omniture

Peneraju Industri Hadiri Perayaan Ulangtahun Bo Le ke-20

Ketua Pegawai Eksekutif Bo Le Pierre Zhuang ketuai panel perbincangan tentang anjakan dinamik 'Perang Mencari Bakat' pasaran pekerjaan Asia kini
Bo Le Associates
2016-11-21 10:09 631

HONG KONG, 21 November 2016 /PRNewswire/ -- Pada 14 November 2016, lebih 150 eksekutif kanan daripada pelbagai industri berhimpun di Mandarin Oriental Hong Kong untuk meraikan ulangtahun ke-20 Bo Le Associates (Bo Le). Selaku firma pencarian eksekutif terbesar di Asia, Bo Le meluaskan kehadirannya di seluruh rantau bermula dengan hanya tiga pejabat kepada sejumlah 13 pejabat tempatan pada masa kini yang terdiri daripada 330 perunding professional yang berpengalaman dan terlatih.

Ketua Pegawai Eksekutif Bo Le, Pierre Zhuang, mengetuai panel perbincangan anjakan dinamik 'Perang Mencari Bakat' pasaran pekerjaan Asia masa kini
Ketua Pegawai Eksekutif Bo Le, Pierre Zhuang, mengetuai panel perbincangan anjakan dinamik 'Perang Mencari Bakat' pasaran pekerjaan Asia masa kini

Dalam acara tersebut, En. Pierre Zhuang, Ketua Pegawai Eksekutif Bo Le Associates, mengetuai panel perbincangan berkisar topik "Perang Mencari Bakat – Anjakan Dinamik" dengan enam penceramah terhormat; Arnaud Ventura, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Microcred; James Savage, Pengerusi Jawatankuasa Usahaniaga HKVCA; John Lien, Ketua Pegawai Eksekutif, Greater China, DLJ Capital Partners; Maggie Chan, Naib Presiden Strategi Pembangunan Pelanggan, Unilever China; Tim Wang, Pengarah Urusan, Ketua Hartanah China, The Blackstone Group dan Tony Low, Naib Presiden Kanan & Pengurus Besar Asia Pasifik, Lifestyle Benefits, Collison Group.

Dalam ucapan perasmiannya, Pierre melahirkan penghargaan beliau atas sokongan yang diterima oleh syarikat daripada para pelanggannya di sepanjang tempoh perniagaan. "Kami menggunakan gabungan kepakaran yang luas, pengetahuan pasaran tempatan dan hubungan pelanggan kami dan berusaha untuk menjadi pemimpin global," kata Pierre.

Di sepanjang 20 tahun berada dalam perniagaan pencarian eksekutif, Pierre telah melihat anjakan dinamik 'perang mencari bakat' daripada pasaran majikan kepada pasaran calon disebabkan oleh kerancakan pasaran Cina dan pasaran Asia lain yang membuat permintaan yang lebih tinggi untuk mencari pemimpin yang berkualiti.

Beliau juga menyaksikan anjakan dinamik di kalangan calon yang kini lebih menggemari syarikat tempatan berbanding MNC dengan kemunculan usahawan Cina yang bertindak lebih agresif bukan sahaja terhadap produk dan perkhidmatan, tetapi juga pengambilan bakat tempatan, menegaskan, "Hari ini, syarikat besar tempatan, terutamanya syarikat inovatif internet, dianggap sebagai majikan paling menarik dalam pasaran, mendorong eksekutif kanan keluar daripada MNC."

Satu lagi perubahan ketara ialah pada teknologi dan inovasi, atau apa yang dikenali sebagai 'Pendisruptif' kerana ia menyebabkan berlakunya perubahan besar dalam industri tradisional. 

"Keupayaan untuk mengolah semula model perniagaan tradisional dengan penggunaan teknologi telah menyaksikan berakhirnya banyak peranan tradisional," kata Pierre menegaskan kelebihan calon yang memiliki kemahiran digital di era moden.

"Bo Le bersungguh-sungguh dalam menyampaikan nilai teras, pengetahuan dan kepakaran kami kepada generasi baharu. Kemunculan teknologi dan platform digital baharu membolehkan kami membangunkan pangkalan data yang kukuh, dengan keupayaan terbina dalam yang lebih cekap untuk mengenal pasti dan memadankan calon bagi memenuhi keperluan pelanggan kami," kata Pierre.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161118/0861612224

 

Source: Bo Le Associates
Keywords: Banking/Financial Service