omniture

LKK Health Products Group Diberi Penghormatan dengan "Anugerah Majikan Rakan Kongsi"

LKK Health Products Group
2016-11-28 08:05 446

HONG KONG, 28 November 2016 /PRNewswire/ -- Pada 18 November 2016, LKK Health Products Group diberi penghormatan dengan Anugerah Majikan Rakan Kongsi untuk tahun 2016/2017 oleh Dewan Besar Perniagaan Kecil dan Sederhana Hong Kong. Pujian ini mengiktiraf komitmen Kumpulan ini untuk membina masyarakat yang inklusif dan perlaksanaan mereka dari segi tanggung jawab sosial sejak tahun lepas.

LKK Health Products Group Diberi Penghormatan dengan "Anugerah Majikan Rakan Kongsi"
LKK Health Products Group Diberi Penghormatan dengan "Anugerah Majikan Rakan Kongsi"

LKK Health Products Group mengambil berat dalam menyokong komuniti dan menggalakkan penyertaan sosial selama beberapa tahun ini. Kumpulan ini menyediakan latihan amali dan peluang pekerjaan serta latihan untuk pelajar dan graduan dari universiti tempatan dan institusi vokasional, yang membolehkan mereka membangun profesionalisme dan sikap positif dalam berkerja melalui pengalaman kerja secara langsung. Selain itu, sebagai satu korporat yang bertanggungjawab dari segi sosial, kumpulan ini juga menekankan kualiti dan hormat semasa perekrutan, contohnya semasa mengambil kumpulan minoriti bekerja. Anugerah Majikan Rakan Kongsi ini mengesahkan lagi usaha kumpulan ini pada perkara tersebut di atas.

Anugerah Majikan Rakan Kongsi telah diberi oleh Dewan Perniagaan Kecil dan Sederhana Hong Kong sejak tahun 2009. Anugerah ini bertujuan menggalakkan perusahaan tempatan dalam menunjukkan tanggungjawab korporat mereka dengan cara mengambil pelajar dan graduan universiti tempatan dan institusi vokasional bekerja. Ia memberi mereka pengalaman bekerja yang praktikal sambil membawa perspektif baru kepada pembangunan jangka masa panjang perusahaan. Sejak tahun 2014, pengambilan golongan kurang upaya, pesalah rehabilitasi dan minoriti etnik sebagai pekerja telah diambil kira semasa anugerah ini diberi, mengiktiraf usaha perusahaan tempatan untuk menyatukan ke dalam komuniti dan menggalakkan tanggung jawab sosial.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web LKK Health Products Group:  www.lkkhpg.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161125/0861612690

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Awards