omniture

Pengendali Peringkat 1 Terkemuka Nordic Pilih Tembok Api SS7 Symsoft

Symsoft
2016-11-22 21:01 935

STOCKHOLM, 22 November 2016 /PRNewswire/ --

Symsoft (sebahagian daripada CLX Communications) telah menandatangani satu kontrak dengan Pengendali Peringkat-1 Eropah bagi melaksanakan fungsi perlindungan berasaskan Tembok Api SS7 yang komprehensif untuk enam pasaran. Fungsi yang diperkenalkan ini akan membantu Pengendali mencegah serangan yang menyasarkan privasi pelanggan dan penipuan secara meluas menerusi kaedah sekatan pintar dan pemantauan aktif terhadap rangkaian isyarat. Perlindungan yang diberikan itu adalah selari sepenuhnya dengan saranan yang disediakan oleh GSMA serta badan-badan kawal selia.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161109/437449LOGO )

Kelemahan dalam rangkaian SS7 telah dibincangkan secara meluas berikutan pendedahan oleh pelanggan mudah alih baru-baru ini berkenaan pelbagai ancaman privasi termasuk gangguan terhadap panggilan dan pesanan peribadi, perkhidmatan yang digunakan secara percuma atau tidak disediakan sama sekali.

Bagi melindungi pelanggan dan perniagaannya, Pengendali Tahap-1 Eropah akan menggunakan Tembok Api SS7 Symsoft dalam 6 pasaran yang menggunakan perkhidmatan mereka. Penyelesaian Symsoft ini akan menyekat segala serangan dengan menjejak sesi secara pintar dan menyemak trafik isyarat pada masa sebenar. Mesej yang tidak dibenarkan dan pola komunikasi yang mencurigakan disekat serta merta bagi memastikan pihak ketiga tidak boleh mengakses maklumat pelanggan atau mengubah profil pelanggan. Data trafik juga diambil untuk tujuan analisis, menyediakan maklumat berkenaan serangan seterusnya dan mengumpul maklumat tentang bentuk serangan baharu yang mungkin dibuat.

Keperluan terhadap tembok api SS7 menjadi tumpuan utama baru-baru ini, apabila NIST, badan piawaian AS, menerbitkan draf keputusan bagi menamatkan penggunaan SMS untuk Pengesahan 2-faktor disebabkan kemungkinan berlakunya penipuan pintasan perayauan yang membolehkan penyerang memintas SMS menerusi perayauan dalam telefon bimbit ke rangkaian asing. Tembok api SS7 Symsoft boleh memintas serangan ini dan juga pelbagai jenis penipuan lain pada masa sebenar, seraya dapat menjamin privasi pelanggan.

"Pelanggan yakin bahawa komunikasi mudah alih mereka adalah selamat, terjamin dan bersifat peribadi. Pemilihan Symsoft dan Tembok Api SS7 Symsoft ini membuktikan keyakinan pihak pengendali terhadap kemampuan kami untuk membantu mereka mengekalkan kepercayaan itu," kata Petter Näslund, Naib Presiden Pengurusan Produk, Symsoft. "Pengalaman luas kami dalam membuat pemeriksaan dan penapisan pada masa sebenar membolehkan kami menghasilkan satu produk yang dapat memberikan perlindungan yang mantap dalam keadaan sebenar. Kami berharap dapat membantu pengendali menyediakan perkhidmatan yang selamat dan andal kepada pelanggan mereka."

Butiran lanjut akan disiarkan sebaik sahaja Tembok Api SS7 digunakan dan fungsi perlindungan diaktifkan dalam rangkaian komersial.

Latar Belakang Symsoft 

Symsoft ialah rakan kongsi yang dipercayai oleh lebih 70 Pengendali Mudah Alih di lebih 40 negara, menyediakan perisian serta perkhidmatan yang inovatif, hebat dan boleh diskala untuk pelanggan kami dalam segmen BSS Masa-Sebenar, Perkhidmatan Bernilai Tambah, jaminan Penipuan & Perolehan serta penyelesaian MVNO yang lengkap. Kami mencipta nilai buat pelanggan kami dengan mengukuhkan kedudukan kompetitif mereka menerusi tempoh dipasarkan yang pendek, penyediaan akses kepada sumber pendapatan baharu, penyekatan penipuan dan pengurangan ketara kos pemilikan menerusi pilihan pelaksanaan yang anjal dan juga pelbagai tahap perkhidmatan.

Symsoft ialah pengendali bahagian CLX Communications (http://www.clxcommunications.com) yang tersenarai dalam bursa saham Nasdaq di Stockholm.

Sumber: Symsoft

 

Source: Symsoft
Keywords: Computer Software Computer/Electronics