapat membantu pelanggan kami menjadi lebih mantap dan berdaya saing, selain membolehkan mereka memberikan perkhidmatan dengan standard baharu kepada pelanggan mereka. Kami turut membangunkan proses digital yang diperkemas yang dapat menyokong model perniagaan yang inovatif.

Arvato Systems menawarkan kombinasi luar biasa antara kecemerlangan kejuruteraan IT antarabangsa, cara fikir terbuka sebagai pengusaha global dan dedikasi oleh kakitangan. Kami juga memastikan seluruh hubungan pelanggan kami memberi manfaat peribadi dan berpanjangan ketika mereka mencapai kejayaan. IT.arvato.com

Untuk maklumat lanjut, sila lihat http://IT.arvato.com/malaysia

Hubungi:

Benjamin Dorsch
Pengarah Urusan

Chloe Gan
Pengarah Sumber Manusia
Tel: +603 2330 1988
E-mel: hr.my@bertelsmann.de 

Source: Arvato Systems Malaysia Sdn Bhd
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Awards