omniture

OrbusNeich memperkenalkan generasi baru stent dwiterapi COMBO Plus untuk penyembuhan yang aktif

COMBO Plus: Stent Dwi Terapi dengan kombinasi stent tradisional yang membebaskan ubat (DES) dan terapi biologi menyembuh yang unik serta dipertingkatkan dengan sistem penghantaran baru.
OrbusNeich
2016-11-21 19:42 727

HONG KONG, 21 November 2016 /PRNewswire/ -- OrbusNeich mengumumkan pelancaran sten terkini iaitu COMBO Plus Sten Dwiterapi (DTS).   Sten COMBO Plus mempunyai antibodi anti-CD34 salutan biologi unik yang menawarkan pendekatan canggih untuk penyembuhan aktif saluran darah dan digabungkan dengan sistem penghantaran yang sudah diperingkatkan untuk pesakit jantung dengan salur darah jantung yang kompleks.

COMBO Plus mempunyai beberapa ciri reka bentuk yang mejadikannya unik dan pilihan yang berkesan untuk merawat penyempitan saluran darah jantung. Selepas implantasi sten, salutan biologi di permukaan luar COMBO Plus dengan segera menangkap sel-sel progenitor  endothelial dan mula membentuk lapisan endothelium atau sel dinding. Proses ini mempercepatkan penyembuhan dan memulihkan semula fungsi sel dinding dan boleh mengurangkan kejadian buruk dalam jangka panjang. Lapisan biologi unik dengan polimer yang terurai yang disaluti Sirolimus boleh mengurangkan penyempitan saluran darah.

COMBO Plus menggunakan kateter belon yang dipertingkatkan dengan reka bentuk yang  rendah profil, salutan licin dan diameter syaf belon kecil untuk penhantaran unggul. Reka bentuk sten adalah berdasarkan kepada corak R-stent OrbusNeich, yang telah terbukti untuk memberikan kekuatan dan kestabilan semasa pengembangan tanpa mengorbankan bentuk semasa pengembangan .

"Reka bentuk kami yang dipertingkatkan, memastikan penhantaran unggul dan prestasi hebat untuk kes kes kompleks amalan harian," kata David Chien, Pengerusi Lembaga Pengarah. "COMBO Plus menawarkan pakar-pakar perubatan satu pilihan rawatan baru yang menarik untuk pesakit yang mengidap penyakit saluran darah jantung."

Sebagai peneraju yang telah lama di bidang rawatan penyakit saluran darah jantung, pada tahun 2013 OrbusNeich melancarkan sten inovatif COMBO Dwi Terapi pertama  di dunia yang boleh mempercepatkan liputan sel endothelial dan mengawal proliferasi sel neointimal. Ini dicapai dengan kombinasi teknologi Pro-Penyembuhaan yang telah terbukti dengan elusi ubat sirolimus abluminal dari polimer terurai yang benar-benar hilang dalam tempoh 90 hari. COMBO disokong oleh bukti klinikal dari pelbagai kajian seperti REMEDEE dan beberapa kajian lain yang dicetuskan oleh penyelidik, dengan jumlah seramai lebih 6,000 pesakit yang mendaftar di lebih dari 26 buah negara.

Mengenai OrbusNeich - Perintis dalam teknologi yang mengubah kehidupan

OrbusNeich adalah perintis global dalam penyediaan penyelesaian vaskular yang mengubah hidup dan menawarkan produk portfolio yang luas yang menetapkan tanda aras industri dalam intervensi vaskular. Produk-produk  semasa adalah sten dwiterapi yang pertama di dunia iaitu COMBO Dual Therapy Stent, sten dan belon yang dipasarkan menerusi jenama Azule ™, Scoreflex ™, Sapphire ™ II, Sapphire ™ II PRO Sapphire ™ II NC, dan juga produk untuk merawat penyakit arteri periferal: belon PTA Jade ™ dan Scoreflex ™. Ibu pejabat ObusNeich terletak di Hong Kong dan mempunyai operasi di Shenzhen, China; Fort Lauderdale, Florida, Amerika Syarikat , Hoevelaken, Belanda dan Tokyo, Jepun. OrbusNeich membekalkan peralatan perubatan kepada pakar pakar perubatan di lebih dari 60 buah negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.OrbusNeich.com.

 

Source: OrbusNeich
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals New products/services