omniture

Pelancaran Blokbuster XCMG di bauma China 2016 untuk Perkenal Barisan Produk Pintar Terbesar

XCMG
2016-11-22 16:37 553

SHANGHAI, 22 November 2016 /PRNewswire/ -- Pengeluar jentera pembinaan yang terkemuka di dunia, XCMG bakal menganjurkan majlis pelancaran mega untuk produk-produk hebatnya yang serba baharu, teknologi inovatif terkini serta himpunan penyelesaian terbaik yang lengkap di bauma China 2016 ke-8 bermula pada 22 hingga 25 November 2016 ini, bertempat di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai dengan tema "Pembuatan Bijak & Pintar Untukmu".

XCMG akan mempamerkan 70 produk jentera pembinaan, 45 komponen teras dan turut membuat pembentangan bukan bahan, selain rangkaian produk terbesar dan paling komprehensif setakat ini, di pameran perdagangan antarabangsa yang diadakan dua kali setahun ini.

Produk-produk tumpuan dalam pameran XCMG di bauma China 2016 ini termasuk lapan gandar kren semua bentuk muka bumi seberat 1,200 tan pertama  dalam industri, kren pintar, lori hasil buangan lombong panduan elektrik, penggred perlombongan berkuasa tinggi dan juga jentera perlombongan bersaiz besar seperti pengorek berat tan super.

XCMG akan turut melancarkan mesin pengisar dua slot pertama yang dibangunkan sendiri dan telah diuji; peralatan konkrit pelantar S9 generasi baharu yang dibangunkan bersama Schwing, pengeluar jentera konkrit utama Jerman yang diambil alih oleh XCMG pada tahun 2012; kren pemuat jenis teleskopik berat tan terbesar di China, SQS625; dan rig penggerudian berputar perangkak casis terbesar di dunia, XR550D.

Bahagian komponen teras pula akan melancarkan pelbagai pilihan produk yang dibangunkan sendiri oleh XCMG, termasuk silinder ledakan pengorek berat tan super, kabinet kawalan elektrik siri MYF, yang mempunyai kualiti dan kebolehan bertaraf dunia.

XCMG turut membuka bahagian teknologi maklumat istimewa bagi tujuan melancarkan beberapa terminal maklumat – sebagai batu loncatan untuk memimpin hala tuju pembangunan baharu dalam bidang data besar perindustrian.

Wang Min, pengerusi dan presiden XCMG, mengatakan bahawa dengan memberi tumpuan untuk "menerajui teknologi dan kemampanan," syarikat membawakan "tentera" produk inovatif terbaik sempena kemunculan sulungnya di bauma China 2016 ini. Ia akan turut melancarkan secara rasmi "XCMG-Cloud" pada majlis perasmian pameran itu, iaitu platform awan perindustrian pertama di China, yang dibangunkan oleh XCMG dengan kerjasama Alibaba.

"Sebagai peneraju industri yang menumpu pada inovasi, XCMG bukan sekadar mengeluarkan produk dan komponen jentera berkualiti terbaik, malah turut membangunkan 'ekosistem' baharu yang dapat memberi manfaat kepada semua pihak dalam industri ini," kata Wang.

Latar Belakang XCMG:

XCMG ialah sebuah syarikat pembuatan jentera berat multinasional dengan sejarah selama 73 tahun. Syarikat ini kini berada di kedudukan kesembilan dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat ini juga mengeksport ke lebih 173 negara dan rantau di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau halaman XCMG melalui Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan Instagram.

 

Source: XCMG
Keywords: Auto Construction/Building Machinery New products/services Trade show news