omniture

Denave Kini Antara 100 Syarikat Terbaik Red Herring Global

Denave
2016-11-23 11:16 576

NEW DELHI, KUALA LUMPUR, Malaysia dan LONDON, 23 November 2016 /PRNewswire/ --

Tersenarai dalam Senarai Berprestij Penginovasi Global Menerusi Pencapaian Penting untuk Penyelesaian Pembolehan Jualan Bertaraf Dunia  

Denave, sebuah organisasi pembolehan jualan global yang fokus kepada penjanaan pertumbuhan pendapatan pelanggan, telah tersenarai sebagai antara 100 syarikat Terbaik Red Herring Global yang berprestij. Penghormatan ini diperoleh tidak lama selepas Denave tersenarai dalam 100 Terbaik Red Herring Asia awal tahun ini. Anugerah yang diraih ini mengiktiraf syarikat dan usahawan teknologi persendirian paling disruptif bagi tahun ini di seluruh dunia.

 (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160906/404194LOGO )

Mengulas tentang pencapaian cemerlang ini, En. Snehashish Bhattacharjee, Ketua Pegawai Eksekutif Global, Denave berkata, "Kami teruja kerana dapat menjadi antara 100 ahli terbaik Red Herring Global. Denave telah mendayakan perniagaan dalam pelbagai industri dan lokasi sebagai Pemangkin Jualan Global, meningkatkan tenaga kerja, proses dan juga teknologi. Kejayaan untuk tersenarai sebagai antara 100 ahli terbaik Red Herring Global adalah bukti terhadap usaha bersungguh-sungguh yang diberikan oleh pasukan kami dalam membangunkan penyelesaian serta kaedah yang dapat merapatkan jurang antara strategi jualan dan juga pelaksanaan pada peringkat akhir."   

Beliau menambah, "Industri ini dapat menyaksikan perkembangan yang mencetuskan pembaharuan dan penyelesaian yang inovatif, dan kami berasa teruja kerana dapat menjadi penyumbang penting dalam kelok pertumbuhan ini. Dengan memanfaatkan trend dan mencipta penyelesaian jualan yang inovatif, kami berada pada hala tuju yang betul untuk menjadi syarikat pembolehan jualan terbesar di dunia."

Pasukan editorial Red Herring memilih syarikat-syarikat yang menunjukkan teknologi paling inovatif dan model perniagaan yang digunakan oleh lebih 1,000 syarikat dari lebih 40 negara, dinilai daripada pelbagai metrik kualitatif dan kuantitatif seperti inovasi teknologi, prestasi kewangan, kriteria pertumbuhan, piawaian pelaksanaan pengurusan, potensi globalisasi strategi dan juga peningkatan bahagian pasaran.

Denave telah diraikan dalam sebuah majlis gala yang diadakan pada 17 November 2016 di Los Angeles.

Latar Belakang Denave:   

Denave ialah sebuah syarikat pembolehan jualan global yang fokus kepada penjanaan pertumbuhan pendapatan pelanggan menerusi pelbagai tawaran perkhidmatan. Disokong oleh lebih 700 tahun pengalaman kakitangan dalam domain jualan, syarikat telah membina perkongsian kepakaran berbilang industri dengan perniagaan global dan mengambil pendekatan yang mementingkan penyelesaian peringkat akhir bagi menyediakan amalan terbaik dalam jualan dengan meningkatkan tenaga kerja, proses dan teknologi untuk menjana pendapatan. Dengan kehadirannya di lima benua, 23 negara dan lebih 500 bandar di seluruh dunia serta memiliki kumpulan pelanggan yang tersenarai sebagai syarikat Fortune 500 dan peneraju industri, Denave telah beranjak dalam evolusinya daripada syarikat India kepada syarikat Asia dan kini sebagai sebuah syarikat bertaraf global. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.denave.com

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Abhilasha.sharma@denave.com
Apurvaa.pandey@golinopinion.in

Sumber: Denave

Source: Denave
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Awards