omniture

Zhejiang Narada Boutique Hotels di China Umum Lancar Jenama Baharu Pagoda Hotels

Zhejiang Narada Boutique Hotels Co., Ltd.
2016-11-23 20:19 938

HANGZHOU, China, 23 November 2016 /PRNewswire/ -- Pada 11 November 2016, Zhejiang Narada Boutique Hotels Co., Ltd. ("Syarikat"), mengumumkan pelancaran jenama baharunya, Pagoda Hotels, di Ekspo Francais Hotel (Shanghai) China kali ke-2, yang mana kumpulan hotel itu turut mempamerkan model bilik berkonsep daripada jenama tersebut.

Pagoda Hotels Melangkah Maju dengan Menyediakan Perkhidmatan Sofistikated untuk Pasaran Pengguna Kumpulan Pertengahan China

Jenama Pagoda yang mula diperkenalkan pada tahun 1922, mencerminkan sejarah dan budaya tempat asalnya, Perth, Australia, ialah jenama kedua terbesar dalam portfolio Syarikat ini dan diletakkan sebagai jenama hotel perkhidmatan terhad butik mewah yang dapat melengkapi jenama Narada Boutique Hotel kumpulan tersebut yang lebih lama bertapak dalam pasaran pertengahan. Pelancaran Pagoda Hotels memperlihatkan langkah penting yang diambil oleh Syarikat itu sebagai usaha untuk menjadi peneraju dari segi reka bentuk produk dan juga inovasi merentasi segmen hotel butik sederhana dan mewah di China.

Pengasas dan pengerusi Syarikat itu, Wu Qiyuan berkata: "Ia merupakan tanggungjawab pemimpin dalam sektor perkhidmatan hotel di China untuk memberi akses kepada dunia. Hari ini, kemunculan semula jenama Pagoda Hotels akan menyokong pembangunan Syarikat dengan begitu ketara dalam segmen hotel butik mewah dan mempercepatkan perkembangan Syarikat memandangkan semakin banyak keluarga berada dalam kelas pertengahan di China, iaitu sebuah kumpulan yang begitu pantas menjadi pengguna aktif perkhidmatan mewah."

Berbeza dengan kedudukan Narada Boutique Hotel dalam pasaran pertengahan, Pagoda Hotels menumpu pada jangkaan perniagaan dan percutian mewah dalam kelas pertengahan baharu itu. Dengan menggabungkan unsur-unsur asli Australia daripada jenama itu dengan nilai estetika bandar Syarikat untuk mencipta konsep jenama yang dapat memenuhi kehendak tetamu hotel yang menginginkan pengalaman pasaran mewah, Pagoda Hotels merangkumi nilai-nilai estetika tradisi dan ciri santai yang cukup dikenali di Perth. Kumpulan ini berjaya mencipta reka bentuk hotel yang mencerminkan sejarah, budaya dan gaya hidup penduduk tempatan.

Pelengkap Jenama Sederhana dan Mewah

Ketika Syarikat ditubuhkan pada tahun 2007, kumpulan ini mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama hotel perkhidmatan terhad butik sederhana, berdasarkan konsep yang menekankan suasana yang santai dan berfesyen. Syarikat ini memiliki lebih 5,000 bilik hotel di 32 hotel miliknya, termasuk hotel-hotel yang kini sedang dibangunkan.

Permintaan yang semakin meningkat terhadap hotel-hotel mewah mencerminkan pertumbuhan pendapatan dan perubahan tabiat penggunaan dalam kalangan pelancong China. Sesebuah jenama perlu memiliki beberapa ciri unik dan membezakannya daripada pihak pesaing sekiranya jenama tersebut ingin terus bertahan dan meningkat maju dalam persekitaran yang kompetitif pada masa kini. Pagoda Hotels turut serta sebagai pelengkap kepada konsep jenama mewah Zhejiang Narada Boutique Hotels, membawakan kumpulan tersebut selangkah menghampiri matlamatnya untuk menjadi peneraju bagi segmen hotel perkhidmatan terhad butik sederhana dan mewah di China.

Latar Belakang Zhejiang Narada Boutique Hotels Co., Ltd.

Pada tahun 2007, pengasas Zhejiang Narada Boutique Hotels Co., Ltd., Wu Qiyuan memperkenalkan jenama hotel itu, Narada Boutique Hotel, berdasarkan model perniagaan perkhidmatan butik baharu. Sepanjang tempoh hampir sepuluh tahun sejak syarikat itu ditubuhkan, Zhejiang Narada Boutique Hotels Co., Ltd. kekal komited terhadap falsafah korporat asal yang didukung olehnya: "Kualiti Didahulukan, Pengalaman Pelanggan Diutamakan, Penyesuaian terhadap Keperluan Pelanggan," dan untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti yang unik lagi teliti berasaskan layanan mesra Cina yang bersifat tradisional, sejajar dengan misi syarikat untuk menjadi peneraju dalam segmen hotel perkhidmatan terhad butik sederhana dan mewah di China.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20161122/0861611994LOGO

Source: Zhejiang Narada Boutique Hotels Co., Ltd.
Keywords: Hotels and Resorts Travel Corporate Expansion New products/services